13 Ogo 2014

Pakatan Belum Tumbang Di Selangor, ADUN PAS Desak Mesyuarat Disegerakan


AAdun PAS gesa mesyuarat disegerakan, sokong Pakatan tolak Khalid

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang dari PAS Saari Sungib menggesa agar kepimpinan PAS Pusat menyegerakan mesyuarat yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos depan serta menyokong DAP dan PKR menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Saari ketika dihubungi berkata, langkah itu perlu bagi "menamatkan" percaturan Khalid sebelum beliau melakukan tindakan lanjut ekoran pemecatan 6 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco) Selangor dari PKR dan DAP hari ini.

"PAS perlu segerakan mesyuarat kerana seolah-olah akan ada keputusan besar, sedangkan kita perlu mengukuhkan hubungan dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR),"
katanya kepada The Malaysian Insider.

"Sebelum Barisan Nasional (BN) melakukan sebarang tindakan, lebih baik PAS segera memutuskan untuk bersama DAP dan PKR untuk mengukuhkan PR," katanya, dan menambah, Khalid kini bukan lagi menteri besar PR kerana keahliannya sudah dipecat, sekaligus keputusan PAS untuk tidak menyokongnya tidak memberikan kesan.

Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan mesyuarat berkenaan seolah-oleh pendirian parti itu untuk terus bersama PR masih lagi samar-samar sehingga membuatkan penyokong dan rakyat terpaksa menanti keputusan mereka.

"Sekiranya mesyuarat hanya memutuskan perkara dasar, iaitu untuk terus bersama PR, kita sudah ketahui perkara itu sekian lama.

"Sekiranya untuk memutuskan keluar dari PR, ia memerlukan muktamar khas bagi mendapatkan persetujuan,"
katanya.

"PR Selangor termasuk PAS seharusnya mengukuhkan kedudukan majoriti mereka dalam Dewan Undangan negeri (DUN) dengan bilangan kerusi dan PAS harus menyertai mereka bagi memastikan kerajaan PR Selangor kekal memerintah.

"Kita nampak Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan secara terbuka mereka menyokong Khalid, itu petunjuk jelas mereka (BN) mempunyai pasukan memantau perkara itu," katanya. -TMI


Khalid pula memecat, apa maksudnya?

Menurut perlembagaan negeri Selangor, ahli Exco, selain daripada menteri besar sendiri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Sultan.

Ini bermakna, kuasa untuk memecat seseorang ahli Exco terletak pada Sultan, bukan menteri besar.

Namun dalam menjalankan tanggungjawab dan kuasanya dalam hal memecat Exco, baginda menurut perlembagaan Selangor harus bertindak mengikut nasihat Exco.

Oleh itu, menteri besar menasihati baginda dalam hal pemecatan Exco.

Tetapi sekiranya surat pemecatan dikeluarkan oleh Khalid dan bukannya baginda, ia mungkin boleh dipersoalkan keesahannya.

Seterusnya, pemecatan Exco PKR dan DAP, sekiranya sah sekalipun, tidak bermakna kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sudah jatuh.

Pakatan Rakyat masih mempunyai majoriti kerusi di Selangor.

Melainkan PAS bergabung dengan Barisan Nasional dan Khalid dan mana-mana Adun lain untuk membentuk kerajaan Selangor baru, maka Pakatan Rakyat masih berhak menjadi kerajaan di Selangor.


Akhir sekali, perkembangan ini menjadikan mesyuarat PAS Pusat menjadi begitu penting dalam merungkai kemelut politik di Selangor.
– petikan TMI


Amaran jangan pecah menjelang mesyuarat PAS

Menjelang mesyuarat jawatankuasa PAS bagi memutuskan pendirian mereka berhubung isu menteri besar Selangor, parti itu didesak kekal bersama Pakatan Rakyat yang dibentuk sejak 2008.

Anggota jawatankuasa pusat parti itu Datuk Mujahid Yusof berkata walaupun terdapat kelemahan dalam Pakatan, gabungan itu tidak harus berpecah hanya kerana seorang lelaki, iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid semalam berkata telah mendapat perkenan sultan untuk kekal sebagai menteri besar walaupun telah dipecat daripada PKR sebelum itu.

Beliau mendakwa masih mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) – kenyataan yang dianggap meragukan oleh PKR dan DAP.

“Semangat dan idealisme Pakatan terlalu baik untuk diketepikan hanya kerana seorang individu,” kata Mujahid yang juga anggota parlimen Parit Buntar dan ketua biro perpaduan PAS kepada Malaysiakini.

Sambil menegaskan pertukaran menteri besar sebagai perkara biasa, Mujahid berkata ia sebahagian kuasa parti yang sebenarnya tidak memerlukan alasan pun untuk melakukannya.

“Siapa Khalid? Kenapa dia begitu istimewa? Kita lihat menteri besar datang dan pergi. Ia tidak patut ditangani sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan,” tegasnya.
-mk



Siapa kata Adun PAS tidak mahu Azizah, soal Adun Meru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru Dr Abdul Rani Osman menafikan wakil rakyat PAS menolak Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai menteri besar Selangor baharu.

"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin?

"Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah? Itu bukan masalah," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan SUK di Shah Alam, hari ini.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan menolak Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar baharu dan mahu PKR menamakan calon lain.

Pertemuan Hadi dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Terengganu semalam juga dikatakan menemui jalan buntu apabila enggan berganjak dengan pendiriannya sebelum ini yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar.

Sementara itu, Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor mengingatkan kejayaan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukan hasil usaha PAS saja, tetapi bersama-sama dengan DAP dan PKR di bawah Pakatan Rakyat (PR).

"Secara peribadinya saya tidak mahu PAS keluar Pakatan. Kita akan ikut keputusan (PAS Pusat) tapi tidak mahu berpecah," katanya.


Ditanya pendiriannya mengenai krisis kedudukan menteri besar Selangor, Rani enggan memberikan sebarang komen.

"Saya bukan pesuruhjaya lagi tetapi ada dapat surat 'gag order' tunggu sehingga 17 Ogos nanti," katanya.
– TMI



PKR, DAP tuntut PAS boikot mesyuarat exco

PKR dan DAP menuntut exco PAS memulaukan mesyuarat exco esok ekoran pemecatan enam exco mereka oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (bawah) berkata beliau telah menghubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memohon agar semua exco PAS menunjukkan solidariti bersama mereka yang dipecat.

"Saya telah menghubungi setiausaha agung PAS untuk meminta beliau sampaikan mesej kepada seluruh pucuk pimpinan PAS (untuk) bersolidariti dengan enam exco ini agar exco mereka (PAS) tidak datang esok," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Khalid hari ini memecat semua exco PKR dan DAP kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Menteri besar Selangor itu menyatakan semua surat yang dihantar kepada lima exco, tiga dari DAP dan dua dari PKR hari ini berkuatkuasa serta.

Bagaimanapun Khalid menyatakan belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Mesyuarat tergempar diadakan hari ini antara Ketua Umun PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan pemimpin DAP serta PKR Selangor membincangkan keputusan itu.

Guan Eng berkata beliau terkejut dan tidak faham bagaimana Khalid yang mengetuai kerajaan Pakatan Rakyat boleh memecat lebih separuh dari exconya itu.

Justeru beliau menyatakan tidak dapat menerima perbuatan Khalid memecat mereka.

"Khalid perlu ingat beliau jadi menteri besar kerana mandat yang diberikan kepada Pakatan dan bukan kerana namanya Tan Sri Khalid.

"Oleh itu kerana surat pemecatan ini dihantar sedemikian DAP dan PKR tidak dapat menerima pemecatan berkenaan," kata beliau.

Guan Eng turut meminta agar semua penyokong Pakatan terutamanya di Selangor untuk bersabar sehingga krisis ini berakhir.

Anwar yakin tiada pengkhianat

Sementara itu Anwar berkata beliau yakin bahawa semua ADUN PKR dan DAP tidak akan mengkhianati atau meninggalkan parti berikutan perkara ini.

Ketika ditanya kemungkinan ada ADUN yang bakal meninggalkan parti dalam krisis ini beliau dengan yakin berkata semua mereka berada bersama beliau dan baru sahaja bermesyuarat di tingkat atas ibu pejabat parti.

"Saya yakin. Semua mereka (ADUN) berada di tingkat atas," kata beliau.
– mk












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah YB Saari seorang ULAMA PAS? Kalau bukan, maka ikut logic PAS "pandangan" YB Saari memang tidak boleh terima kerana tidak sama dengan KEPUTUSAN ULAMA pas yang begitu mulia.

Maka, tiada PR lagi. Hanya PKR+DAP vs UMNO+PAS (dengan ulama yang mulia)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

X payahlah buat rakyat tertunggu tunggu wahai pas...buatlah segera mesyuarat tergempar...x payahlah tunggu 17hb ni...tunggu geng ug bagi nasihat memang lingkuplah jawabnya pas...situasi sebegini genting pun pas masih nak berdiam diri lagi...alahai pas passs...kenapalah jadi mcm ni...

SolitaireHunter berkata...

Geng Anwarinas dah terkedu rupanya... sangup melawan printah presiden, nanti kena lelong!

Saadun Sulaiman berkata...

To anom 12:07 AM Apa kah di dalam PAS seseorang yang bukan "ULAMA" tidak boleh mengeluarkan pendapat?. Ada kah kesemua "ULAMA" dalam PAS itu "MAKSUM" hingga tak boleh di tegur?. Kalau maksum tak kan yang "BERSERBAN BESAR" itu di saman oleh Lim Guan Eng kerana menuduh tanpa bukti yang kokoh. Berkaitan dengan Y.B Saari Sungip, sejauh mana kamu mengenali beliau? Tau kah kamu penderitaan yang beliau tanggung semasa di Kemunting dulu kerana memperjuang kan "ISLAM" dan sudah kah kamu membaca kesemua coretan beliau semasa di Kemunting dulu? Kalau belum buat lah home-work untuk mengenali beliau..

Tanpa Nama berkata...

Sebenar tuan tuan dalam perlembagaan sudah jelas sebarang keputusan melihatkan arah tuju parti PAS misalnya keluar dari PAKATAN perlu PERSETUJUAN DALAM MUKHTAMAR Khas yg di hadiri semua yg terlibat terpilih menghadiri Mukhtamar tahunan yg lepas . Sepertimana yg diutarakan oleh YB SAARI itu benar dan sah dari perlembagaan PAS. Untuk makluman semua kita khuatir ada yg keliru.

Kawan berkata...

Kawan setuju 100% dengan comment Saadun Sulaiman !

SuJeng berkata...

PR disokong oleh rakyat utk rakyat. Bukan semata DSAI..... Apa pun masalah PR..... BN tetap ditolak... Kenapa????? Sbb BN lagi byk masalah...... Bape hutang negara skarang????? Nk tggu muflis mcm Greece baru nk sedar??? PAS silap kalu kluar PR.. Undi golongan muda akan hilang utk tempoh yg lama

Tanpa Nama berkata...

mungkin pas sedang menunggu offer dari pihak sebelah sana ataupun sedang menimbang offer yg dah dioffer kot?

Tanpa Nama berkata...

ibarat menarik rambut dlm tepung...

siapa sebenar musuh pas dlm politik tanah air...
umno...mic..mca...dan sekutunya...pkr...dap...atau bayang sendiri.
pas perlu kpd pendirian utk bersama pakatan atau BN atau bersendirian..
terletak kpd tindakan segera dlm meberi respon kpd rakyat dan pengundi....
bersama pakatan mesti wala@ patuh dgn kesepakatan bersama...
bersama BN seperti meludah ke langit...
Bersendirian sama seperti perahu belayar di lautan yg bergelombang besar....

apa yg pasti jikalau pas keluar dari pakatan....
ibarat menjadi kain buruk yg akan di jadi kain lap kotor kpd BN...
sejarah telah dibuktikan pada nasib perikatan...

-jgn jadi parti munafik kpd rakyat-

mr.pru14

Tanpa Nama berkata...

APA la pas ni kerajaan pkatan dah nak lingkup masih relax lagi...

Tanpa Nama berkata...

..alahai tuan saadun, komen yg pertama tu (ulama yang mulia) cuma ayat perli aje ..tapi apa2 pun kalau bab buat keputusan PAS memang selalu kebelakang mungkin tukang tekan remote controlnya jauh di laut sana kot..

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat MB selangor, Presiden Pas pun patut diganti, ramai anak muda tak termasuk Vellfire boleh ganti

Tanpa Nama berkata...

kenapa PAS terhegeh2 nak menjilat bontot umno/bn, apakah dengan lima belas kerusi sudah merasa cukup kuat? Jangan khianati undi rakyat, Bersama umno PAS melarat dibuli keparat, dan ditolak rakyat. Bersama PR Pas akan kuat dan bermartabat, in sha Allah.

syafi berkata...

Baik la PAS bersendirian daripada makan hati.

Tanpa Nama berkata...

Pas ada marwahnya sendiri. Pengajaran buat PKR. Bila bergabung jgn buat keputusan sendiri tanpa berbincang dgn parti gabungan. Selangor bukan hak PKR tapi hak PR. PKR cubalah hormati kesepakatan selepas ini. InsyaAllah Pas tetap bersama PR.

rospercha berkata...

priiitt..bangun3 pemimpin pas,jgn jadikan rakyat selangor mangsa..inikah yg di namakan parti islam..di mana janjibersama pakatan rakyat ..jangan mementingkan pandangan sendiri..jangan jadi seperti oic dan liga arab yg pentingkan diri sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

Tanpa Nama berkata...

Presiden dengan SUA PAS sudah turun ke laut menangkap ikan,lain kali perwakilan PAS lantiklah presiden dari negeri2 dipantai barat semenanjung sebab mudah peka permasalahan politik masakini agar PAS tidak ketinggalan keretapi api.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang HAdi parti nak? Dia nak PKR/DAP pecat PAS keluar PR. Itu lar dia sengaja lembab lambat lewat.

Maka semua kita selangor bodoh, terutama orang Cina dan india yang undi kepada PAS.

Siapa akan masuk neraka nanti?

Tanpa Nama berkata...

Dengan pertolongan Mat Sabu dan lain golongan professional yang DIAM DIRI JUGA, Niak Hadi sengaja lambat lewat lembat, akan berjaya membuat PR pecat pas keluar PR.

Maka, golongan professional juga salah kerana tidak membuat sesuata selain daripada DIAM DIRI.


Sorri, sebenarynya, yang orang BAIK PAS saje, yang salah jahat semua orang lain terutama cina DAP.

Tanpa Nama berkata...

Ulama VELLFIRE, ulama tuduh orang jual pil kuda, ulama yang khianat persefahaman yang telah disepakati ( agihan kerusi ), ulama yang tak tahu tatacara mesyuarat ( hantar wakil ke mesyuarat lepas tu tak hormati keputusan mesyuarat). Macam tu ke ciri ulama?
Sepatutnya ulama pendamai macam almarhum ustaz fadhil noor bukan pencetus hura hara macam sekarang ni.

Tanpa Nama berkata...

Nanti undi Pas atau UMNO sama saja kerana Siasah As Syuru Al Masyuk...

Tanpa Nama berkata...

Alsebab Terengganu terlepas di zaman TGHH dulu sebab sikap lewa pemimpin PAS atas isu2 besar kehendak rakyat. Begitu juga berlaku di Perak, Kedah dimana Presidennya adalah TGHH..Skrg perkara yang sama dilakukan oleh pemimpin yg sama melibatkan PAS secara langsung dan dimana PAS patut mengambil ketetapan pendirian lebih awal dan bukan menunggu 17 OGOS untuk mesyuarat..Lembik dan lambat sangat.. Alim Agama tak semesti Alim Politik...

Tanpa Nama berkata...

Oleh kerana Selangor kini dipimpin individu bernama khalid ibrahim yang belum ada parti politik, dengan sokongan 100% oleh umno dan ???% oleh PAS.

Maka gua dengan ini mewujudkan satu akronim daripada kesemua nama-nama itu dengan nama yang cukup sedap.

PAS + UMNO + Khalid Ibrahim
=

PUKI

Satu-satunya cara untuk menghilangkan PUKI adalah dengan Khalid Ibrahim menyertai umno atau pas.

Maka dengan itu hanya wujud dua pihak yang bakal mentadbir Selangor iaitu PAS dan UMNO.

Maka bersorak gumbiralah gembala-gembala yang mempromosi UG selama ini
BRAVO-cp

Tanpa Nama berkata...

Di mana kita sebagai golongan muda nak beri kepercayaan kalau PR pun sama macam UMNO ibarat kentut dengan tahi? Sebab itu i katakan Malaysia dah tiada harapan lagi kecuali dengan tubuhnya parti baru di kalangan ulama muda dan golongan profesional dari golongan orang muda yang langsung tidak kena mengena dengan PR mahupun UMNO. Itu sahaja caranya.

Tanpa Nama berkata...

Dulu bebas sokong MB haram Perak?sekarang Pas sokong MB bebas haram Selangor? PAS PARTI BEBAS ATAU HARAM?

Tanpa Nama berkata...

jgn cakap besar org pas....
masa sebelum ada pakatan...
berapa kerusi pas menang di selangor....

jgn ego....

syaitan tu ada perasaan ego maka jadi dilaknat sampai bila...

islam adalah agama yg bijak serta berhikmah...

Tanpa Nama berkata...

Slogan baru Pas, LEBIH BAIK MENYOKONG TAGHUT YANG DIKENALI DARI MALAIKAT YANG TIDAK DIKENALI?

BaDiN berkata...

3 tahun setengah shj lagi utk Najid bubar Parlimen dan panggil PRU ke 14.Seandainya dlm masa terdekat ada PRK di kerusi PAS bagaimanakah agaknya sokongan pengundi kpd PAS dari org2 PKR/DAP/Atas Pagar.Dengan sikap PAS yg masih ditakuk lama dlm membuat keputusan segera akan menyebabkan Rakan Sekutu PR terutama penyokong2nya makan hati.Adakah kebencian org PKR/DAP kepada BN akan berjangkit bencinya kpd PAS.Kes Hot seperti ini seharusnya ada jawapan segera dari PAS.Rakan Sekutu PR sekarang sdg gelisah dan sakit hati atas sikap PAS yg masih terus membisu yg seolah olah takut kpd TSKI.Sekarang tanggung jawab PAS adalah mengembalikan Kestabilan Politik PR di Selangor dan amnya di Seluruh Negara.Kami malu utk berhadapan dgn org2 umno apabila krisis dlm keluarga sdh menjadi krisis satu kampung.Jika PAS masih sayang TSKI akan membuatkan Sekutu kita menjauhkan diri,Jika PAS sayangkan Kerajaan PR Selangor maka umno tiada modal utk hentam kita PR dan PR kukuh kembali.Jgn lengahkan utk membuat keputusan demi Umno yg kita benci.Sayangilah Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Pas selamanya menjadi hinaan golongan tertentu. Apa juga yg Pas buat semuanya kolot,lembab dan bodoh. Kemelut di Selangor pun Pas juga yg kena hentam. Silap dimana sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

Ulama muda UMNO berjaya mempengaruhi ulama pas supaya keluar dari Pakatan, mereka tidak ditugaskan untuk bawa UMNO kepada islam, samaran mereka dalam laman sesawang sangat berkesan.....

aku berkata...

PAS dah mula mendabik dada..itu pun ada sokongan BN..kalau tak sampai kiamat akan kena tunjal dengan kapir harbi..ingat wahai PAS..UMNO tu seagama dengan anda..Allah tak memilih parti untuk dikenakan bala..wahai PAS jangan ego..tiba2 anda boleh hebat bersuara..itupun ada sokongan BN (yg anda musuhi) Ntah2 BN pun tak heran jawatan dlm Selangor ni..hangpa (PAS) mcm takut dengan bayang2 sendiri..adun Sabak tu presiden PAS atau Mursyidul Am PAS kah?..tq (pengundi atas pagar)

aku berkata...

bro August 13, 2014 at 3:21 PM, jangan buat tuduhan tanpa bukti..susah nak jawab nanti..ramai yg nak kena hadap untuk mintak maaf..

Tanpa Nama berkata...

Kt slangor pun untung lg khalid ibrahim dok naik kn adun pas jd exco & buang adun dap n pkr.2 pn dok kate bmartabat dok dlm pr?lawak apakah?

Rangga berkata...

Terbaeekk... Sya sokong.. PR harapan Rakyat!!

in response to To anom 12:07 AM Apa kah di dalam PAS seseorang yang bukan "ULAMA" tidak boleh mengeluarkan pendapat?. Ada kah kesemua "ULAMA" dalam PAS itu "MAKSUM" hingga tak boleh di tegur?. Kalau maksum tak kan yang "BERSERBAN BESAR" itu di saman oleh Lim Guan Eng kerana menuduh tanpa bukti yang kokoh. Berkaitan dengan Y.B Saari Sungip, sejauh mana kamu mengenali beliau? Tau kah kamu penderitaan yang beliau tanggung semasa di Kemunting dulu kerana memperjuang kan "ISLAM" dan sudah kah kamu membaca kesemua coretan beliau semasa di Kemunting dulu? Kalau belum buat lah home-work untuk mengenali beliau.., by Saadun Sulaiman.