13 Ogo 2014

Mengapa Khalid Ibrahim Tidak Merayu Tetapi Mengadu Kepada ROS?


Khalid minta ROS campur tangan pemecatannya

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dan meneliti proses pemecatan beliau dari PKR.

Kata beliau, walaupun undang-undang ROS tidak membenarkan urusan pertubuhan termasuk parti politik dibawa ke mahkamah, namun beliau akan menggunakan saluran itu.

"Saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah, tapi saya akan juga meminta Pendaftar Pertubuhan untuk melihat kepada tatacara bagaimana pertubuhan-pertubuhan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasrat beliau untuk meneruskan tindakan mahkamah ke atas PKR selepas memecatnya tanpa memberi peluang untuk memberi penjelasan.

Jumaat lalu, Abdul Khalid telah meminta Lembaga Disiplin PKR menangguhkan sesi pendengaran berhubung dakwaan salah laku dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos.

Bagaimanapun katanya Lembaga Disiplin meneruskan sesi pendengaran itu tanpanya pada Sabtu lalu dan memutuskan supaya keahliannya digugurkan serta-merta.

Abdul Khalid dipecat dari keahlian PKR kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor. -SH

ULASAN GB

Aikkk bukan main gah suruh exco yang tidak suka kepadanya letak jawatan dan kemudian pecat mereka.

Sebelum ini juga bukan main gegak gempita mendakwa diri masih MB kerana mendapat pekenan Sultan.

Tiba-tiba nak mengadu nasib kepada ROS bagi mencabar pemecatannya.

Yang memecatnya ialah Lembaga Disiplin parti. Soal pemecatan parti tidak boleh di bawa ke mahkamah. ROS pun tak boleh campurtangan. Ia berlaku untuk semua parti samada di dalam BN atau PR.

Bukankah TSKI sendiri telah menolak arahan kepimpinan partinya sendiri, bak berpatah arang berkerat rotan dan Lembaga Disiplin PKR juga yang memutuskan TSKI bersalah dan tindakan memecatnya telah diambil?

Bukankah Lembaga Disiplin parti juga telah memberikan masa 14 hari untuk Tan Sri membuat rayuan Kena tidak digunakan peluang itu sebaliknya mengadu kepada ROS?

Tiba-tiba bila keseorangan sebagai ahli Bebas dah tak senang duduk... mahu kembali kepadea PKR dengan mencabar kesahihan pemecatannya?

Katakanlah berjaya, mana pula Faekah nak letak muka, penyokong kuatnya yang dah keluar parti nak letak muka...

Maaflah Tan Sri, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan... suka atau tidak suka, Khalid Ibrahim akan tetap kena lepaskan kerusi MB itu juga...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wahai khalid...that points here...awak adalah ahli pkr yg tidak patuh pada arahan pimpinan pkr...parti berhak nak tukar mb dr kalangan ahlinya tanpa ada sebarang sebab pun boleh...prestasinya tertakluk kpd penilaian partinya...yg jadi makin sulitnya apabila dtg hj hadi pulak bagi support...

Tanpa Nama berkata...

Ramai sangsi dengan keikhlasan Kajang Move..., oleh demikian rentetan selepas itu juga tetap disangsi ramai.

Kajang Move kekal sebagai tumpahan minyak kotor atas kertas bersih.

Tanpa Nama berkata...

heran aku macamana geng ulamak blh bagi sokongan kat Khalid... akhirnya kena kencing ngan khalid.

tak setuju ngan anwar atau pkr pun jgnlah tunjuk bodoh sokong org yg trg2 menentang kepimpinan partinya sendiri.

bagaimana kalau ahli pas menentang kepimpinan sendiri? macam2 dituduhnya.. anwarinaslah anti-ulamaklah, munafiq harakilah..

Tanpa Nama berkata...

Mula 2 aku tengok tski . OK.sekarang ni kecewalah.

Marwan berkata...

in respons to Anonymous said...
Wahai khalid...that points here...awak adalah ahli pkr yg tidak patuh pada arahan pimpinan pkr...parti berhak nak tukar mb dr kalangan ahlinya tanpa ada sebarang sebab pun boleh...prestasinya tertakluk kpd penilaian partinya...yg jadi makin sulitnya apabila dtg hj hadi pulak bagi support... by Anonymous


Setuju.
Kalau Hj Hadi tak support dulu, dah selesai dah. Khalid tak boleh bertindak ganaz spt skrg.

Tanpa Nama berkata...

Ingat tak dulu kes mb kedah pas yg bergolak sesama sendiri? Pkr dan dap x masuk campur sebab atas dasar hormati urusan dalaman parti kawan... kecewa aku dgn sikap pas skrg...

Tanpa Nama berkata...

Perkara kecik je tu. Selangor tak besar mana pun. Biarkan Pemimpin dlm PR selesaikan. Kita yg kecil2 nie jgn lupa akan Gaza yg mana tgh menentang Yahudi Lanatullah....Viva Palestine

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah kes MB terengganu baru2 ni...boleh ke Mat Said bantah arahan Presiden partinya? Mat Said siap ugut nak keluar parti...akhirnya Mat Said tetap tertakluk pada arahan partinya...begitulah jugak dgn kes khalid ni...

Tanpa Nama berkata...

ROS adalah kerajaan BN , Badan yang tak mahu lulus Pakatan Rakyat, UMNO=ROS=KHALID

Tanpa Nama berkata...

Dulu lagi TGHH sokong UG... semua orang dah tahu dalangnya bersama Nasa

Tanpa Nama berkata...

Kalau Presiden Pas boleh sokong org yg melanggar disiplin parti dipecat maka tak salah ahli2 Pas tak wala' pada ketuanya.

Tok Guru pun tunjuk contoh yg tak betul pd jemaahnya. Memalukan parti Islam jer.

Tanpa Nama berkata...

What ever result sekalipun lu PR kena yakinkan kita sebagai golongan muda beb. Jangan sampai tahap sampai tubuh satu parti baru dengan gabungan Ulama Muda dan golongan profesional dari orang muda untuk menghadapi PRU akan datang. If dah sampai begitu sorry sudah terlambat, we all takkan sokong either UMNO mahupun PR.

Tanpa Nama berkata...

khalid bukan nak mengadu dgn ros tp dgn kak ros...

Tanpa Nama berkata...

SILAP2 ADA PARTI YANG KENA HARAM NIH...

Tanpa Nama berkata...

Jawatan MB adalah jawatan PR (PAS+DAP+PKR) bukan hak satu parti. Setiap apa tindakan yang berkaitannya perlu persetujuan semua. Urusan dalaman parti (gugur keahlian dsbgnya) mmg x blh pihak lain masuk campur. Kes Hassan Ali cthnya. Jadi, tidak salah kalau mana mana pihak tidak setuju dgn tindakan tersebut apatah lagi tidak justifikasi syarak untuk tindkan tersebut (ini ajaran Islam pegangan PAS) Tak tahulah kalau ada justifikasi lain yang membenarkannya.

Tanpa Nama berkata...

MB yang sah kata nak samon PKR selepas samon MsiaInsider, so jadi GreenBOC da blogger kena berhati-hati hanya tulis yang benar supaya tidak di samon.

Semua orang takut kena samon maka tulis/cakap dengan elok, kecuali ULAMA PAS yang mulia telah bagi sokong kuat kedapa Tan Sri MB Selangor.

Anti Fitnah berkata...

Makin hari makin aku kecewa dengan sikap TSKI. Dulu aku tak setuju akan TSKI diturunkan. Tapi semakin lama krisis ini berlaku, semakin aku nampak ketidakjujuran TSKI.
1. Kalaulah TSKI tak setuju PKR pecat dia, kenapa dia pecat semua exco yang tidak bersetuju dengan beliau? Bukankah ini sifat munafik?
2. Kenapa harus bawa kes ini ke ROS sedangkan beliau ada 14 untuk membuat rayuan? Nampak sangat ada satu kuasa jahat di belakang beliau yang ingin menjahanamkan PKR?
3. Kalaulah TSKI berjiwa rakyat, sudah tentu beliau tidak mengkhianati mandat yang diberi oleh rakyat Selangor kepada PR???
4. Kalaulah TSKI berjiwa rakyat, sudah tentu beliau dah lama letak jawatan dan bukan menimbulkan huru hara dalam kerajaan PR? Beliau seolah-olah bersikap kalau aku tak dapat, orang lain pun tak akan dapat. Biar kita hancur bersama-sama. Adakah ini sifat seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang membiarkan rakyat jahanam bersama beliau? Jangan lupa peribahasa, "Patah tumbuh hilang berganti". Tiada manusia yang tak boleh diganti?
5. Kata TSKI, beliau mendapat perkenan daripada DYMM Sultan Selangor. Kalaulah ianya BENAR, maka malanglah bagi rakyat Selangor kerana mempunyai seorang Sultan yang tak faham akan semangat demokrasi dan raja berpelembagaan. Jangan pulak PDRM menggunakan akta hasutan apabila rakyat mula mempertikaikan tindak tanduk Sultan sebab baginda sendiri yang mencemar duli. Baginda seharusnya mengikut majoriti ADUN yang dipilih oleh rakyat Selangor dan bukan melayan karenah TSKI. Walaubagaimanapun, aku berharap hal ini adalah tidak benar kerana aku masih sayang dan percaya akan kredibiliti dan bijaksananya Sultan Selangor. Kalau bijaksini, maka ....
5. PAS - sangat mengecewakan. Kenapa nak mengkhianati perjanjian dan semangat PR? Dah berapa kali dah PAS dikhianati oleh UMNO-BN? Masih lagi nak berpaut dengan UMNO-BN. Janganlah jadi manusia yang dicelakakan oleh Allah swt kerana tidak belajar dari kesilapan yang lalu. Takkan dah tak manusia yang mukmin di kalangan PAS? Sudah tentu persoalan ini mustahil sebab yang aku tahu, ramai ahli PAS memang baik dan taqwa kepada Allah swt. Jangan jadi munafikun seperti UMNO-BN. Keempat exco PAS sepatutnya letak jawatan bersama-sama rakan mereka untuk menunjukkan sokongan kepada PR dan bukan menyatakan alasan yang nampak "logik" tapi lebih bersifat gila kuasa (takut hilang kuasa).

Tanpa Nama berkata...

Saya tak pernah merasa DS Anwar gila kuasa. apa sahaja yang dia lakukan mesti ada sebab musababnya. Teruskan DS!!