21 Ogo 2014

[GAMBAR] Maut Selepas Ditinggal Bapa 8 Jam Dalam Kereta

MUHAMMAD Aqil Arfan Adnan, 4 maut selepas ditinggalkan oleh bapanya didalam kereta.

Alor Setar – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta bapanya di kawasan letak kereta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang dekat sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan dipercayai terperangkap lebih lapan jam dalam kereta Perodua Viva, sebelum ditemui bapanya Adnan Salleh, 40-an, yang merupakan guru agama sekolah itu pada 4 petang tadi, selepas habis waktu bekerja.

Difahamkan, mangsa kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Nerang, namun disahkan telah meninggal dunia.

Saudara mangsa, Soaid Adam, 45, berkata Adnan sepatutnya menghantar anaknya itu ke tadika yang terletak kira-kira 150 meter dari tempatnya mengajar terlebih dahulu.

Bagaimanapun dia dipercayai terlupa berbuat demikian dan tidak menyedari bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu sedang tidur di kerusi penumpang bahagian belakang kereta itu, katanya.


Soaid berkata biasanya Adnan bersama isterinya, Asiah Abu, 30-an, yang merupakan seorang guru di SMK Dato Syed Ahmad, Kuala Nerang dan anak mereka keluar dari rumah mereka di Kampung Padang Durian, Pendang kira-kira 6.45 pagi.

"Selalunya Adnan akan melalui jalan Pokok Sena kemudian dia akan hantar anaknya dahulu ke tadika, selepas itu dia akan hantar isterinya ke SMK Dato Syed Ahmad dan kemudian dia akan ke SMK Kuala Nerang.

"Tetapi hari ini, dia melalui jalan Naka kemudian menghantar isterinya dahulu lalu terus ke SMK Kuala Nerang, dia mungkin terlupa untuk hantar anaknya ke tadika," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini.

Soaid berkata dia sangat terkejut apabila Adnan memaklumkan mengenai insiden itu kepadanya kira-kira 7.30 malam tadi dan tidak menyangka ia akan menimpa keluarga mereka.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata punca kejadian masih belum dikenal pasti. - Bernama









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



7 ulasan:

tausuo berkata...

Satu malapetAka yg menyayati, yg semakin kerap berlaku. Satu program atau gerakkerja untuk menghebahkan bahaya meninggalkan anak DLM kereta dan meningkatkan kepedulian dikalangan masyarakat sangat perlu. Langkah mnyebarkan berita INI adalah menjurus ke arah INI. Banyak trima kasih.

Shahabuddin berkata...

kejadian yg sama berlaku setahun yg lalu...juga seorang guru...yaAllah..

Tanpa Nama berkata...

begitu banyak kes kematian anak2 dalam kereta yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang terlupa atau lebih tepat lagi lalai, pun masih juga berlaku perkara yang sama. Mana pergi sikap mengambil berat/prihatin terhadap keselamatan anak2 yang terperangkap dalam kenderaan . Apa pun takziah buat keluarga mangsa, moga kejadian ini akan menjadi pengajaran yang betul2 berguna untuk semua ibu bapa di luar sana . Al fatihah buat semua kaum muslimin muslimat seluruh dunia yang telah pergi dahulu mengadap Allah .

Kuda Perang berkata...

Setakat ini rasanya kes anak meninggal krn tertinggal dlm kereta seperti ini hanya berlaku kpd kalangan guru...

Tanpa Nama berkata...

Anak cikgu lg.....erm cikgu kalut nak masuk sekolah. ....Takziah kpd keluarga mangsa. Anak kecil sdh .menunggu d sana. Al fatihah. ..

Tanpa Nama berkata...

manusia semakin tertekan hidupnya sehingga semakin terlupa apa yang ada di sekelilingnya.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam Takziah untuk kedua Ibu bapa Arwah.

Tanpa Nama berkata...

mengapa kes seperti ini adalah kebanyakan atau mungkin semuanya anak-anak guru seperti kes-kes sebelum ini? adakah beban kerja guru sangat berat menyebabkan pekerjaaan guru sangat rutin? maka jika berlaku perubahan sedikit pun, mereka gagal mengesan perubahan kesan dan akibat itu dalam masa singkat. perlu kajian mendalam hal ini. mungkin smua kereta perlu dipasang alat pegera pengesan degupan jantung!