27 Ogo 2014

Kepompong PAS - PAS Sedang Melalui Proses Kematangan Politik

Tahap ketiga kitaran hidup seekor rama-rama ialah tahap kepompong. Tahap ini berlangsung bermula saat beluncas menganyam kepompongnya, sehinggalah ia lahir semula sebagai seekor rama-rama. Yang memerhati boleh menentukan tahap kepompong ini hanya dengan melihat warna kulit kepompong yang bermula hijau dan seterusnya berubah perang, kuning dan akhirnya jingga.”

Terdapat beberapa pihak yang mengungkap kemelut Selangor sebagai suatu ancaman besar kepada demokrasi serta kehendak rakyat Selangor. Dan ya, sebahagian besar kehendak rakyat ke arah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat diperjudikan kerana PAS nampaknya tidak dapat membuat keputusan, selain kerana sikap PKR yang tergesa-gesa memaksakan Langkah Kajang. Akhirnya kita menyaksikan perkembangan yang sedang terjadi.

Pada waktu ini, PAS adalah pihak yang menanggung kerugian terbesar. Semua muncung senjata dihalakan ke arahnya, termasuk dari kalangan pemimpin dan penyokong akar umbinya sendiri. Kita telah pernah mendengar bagaimana sistem Whip Parlimen dikhianati, malah ada yang telah melanggar arahan parti demi kepentingan diri dan/atau mempertahankan prinsip yang lebih besar, bergantung kepada sudut mana yang dipilih untuk membina perspektif ke atas situasi berkenaan.

Walau bagaimanapun, masa depan Pakatan nampaknya kian kelam, sementara BN sedang duduk rehat-rehat di bilik mesyuaratnya sambil menyeringai dari telinga ke telinga menantikan apa lagi kerosakan yang bakal dilakukan. Akhirnya nanti mereka yang akan menangguk untung.

Tetapi saya ingin memohon semua orang untuk berhenti seketika daripada menzahirkan tuduhan dan prasangka terhadap Pakatan, terutamanya PAS, dan melihat gambaran yang lebih besar.

Saya memohon semua orang untuk melihat PAS yang tampaknya seperti sedang cuba memusnahkan diri sendiri itu sebagai sebuah parti yang sedang menempuh proses peralihan daripada cara berfikir PAS GANTI UMNO kepada cara berfikir PAS FOR ALL.

Saya minta anda melihat hal ini sebagai suatu tindakan yang amat diperlukan dan sebagai suatu proses kematangan politik, sama seperti metamorfosis seekor beluncas menjadi seekor rama-rama.

Dari sudut positif, PAS sedang melangsungkan debat dalamannya, meski secara begitu terbuka, yang sangat diperlukan demi memutuskan bagaimana rupa bentuknya dalam proses melangkah maju. Keberanian politik untuk memulakan perjalanan ini, walaupun tak elok dipandang, sedang dilakukan secara bersungguh-sungguh.


Jika boleh kita tolak ke tepi dulu soal krisis Selangor dan soal kelangsungan Pakatan, sekiranya metamorfosis PAS ini melahirkan PAS FOR ALL, politik Malaysia pastinya akan memasuki suatu era baru.

PAS memasuki tahap kepompongnya dengan warna hijau dan kini kelihatan berwarna perang, hampir kotor. Tiada yang akan menafikannya, hatta dari kalangan pimpinan dan kadernya sendiri. Pupa rama-rama atau tahap kepompong ini berakhir apabila kulitnya bertukar Jingga. Sang beluncas muncul semula dengan dirinya yang berwarna gemilang Jingga selepas itu.

Marilah kita berharap bahawa persamaan warna metamorfosis rama-rama dengan Pakatan adalah petanda dari alam tentang rupabentuk PAS yang akan muncul nanti.


Kita harap rama-rama dalam PAS akan bersama-sama visi yang telah dilancarkan sejak 2008, beserta impian PAS FOR ALL, dalam Malaysia untuk rakyat Malaysia, demi rakyat! – Howard Lee/Roketkini







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Awanama berkata...

sekarang bkn pas for all , lebih sesuai pas for umno ..khakkk thuihhh

Awanama berkata...

Perlukah Pas kekal dalam Pakatan Rakyat?

MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.

Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.

Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.

Tepatkah alasan Pas tersebut?

Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam.

Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.

Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.

Perlukah Pas menyertai BN?
Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat? Apakah Pas kekal disokong oleh anak muda? Apakah Pas boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa Pas dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah Pas ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain?

Jika merujuk kepada sejarahnya, Pas gagal bertahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?

Apa yang perlu Pas lakukan?

Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah Pas. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin Pas memanggil perhimpunan agung tergempar.

Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan Pas.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas.

Yakinlah, jika Pas sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

bat8 berkata...

Tuan,

PAS FOR ALL SUDAH MATI angkara TGHH dan kumpulannya. Apa yang kita lihat adalah permainan UMNO yang dimainkan oleh kelompok ini didalam PAS.

Apa yang berlaku, tindakan yang dibuat amat la4i dari landasan Islam dan yang paling menyedihkan ia dilakuman oleh mereka-mereka yang dianggap sebagai guardian of Islam themselves.

Kerosakan bukan kecil. Hasil pe4juangan oleh pemimpin-pemimpin dari awal penubuhan PAS telah dimusnahkan ol3h permainan yang memualkan. Hari ini kerosakan yang kita boleh jangka sahaja. Tunggu s3dikit masa lagi,k3musnahan total berlaku.

The sooner kita realise it the better. Sekurang-kurangnya kita bol3h memulakan pembinaan semula yang pasti akan mengambil masa yang lama untuk pulih kembali.

Buat masa ini pada saya, PAS juga menghadapi ketandusan pemimpin pelapis yang be4wibawa sama seperti UMNO. Tidak nampak sesiapapun dari golongan ulamak yang memileki kebolehan memimpin paling kurang seperti Almarhum Dato Fadhil Nor. PAS memerlukan seorang pemimpin dari kalangan golongan ulamak yang jauh l3bih baik dari Almarhum untuk membina semula PAS.

Jadi stop kidding urself. PAS is gone. PAS is dead.

Awanama berkata...

pas kalau nk keluar dari pakatan tunggu pru 14 nnt, masa tu saya pun dah tak mau sokong pas. masa tu rasanya ramai cina india pun tak akan sokong pas lg. masa tu baru pas tahu kedudukan dia sebenarnya sama ada dia betul2 kuat atau dia kuat kerana rakyat nk tolak bn.

Awanama berkata...

Amat bagus kerana DAP masih bersangka baik dan melihat sindrom flip flop PAS sebagai proses kematangan. Disebaliknya, hakikat yang dilihat ialah pimpinan PAS sekarang khususnya presiden masih belum berupaya memahami hakikat keperluan kini dalam perlunya kesegeraan mengambil keputusan. Akibatnya PAS dilihat lembab dan lemah serta tidak konsisten dalam menghadapi kemelut. Apakah ini yang diharapkan oleh rakyat kepada wakil yang mereka pilih? Di saat kita melihat bangunan mahu roboh, dua pihak berusaha mengambil langkah drastik, PAS masih berkira-kira memikirkan strategi untuk mengukuhkannya...sedangkan bangunan sudah condong dan mahu runtuh?
Jika ahli PAS berbangga dengan ungkapan "PAS akan terus subur dan mekar dalam politik walaupun bersendirian"...itu memang benar. Tidak dinafikan. Namun selama itulah PAS kan kekal sebagai parti politik pembangkang sahaja. Jauh sekali untuk membentuk kerajaa. Ingatlah, banyak kerusi yang PAS menangi sebenarnya didokong oleh kalangan undi bukan MElayu yang selama ini banyak memberikan undi kepada BN.

Awanama berkata...

Selepas UMNO gagal mengundang PAS menubuhkan kerajaan bersama di Selangor dan Perak pada 9 Mac 2008 dan beberapa hari kemudiannya, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi menjadi begitu tidak stabil. Sebuah badan bernama TASK FORCE 2010 ditubuhkan dengan diketuai oleh Bekas Atache Tentera Malaysia ke Pakistan dan Pegawai Tinggi dalam Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai tersebut kini dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri. Beliau anak kelahiran Terengganu dan bernama Wan Abu Bakar.

Awanama berkata...

Dulu ahli takut nak kritik ulama, seolah-olah boleh menyesatkan, tapi kini ramai menyedari ulama bukan maksum

Awanama berkata...

???Apabila Hadi menyedari penyokong Pas tak sokong UG?Hadi berrubah kepada nak jahanamkan Pakatan?

Awanama berkata...

Sebenarnya ahli dan TGNA dah keluar kepompong, TGHH dan UG masuk balik dan terjun tong taik

abuamir berkata...

PAS jgn merasa kuat bila menang banyak kerusi terutama dikawasan bandar dimana yg banyak menyokong pembangkang adalah bukan melayu dan golongan muda. Bila ada banyak kerusi terasa kuat kemudian mahu bersama dgn umno pula utk membela melayu pula. Masa PRU13 dulu merayu bukan melayu sokong PAS dgn slogan PAS FOR ALL, bila menang nak khianat kpd pengundi bukan melayu? Malulah kami ahli bawahan mana nak taruk muka kpd pengundi yg kita rayu sokong kita?

Apakah selepas ini jika PAS bersama umno atau bersendirian pada PRU14 nanti masih nak merayu kpd bukan melayu sokong PAS? Sedarlah kita ni negara majmuk tiada parti yg mampu membentuk kerajaan tanpa sokongan semua kaum.

Apakah PAS akan jadi parti lebai malang? Hakikatnya golongan muda & bukan melayu akan tolak parti yg bersekutu dgn umno/bn. Rakyat akan tetap tolak umno/bn pd PRU14 nanti.

Awanama berkata...

Katakan PAS keluar PR dan kembali besendirian, bagaimana pula dgn nasib PKR dan DAP tak kiralah mereka bergabung atau tidak. Tiada ke analisa dan perincian mengenai kemampuan parti2 ini. Tentang BN keupayaannya semua org dah tau.

bat8 berkata...

DAP adalah parti yang sedikit menerima kesan. Kaum cina terutamanya sudah menolak MCA dan Gerakan.

Nasib PKR dijangka terok sedikit daripada DAP tetapi tidak seteruk bakal menimpa PAS. PKR secara asasnya mempunyai appeal kepada rakyat malaysia yang berbilang bangsa. Mereka juga mempunyai barisan pelapis yang berkualiti tinggi sama dengan DAP. Mereka boleh bangkit kembali lebih cepat daripada PAS dan memakan sedikit masa sahaja berbanding dengan PAS.

Sebenarnya secara politik nasional PAS sudah hancur. Pengundi bukan melayu di pantai barat pasti menolak PAS secara total. Orang melayu yang berpendidikan dan golongan muda juga akan menolak PAS terutama dipantai barat. Penolakan ini juga akan dirasai di pantai timur, kedah walaupun tidak seteruk di pantai barat. Kerja-kerja PAS di Sabah dan Sarawak juga hancur lebur.

Awanama berkata...

Sejarah membuktikan PAS telah cukup matang dalam menghadapi puak puak UMNO dan bekas-bekas UMNO. Kalau tak matang dalam lama berkubur macam parti parti yang ditubuhkan oleh puak puak bekas UMNO.