12 Ogo 2014

Jika Berita Ini Benar.. Khalid Wajar Letak Jawatan...

Majoriti Adun Pakatan Selangor tandatangan surat sokong Wan Azizah jadi MB

Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor.

Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.

Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.

Terdapat 56 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pemimpin DAP mengesahkan semua Adun Selangor mereka sudah menandatangani SD pada Ahad tetapi buat masa sekarang tidak merancang menggunakannya secara terbuka untuk mendesak Khalid meletakkan jawatan.

Sementara Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak mengesah atau menafikan kewujudan SD tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.

"Kami akan keluar kenyataan selepas ini dan pemimpin parti perlu dirujuk," kata Saifuddin apabila ditanya mengenai SD tersebut.

Saifuddin berkata, perbincangan perlu dilakukan secara teliti sebelum mengeluarkan sebarang pendirian selepas perkembangan terkini krisis di Selangor.

Adun Kampung Tunku daripada DAP Lau Weng San yang dihubungi The Malaysian Insider berkata mekanisma tersebut ada dibincangkan tetapi perlu menunggu arahan daripada pusat.

Sumber dalaman PAS juga mendedahkan empat Adun mereka sudah menandatangani SD tersebut.

Khalid semalam berkata beliau memberikan penjelasan kepada Majlis Dewan Diraja Selangor dan Sultan Selangor mengenai kedudukannya sebagai menteri besar.

"Saya jelaskan di sebalik pemecatan sebagai ahli PKR saya masih memperoleh kepercayaaan majoriti ahli Dewan," kata Adun Pelabuhan Klang itu dan menambah Sultan berpuas hati dengan penjelasannya dan memberi perkenan agar beliau terus menjadi menteri besar Selangor.

"Sehingga ada perkembangan terbaru, saya akan terus jalankan tugas,” katanya.

Khalid dipecat daripada PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

PR kini mempunyai 43 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

PKR kini hanya tinggal 13 kerusi, PAS dan DAP 15 sementara Umno mempunyai 12 kerusi DUN.

Khalid kini merupakan Adun bebas tetapi masih belum diketahui sama ada beliau akan menyertai parti lain dalam tempoh terdekat.

Semalam PKR dan DAP mendesak Khalid membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang DUN tergempar.

Kedua-dua parti PR itu berkata, kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan majoriti Adun Selangor meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti di DUN itu meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Saifuddin dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua. -TMI

Khalid perlu buktikan dapat sokongan majoriti


SHAH ALAM – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mendapat sokongan majoriti sebelum kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun telah mendapat perkenan sultan.

Menurut pakar undang-undang dan perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari, Abdul Khalid perlu mendapat sekurang-kurangnya 29 sokongan Adun sebelum merujuk fasal Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. “Betul dari segi undang-undang , bukan saja Undang-undang Tubuh malah dalam Perlembagaan turut dinyatakan. Beliau boleh lantik tidak kurang dari empat tapi tidak lebih 10 (Exco). Maknanya, kalau dah ada empat orang, sudah boleh lah (mentadbir).

“Tapi sebelum itu, kena ada majoriti sokongan Adun iaitu sekurang-kurangnya 29 sokongan dan kedua baru boleh lantik yang empat orang itu,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam sidang media khasnya hari ini, Abdul Khalid menyebut bahawa Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan supaya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), mesti sekurang-kurangnya empat orang ahli ataupun sehingga 10 orang ahli.

“Oleh kerana Pas telah menyatakan sokongan dan telah memberitahu media bahawa keempat-empat ahli Pas akan bersama-sama dalam Exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan saya, maka saya boleh meneruskan mesyuarat Exco kerajaan negeri,” kata Abdul Khalid.

Namun menurut Aziz Bari, sekiranya PR dapat mengemukakan 29 Adun yang menolak Abdul Khalid, Abdul Khalid perlu berundur dari jawatan menteri besar.

“Sekarang ini terpulang kepada PR untuk buktikan kenyataan Khalid tidak betul atau tidak menyatakan keadaan sebenar.

“Selagi PR berdiam dan tak kata apa-apa atas dakwaan Khalid, beliau akan tetap duduk di situ. Itu boleh dinafikan kalau ada 29 Adun yang kata mereka menolak Khalid,” katanya.

Senada dengan beliau, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan turut menyuarakan perkara sama.

“Kedudukan seorang menteri besar berasaskan sokongan majoriti dalam Dun bukan berasaskan kepada sokongan Exco.

“Jika enam ahli Exco menyokong dia sekalipun, saya rasa itu bukan isu. Beliau tidak boleh menggunakan perkara itu untuk mengekalkan jawatannya,”
katanya.

Malah beliau juga mendakwa Abdul Khalid merujuk kepada peruntukan undang-undang yang kurang tepat.

“Saya lihat sidang media tadi, beliau merujuk kepada soal pentadbiran dan politik berbeza. Soal pentadbiran itu boleh diuruskan setiausaha kerajaan negeri. Tak ada menteri besar pun, pentadbiran boleh diuruskan sementara tidak ada menteri besar itu.

“Jadi, saya rasa beliau merujuk kepada peruntukan yang tidak begitu tepat,” katanya.

Menurut Jayum, cara bagi mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar adalah mendapatkan kepastian bilangan sokongan majoriti dalam Dun.

Katanya, PR pula perlu mengusulkan undi tidak percaya dalam persidangan Dun bukannya menyerang peribadi Abdul Khalid.

“Saya rasa tidak ada lagi yang boleh PR lakukan untuk mendedahkan sesuatu berkaitan peribadi dan sebagainya. Langkah terakhir adalah mengusulkan undi tidak percaya dalam persidangan Dun. Tuduhan itu dan ini tidak akan membawa kesudahan yang muktamad.

“Atau Khalid boleh memohon kepada sultan agar dibubarkan Dun kerana beliau sudah tidak lagi mendapat kepercayaan ahli dewan. Itu bergantung pada budi bicara sultan sama ada bersetuju dibubarkan atau memohon orang lain yang diberi kepercayaan majoriti untuk dilantik,” katanya.

Dalam pada itu, Aziz Bari pula berpendapat, penyataan menolak Abdul Khalid itu tidak perlu dilakukan dalam sidang Dun sebaliknya boleh dilakukan di mana-mana.

“Tapi saya rasa memadai untuk beri isyarat kepada Khalid sekiranya 29 Adun itu pergi mana-mana pentas pun boleh.

“Sebaiknya dalam dewan tapi kalau tak boleh atas sebab apa sekalipun, buatlah surat yang ditandatangani dan edar kepada rakyat. Boleh juga,” katanya.

Abdul Khalid memberitahu telah menjelaskan kepada Sultan Selangor bahawa di sebalik pemecatannya sebagai ahli PKR, beliau masih memperoleh kepercayaan majoriti Adun.
-SH










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cuba kita bandingkan kejayaan dua tokoh terkemuka di Malaysia. Dimanakah kejayaan di antara Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang boleh di kategorikan sebagai lelaki berjaya. 10 Kriteria KEJAYAAN diantara mereka. Berjaya dalam....

1. Ilmu – Dr. M berjaya dalam ilmu pelajaran barat menjadi doktor. TGHH berjaya dalam ilmu pelajaran arab menjadi guru.

2. Keluarga – Dr. M bini satu dari muda hingga tua, TGHH bini dah tua tambah bini muda.

3. Persahabatan – Dr M ramai kawan tapi amat handal menikam kalau melawan, TGHH dahlah tak jaga kawan ditikam pulak dari belakang.

4. Rumah – Dr. M berjaya siapkan Putrajaya, sarang TGHH sampai hari ini masih tak siap sepenuhnya.

5. Kewangan – Dr.M beri duit mengalakkan ekonomi pendapatan rakyat, TGHH kutip duit mempergalakkan ceramah (Derma itu adalah Jihad)

6. Teladan – Dr.M menyeru rakyak beranak ramai. TGHH tunjuk contoh cara buat anak ramai. (Kesian pada ramai yang nak beli beras tak cukup duit)

7. Kepintaran – Dr.M terbukti pandai menjaga semua kaum, TGHH sekejab nak bagi buat ladang babi sekejab suka2 kafir mengafir orang.

8. Sikap – Dr M amat rajin dan cepat menyelesaikan masalah, TGHH dahlah teramat lembab selalu pulak dia tambah masalah.

9. Pengurusan – Dr M mengetuai Negara selama 5 penggal hingga bersara, TGHH 1 penggal ketua Negeri pun dah gulung tikar. Tapi masih tak sedar terangan2 pulak nak jadi PM.

10. Kesihatan – Duit Dr M walaupun boleh dikatakan antara yang terkaya, dia amal makanan sihat tak buncit 9 bulan serupa TGHH.

Tanpa Nama berkata...

Khalid dapat sokongan 100% UMNO, patuttak mahu letak jawatan...

Tanpa Nama berkata...

Majoriti pengundi Pas bukan ulamak, Adakah kasta rendah dan hina kalau bukan ulamak bagi ulamak Pas?

Tanpa Nama berkata...

Pengundi Muda undi Pas kerana salah guna kuasa UMNO, mereka bukan penyokong tegar Pas, majoriti berpendidikan tinggi, pemimpin Pas masih dungu tentang ini

Tanpa Nama berkata...

Khalid layak jadi PM ganti Najib, sebab pandai memerintah berbanding pemimpin UMNO, dalam Pakatan rakyat Khalid hanya layak jadi pengikut....

Putra IJ80 berkata...

Usah di pening peningkan kepala

Mereka suka perkara kelang kabut ini berlaku klu x masakan mereka cipta

coz mereka merasa kerja lain yang berfaedah sudah tidak ada

So buat hal supaya terpampang wajah mereka di Akhbar Majalah segala Media Eletronik yg ada...

Kita rakyat biasa ada tanggung jawab pada kluge...ikut rentak mereka x berasap dapur mengamuk isteri berantakan rumah tangga.

sedangkan mereka Gaji allowance serta benefit tetap ada

biarkan lah Luncai terjun dgn Labu Labu nya.

Jgn Maree

Tanpa Nama berkata...

Allah maha mengetahui..

in response to Cuba kita bandingkan kejayaan dua tokoh terkemuka di Malaysia. Dimanakah kejayaan di antara Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang boleh di kategorikan sebagai lelaki berjaya. 10 Kriteria KEJAYAAN diantara mereka. Berjaya dalam.... 1. Ilmu – Dr. M berjaya dalam ilmu pelajaran barat menjadi doktor. TGHH berjaya dalam ilmu pelajaran arab menjadi guru. 2. Keluarga – Dr. M bini satu dari muda hingga tua, TGHH bini dah tua tambah bini muda. 3. Persahabatan – Dr M ramai kawan tapi amat handal menikam kalau melawan, TGHH dahlah tak jaga kawan ditikam pulak dari belakang. 4. Rumah – Dr. M berjaya siapkan Putrajaya, sarang TGHH sampai hari ini masih tak siap sepenuhnya. 5. Kewangan – Dr.M beri duit mengalakkan ekonomi pendapatan rakyat, TGHH kutip duit mempergalakkan ceramah (Derma itu adalah Jihad) 6. Teladan – Dr.M menyeru rakyak beranak ramai. TGHH tunjuk contoh cara buat anak ramai. (Kesian pada ramai yang nak beli beras tak cukup duit) 7. Kepintaran – Dr.M , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Waduhhh.... Sedapnyaa korang mengata....
Nampak sangat ko ni Umno. Macai umno. Taik umno. Setakat D.M tak payah nak banding laa dgn TGHH tuu...
Ko gi tanya budok tadika apa hukum Judi.??
D.M kata pe salahnya judi. Kalo ada iman tak judi. Kalo takdak iman judi lah... jadi ape salahnya buka kedai judi..
Ko gi tanya budok tahun 1. Pe hukum tak tutup aurat.???
D.M kata belum tentu tutup aurat orang baik. Belum tentu tak tutup aurat orang nya jahat...
Ape raa punya statement org kesayangan ko ni....????

Tanpa Nama berkata...

macam perihal politik....

tapi dr m tu belajar di barat dgn yahudi, sekular yg menjahanamkan agama dan bangsa.. sistem yg sanggup melakukan apa sahaja krn rakus dan tamak kan kuasa...

Tanpa Nama berkata...

moga dpt hidayah...moga dpt beza yg had dan yg batil

in response to Cuba kita bandingkan kejayaan dua tokoh terkemuka di Malaysia. Dimanakah kejayaan di antara Tun Dr. Mahathir dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang boleh di kategorikan sebagai lelaki berjaya. 10 Kriteria KEJAYAAN diantara mereka. Berjaya dalam.... 1. Ilmu – Dr. M berjaya dalam ilmu pelajaran barat menjadi doktor. TGHH berjaya dalam ilmu pelajaran arab menjadi guru. 2. Keluarga – Dr. M bini satu dari muda hingga tua, TGHH bini dah tua tambah bini muda. 3. Persahabatan – Dr M ramai kawan tapi amat handal menikam kalau melawan, TGHH dahlah tak jaga kawan ditikam pulak dari belakang. 4. Rumah – Dr. M berjaya siapkan Putrajaya, sarang TGHH sampai hari ini masih tak siap sepenuhnya. 5. Kewangan – Dr.M beri duit mengalakkan ekonomi pendapatan rakyat, TGHH kutip duit mempergalakkan ceramah (Derma itu adalah Jihad) 6. Teladan – Dr.M menyeru rakyak beranak ramai. TGHH tunjuk contoh cara buat anak ramai. (Kesian pada ramai yang nak beli beras tak cukup duit) 7. Kepintaran – Dr.M , by Anonymous.