12 Ogo 2014

Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?


Ambiga: Siapa sebenarnya sokong kamu Khalid?

Bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga menuntut Tan Sri Khalid Ibrahim menamakan siapa sebenarnya yang menyokongnya sebagai menteri besar, seperti didakwanya.

Dalam reaksi terhadap pengumuman Khalid bahawa sultan Selangor memperkenannya kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR, Ambiga mahukan pihak itu dinyatakan.

“Tan Sri, untuk kepentingan rakyat Selangor, sila namakan pihak dalam dewan (negeri) yang kamu kata sokong kamu,” tulisnya di Twitter.

“Walaupun dengan sokongan PAS, ia (dewan) masih tergantung,”
katanya.

Kedudukan kerusi terkini dalam PKR kini seperti berikut: PKR (13), DAP (15), PAS (15), Umno (12) dan bebas (1). -mk


Buktikan ada sokongan, PKR, DAP desak Khalid panggil sidang DUN tergempar

PKR dan DAP hari ini mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuktikan sokongan yang dimilikinya seperti dipersembahkan kepada Sultan Selangor dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar.

Kedua-dua parti Pakatan Rakyat (PR) itu berkata kenyataan Khalid mengatakan mendapat sokongan adalah meragukan.

"Kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak istana, beliau mempunyai sokongan majoriti DUN itu adalah meragukan," kata kenyataan bersama yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, hari ini.

Sebaliknya, DAP dan PKR mendesak supaya Khalid membuktikan beliau mempunyai sokongan. "Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperoleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa," kata kenyataan itu lagi.

"Ini termasuklah memanggil sidang DUN untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan beliau mempunyai sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dan Umno," katanya.

DAP dan PKR secara terbuka menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor baharu.

Ia menjadikan DAP dan PKR memiliki 28 Adun menolak Khalid, cuma PAS belum menyatakan pendirian. PAS memiliki 15 Adun di Selangor.

"PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada Khalid dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini," katanya.

Walaupun sudah menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka akan menyokong Khalid tetapi ia masih belum dibuktikan, kata kenyataan itu lagi.

"Umno menyatakan secara terbuka 12 Adun mereka menyokong Khalid seperti mana yang didakwa beliau.

"Jika 12 Adun Umno tidak menyokong Khalid, maka jelaslah beliau mempersembahkan maklumat palsu kepada Tuanku Sultan Selangor," kata kenyataan itu.

Susulan perkembangan terbaru ini, PKR dan DAP berkata akan meneliti langkah terkini bagi menyelesaikan kemelut di negeri Selangor tersebut.

"PKR dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat (PR) yang dipilih rakyat dalam pilihan raya umum yang lepas.

"Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan PR terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik."

Khalid dipecat daripada PKR Sabtu lalu selepas usaha mereka mendesaknya berundur gagal.

Khalid hari ini berkata masih menteri besar yang sah di Selangor selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memperoleh sokongan majoriti dalam DUN.

Beliau mengadakan pertemuan dengan baginda di istana dan sejurus kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.

Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya agar meletakkan jawatan.
-TMI



Isu MB: Exco PAS S'gor jalan tugas seperti biasa

KUALA LUMPUR: Keempat-empat Exco PAS Kerajaan Selangor akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa di bawah pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, demikian tegas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, ini kerana kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa, sebelum menunggu pengumuman terbaru daripada PAS Pusat.

"Kerajaan masih ada, jadi mereka hendaklah menjalankan tugas sebagaimana biasa sehingga ada keputusan baru," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukan kesemua Exco PAS selepas Lembaga Disiplin PKR memecat Abdul Khalid kelmarin.

PAS mempunyai empat Exco dalam kerajaan Selangor iaitu, Pengerusi Perumahan Pengurusan dan Peneroka Bandar Iskandar Samad (Adun Chempaka), Pengerusi Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian Pembangunan Desa Sallehen Mukhyi (Adun Sabak), Pengerusi Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang) dan Pengerusi Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Dr Ahmad Yunus (Adun Sijangkang).

Sementara itu, Mustafa mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang kini melanda Selangor.

Katanya, PAS masih bersama Pakatan Rakyat dan menangani krisis ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
-HD


ULASAN GB

PAS bersama rakan di dalam Pakatan Rakyatkah atau sudah bersama UMNO di dalam isu Khalid Ibrahim?

PAS juga dilihat tidak betul dari segi "masa". Begitu cepat Tuan presiden dan Majlis Syura memberikan sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tetapi terhegeh-hegeh untuk memanggil mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos2014 ini setelah dianjakkan dua kali, pertama pada 10 Ogos kemudian kepada 13 Ogos 2014.

Dan lebih memalukan apabila PAS kini tersenarai di dalam kelompok yang menyokong Khalid bersama-sama UMNO bukan bersama-sama rakan-rakan PR sekalipun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali menyatakan: PAS masih bersama Pakatan Rakyat!

Jika PAS bersama PR, Khalid telah berdusta dengan Sultan menyatakan beliau mendapat sokongan majoriti ADUN dan hari ini juga sebenarnya Khalid sudah tersungkur.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



61 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Ulamak PAS pun manuaia juga ada nafsu...

Selangor kaya , ada duit poket sesapa pun hilang akal , lebih lebih lagi peminat pil pil kuda.

Duit pun duit rakyat , tak rasa salah pun.

Ini lah masa nak buat duit senang dapat bini muda 2 3 orang dengan Vellfire baru , Mercedes...

Kalau PAS tiada masalah tuk ber satu dengan UMNO sebab Melayu.

Tok Guru Aziz sudah tua pun , lagi pun Klantan tak tahan lsna miskin.

Tahniah Khalid , banyak OKB Melayu tahun ini.

Tanpa Nama berkata...

Pas dibawah Hj Hadi nampak sgt tak effisien..

Tanpa Nama berkata...

Semua penyokong Pakatan Rakyat tidak sabar untuk lihat samada PAS akan bersama Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat dalam isu MB Selangor nanti...inilah ujian besar yang akan dihadapi oleh PAS... sokong bersama BN mungkin bermakna PAS keluar dari gabungan Pakatan Rakyat...kalau itu benar2 berlaku, terima kasih daun keladi buat PAS kerana umno akan boleh tido lena lepas ni...

Putra IJ80 berkata...

kalau lah PAS menang 5-6 kerusi di Selangor..mcm sebelum nie...rasa nya hal hal seperti ini tidak jadi kechoh .

Tapi bila Allah bagi kelebihan dan sedikit keselesaan..PAS berubah jadi parti yg gembira lagi sombong....

PAS menyangka rakyat Selangor sudah mula menyokong PAS...

Itu tafsiran yg.salah

Rakyat Selangor menyokong kerana PAS dlm PR dan mengharapkan akan berlaku perubahan Selangor jdi lebih baik dari di bawah BN

Tunggu PRU14 PAS Selangor akan tahu tinggi rendah nya tanah.


Unknown berkata...

kalau pas bersekongkol dengan umno, anggaplah pas tidak wujud

Tanpa Nama berkata...

saya suka lagi menyatakan ini perselisihan pendapat; tski secara undang2 masih mb & tidak boleh sangkal; pihak yg bercadang kpd usul undi tidak percaya perlu menggunakan saluran yg sama; tidaklah perlu mana-mana pihak terlajak kata; bersabar & percaya ini kehendak-Nya

Tanpa Nama berkata...

Sekarang giliran PAS pula dibayangi dengan badi malang...tersepit diantara mahu duduk bersama Pakatan Rakyat atau bersama Barisan Nasional.

Bagi saya PKR dan DAP tidak akan menyesal kehilangan kerajaan negeri Selangor gara-gara Khalid Ibrahim dan PAS.

Tapi PAS yang dikatakan parti yang memperjuangkan islam akan menghadapi krisis 'cakap tak serupa bikin'

Tanpa Nama berkata...

pas mmg angkuh.

Tanpa Nama berkata...

Kalau umno dah menyokong TSKI bermakna umno dah berjaya memporak perandakan PR......PAS jgn sekongkol dgn Umno

Tanpa Nama berkata...

tp kemenangan PKR byk disumbang oleh ahli PAS sbb ahli pas ramai. PKR berapa sangat ahlinya...rasanya pas akan menang lagi besar berbanding PKR kalau PAS tak bersama PR. Plg teruk terjejas nanti adalah PKR..

Tanpa Nama berkata...

Agenda utama utk memecahkan pakatan..dan rakyat sedang menyaksikannya...

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS sokong bersama BN maka saya akan keluar sebagai ahli PAS, bersekongkol dengan umno kami tidak rela, jangan bakar kelambu dek kerana nyamuk saekor

Tanpa Nama berkata...

tiba-tiba aku rindukan arwah ustaz fadhil noor :(

al-fatihah untuk arwah.

Tanpa Nama berkata...

isteri jiran kita bergaduh dgn suaminya lalu lari kerumah kita..setelah dengar cerita sepihak dr isteri jiran kita tu kita terus percaya dan memeluknya dgn penuh berahi tanpa menoleh sekelling lagi..itulah sikap parti yg aku penat2 sokong selama ni..terlalu baik tapi teramat bo...

Tanpa Nama berkata...

Permainan umno kali ni mcm berjaya jek.. Tak sia2 diupahnya a p c o untuk memikir.. Melayu terlalu mudah lupa

Tanpa Nama berkata...

Ingat senang2 ke nak tukar MB....mcm tukar baju....pulak tu rakyat negeri lain,perempuan pulak tu....senang2 ke sultan selangor nak bagi perkenan......pkr...pkr....mu sia2kan mandat yg rakyat beri...hancus......PAS tetap dihatiku.

farid berkata...

ini bukan masalah pas sokong umno ke tidak weh. ini masalah sokong tski ke tidak. kalau umno sokong dan pas pun sokong tski so what. takde kena mengena pun pas sokong umno. hai sampai bila minda melayu ni nak membangun. tak belajar ilmu mantik camnile.

Tanpa Nama berkata...

farid tulis:

ini bukan masalah pas sokong umno ke tidak weh. ini masalah sokong tski ke tidak. kalau umno sokong dan pas pun sokong tski so what. takde kena mengena pun pas sokong umno. hai sampai bila minda melayu ni nak membangun. tak belajar ilmu mantik camnile. on Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?
*****************

hahaha.. minda melayu... memang khianat lebih...

minda Islam tak mcm tu bahlul!

Tanpa Nama berkata...

kenapa buat komen terlalu awal dan menaruh prasangka buruk terhadap PAS. dah la tu komen dengan perkataan KALAU, perkataan ini jelmaan dari idea syaitan-syaitan dan iblis,tidak ada yang mahu berlandaskan dengan ketentuan Allah azzawajalla. tunggu dan lihat banyak bersabar dan beristighfar. jangan melalut macam orang mabuk tuak.

Tanpa Nama berkata...

Klau pas sokong tski dn umno pun skong tski....tu knsekongkol...sama mkna la broooo...kens ingt klntn jatuh krana sekongkol dgn umno....

Tanpa Nama berkata...

Kalu PAS bersama dgn UMNO, aku akan hasut semua ahli PAS supaya keluar PAS dan masuk parti PKR. semua YB PAS selangor sepatutnya keluar dan masuk PKR. DR. Rani tolong masuk PKR untuk menerusikan kerja2 kebajikan pada rakyat selangor. Jangan sekali kali bekerjasama dgn UMNO haramjadah, jangan bagi oksigen pada UMNO haramjadah. PR, pertahan lah demi rakyat dan negeri Selangor. Hadapi lah ujian ini dengan penuh bijaksana dan sabar. Pada PAS anda boleh lah berfikir supaya TGHH diturunkan bersama dengan Din ayam yang senada dengan UMNO haramjadah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mcm ini pendirian PAS....pastikan pru 14 pas akan melePAS dan kelantan akan tumbang ka tgn umnok

Tanpa Nama berkata...

Kalau PAS bergabung dengan umno untuk sokong Khalid Ibrahim bila undi tak percaya dibuat nanti, percayalah majoriti golongan 52% yang mengundi PR pada PRU lepas tak akan ambik pot lagi sama PAS...
Aku yakin jika itu berlaku ceramah-ceramah PAS akan lengang dan dah tak semeriah dulu lagi...insyaallah...
Ingat lagi tak singkatan ABU?

Tanpa Nama berkata...

Pas akan hilang kelantan pd pru 14

Tanpa Nama berkata...

Semua ini kerja Iskandar Samad, PJ PAS Selangor, anak didik Hassan Ali yang mengkhianati PR.

beliau juga sebenarnya yg suh Khalid Ibrahim pertahankan jawatan MB dan menentang PKR.

Khalid Ibrahim tidak akan berdegil ke tahap gaban jika bukan kerana geng ulamak PAS di Selangor yang menghasutnya.

Situasi akan berbeza jika YB Rani dikekalkan PJ Selangor... tetapi apakan daya sang menantu berjaya mempengaruhi mertuanya gantikan Rani dengan Iskandar...

Tanpa Nama berkata...

Itu lah kebodohan org melayu.....terus je di perbodoh kan oleh umno

in response to ini bukan masalah pas sokong umno ke tidak weh. ini masalah sokong tski ke tidak. kalau umno sokong dan pas pun sokong tski so what. takde kena mengena pun pas sokong umno. hai sampai bila minda melayu ni nak membangun. tak belajar ilmu mantik camnile., by farid.

Tanpa Nama berkata...

Episode diSelangor ni telah membuktikan kemenangan kpd puak UG dalam PAS berjaya menubuhkan Kerajaan UG yg diimpi-impikan.Satelah kejayaan diSelangor ni,rancangan setetusnya diKelantan,Trengganu dan munkin diPulau Pinang.Sudah lama President PAS dan Tim.Mursyidul Am,Harun Din berkokok hingga terpaksa mengorbankan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa akhirnya hasrat tercapai melalui Khalid Ibrahim.Tahniah diucapkan kpd Nik Abduh,Din Ayam dan Tantawi.

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah pengkhianat dalam PR setelah setuju dengan konsensus bersama PKR dan DAP. Ingatan pada parti PAS, berpeganglah pada janji kamu walaupun pada bukan islam. Bagaimana nak berdakwah pada bukan islam kalau janji pun tak boleh ditepati, dah kalu nak berkawan dgn musuh lama tu elok lah dibubarkan terus parti PAS ini.

PAS & PR fanboy berkata...

Lebih baik semua tunggu dan lihat dari melemparkan fitnah.
Tunggu selepas 17 Ogos selepas selesai mesyuarat PAS tu nanti.
Aku tengok semua nak tunjuk pandai buat analisis sendiri.
Tolong jangan keruhkan keadaan.
PAS, DAP dan PKR tidak boleh berpecah sama sekali.

Tanpa Nama berkata...

Apalah korang ni semua.
Cakap pun dah tau dari spesis Umno... Taik Umno.
perhatikan knytaan Syura Ulama. Tak ada kesalahan besar yg perlu kpd pertukaran. Kalau TSKI bersalah buktikan dulu. Kalau tidak ZALIM namanya.. Ulama dia takut MURKA ALLAH dari marah para pengundi... Sama dgn GB. Lebih utamakan 'takut kalah PRU' dari takut MURKA ALLAH...
Hang semua nak cari REDHA ALLAH ke redha manusia/pengundi..????
Satu lagi.. Apalah korang semua ni.. Asyik asyik UG. UG.. UG..
Najib sokong Palestin. PAS sokong Palestin. Jadi PAS UG dgn Umno lah..????
Mcm mana pulok PKR sokong Palestin...???
Tak kata PKR nak UG dgn Umno...???
PAS sokong TSKI krn pendirian PAS. Umno sokong TSKI itu dia punya hal. Kalu umno dok sokong TSKI pun PAS ttap dgn pendiriannya.
Itu ketetapan dari Syura Ulama. Kalau tak setuju dgn Ulama, pergilah kamu semua kepada umno, PKR, DAP yg rujukannya bukan ulama... Pergilah kamu semua mencari redha manusia dari redha ALLAH....

Tanpa Nama berkata...

Setuju sgt2....geng ug perosak pas...golongan cerdik spt husam musa, mahfuz, syed azman disisihkan...geng ulama taraf mat yakob mb kelate tu diagung-agungkan...berat 66 pas lening...

in response to Episode diSelangor ni telah membuktikan kemenangan kpd puak UG dalam PAS berjaya menubuhkan Kerajaan UG yg diimpi-impikan.Satelah kejayaan diSelangor ni,rancangan setetusnya diKelantan,Trengganu dan munkin diPulau Pinang.Sudah lama President PAS dan Tim.Mursyidul Am,Harun Din berkokok hingga terpaksa mengorbankan Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa akhirnya hasrat tercapai melalui Khalid Ibrahim.Tahniah diucapkan kpd Nik Abduh,Din Ayam dan Tantawi., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

anon 11:51 menulis

Apalah korang ni semua. Cakap pun dah tau dari spesis Umno... Taik Umno. perhatikan knytaan Syura Ulama. Tak ada kesalahan besar yg perlu kpd pertukaran. Kalau TSKI bersalah buktikan dulu. Kalau tidak ZALIM namanya.. Ulama dia takut MURKA ALLAH dari marah para pengundi... Sama dgn GB. Lebih utamakan 'takut kalah PRU' dari takut MURKA ALLAH... Hang semua nak cari REDHA ALLAH ke redha manusia/pengundi..???? Satu lagi.. Apalah korang semua ni.. Asyik asyik UG. UG.. UG.. Najib sokong Palestin. PAS sokong Palestin. Jadi PAS UG dgn Umno lah..???? Mcm mana pulok PKR sokong Palestin...??? Tak kata PKR nak UG dgn Umno...??? PAS sokong TSKI krn pendirian PAS. Umno sokong TSKI itu dia punya hal. Kalu umno dok sokong TSKI pun PAS ttap dgn pendiriannya. Itu ketetapan dari Syura Ulama. Kalau tak setuju dgn Ulama, pergilah kamu semua kepada umno, PKR, DAP yg rujukannya bukan ulama... Pergilah kamu semua mencari redha manusia dari redha ALLAH.... on Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?
*********************

apakah redha Allah bersama dengan orang yang mengkhinati kepimpinannya? Siapa sebenarnya yg zalim? TSKI yg menzalimi dirinya sendiri kerana derhaka dan khiat kepada pengundinya yang mengundi di atas nama Pakatan Rakyat. Tiada siapa menzalimi TSKI. Khalid Al-Walid dahulu dipecat dari jawatannya, dia tak menyatakan dirinya dizalimi oleh Umar Al-Khattab. Dia menyatakan "Aku berjuang kerana Allah bukan kerana Umar.."

Apakah Majlis Syura Ulama tidak boleh silap dan ulamak tidak boleh dikritik? Tengok dan semak dulu samada Majlis Syura Ulamak PAS memenuhi kriteria Majlis Syura sesebuah jemaah Islam yg sebenar. Apa yg ada sekarang ialah Majlis Syura Ulamak yg tempang dan hanya menjadi medan sekumpulan orang yang berkepentingan.
Redha manusia? Come onlah...hadith qudrsi ada menyatakan: "Berkasih sayanglah kamu dengan penduduk di bumi supaya kamu dikasih oleh penduduk di langit" ertinya apa? redha manusia juga perlu supaya anda mendapat redha Allah.

Pergi belajar lagilah dengan ulamak kamu, jgn nak tunjuk lagak kat sini...

Tanpa Nama berkata...

Aku ragu dengan keredibiliti dan integriti Majlis Syura PAS.

Din Ayam menantu TGHH baru berapa hari masuk PAS tiba-tiba jadi ahli Majlis Syura?

Nasruddin Hassan Tantawi... terang2an memfitnah LGE dengan isu terowong yg skrg akan menjadi kes mahkamah seorang ahli Majlis Syura...

Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yg terang2an ulamak 1Malaysia bersama Chua Soi Lek jg seorang ahli majlis syura malah S/U majlis syura

Tanpa Nama berkata...

pada akulah, ini khalid lebih
teruk dari khir toyo & muhd. taib.
kalau takda anwar & pkr jangan
mimpilah dia ini boleh cium bau mb.
susahlah, kalau kaduk sudah naik junjung.
agaknya, kalau dia ini jadi pm lebih teruk dari najib.
dulu aku suka dia ni,
tapi sekrang aku meyampah habis.

Tanpa Nama berkata...

salah tak salah belakang kira.
soalnya khalid menang atas tiket pkr.
bila pkr tak suka dia terus jadi mb, blahlah.
ini lawan tawkey pula.
pas satu hal pula, sokong perkara tak betul, tapi pejuang islam.
dap bagus, ada prinsip.
kasihan anwar.

Tanpa Nama berkata...

Khalid al walid dipecat atas alasan munasabah. Alasan supaya tentera muslim tidak bertuhankan Khalid. Yg pecat dia pun Ulama yg dijanjikan syurga.
Skrg Syura Ulama nak Khalid dibuktikan bersalah. Kenapa payah sangat.... Dah ada bukti, buktikanlah... Kalu Khalid tak bersalah, siapa yg berdosa menjatuhkan pemimpin yg tidak bersalah..??? Kenapa kamu semua sengkek sangat fikiran. Point nya Syura Ulama nak bukti kesalahan Khalid...
kamu semua pun menghukum Khalid atas kesalahan apa sehingga Khalid mesti turun dari tahtanya...
Ingat... sebaik baik hakim ialah hakim yg tersalah melepaskan pesalah dari menghukum pesalah yg tidak bersalah...

Abu Hanifah berkata...

Anonymous said...
Khalid al walid dipecat atas alasan munasabah. Alasan supaya tentera muslim tidak bertuhankan Khalid. Yg pecat dia pun Ulama yg dijanjikan syurga.
Skrg Syura Ulama nak Khalid dibuktikan bersalah. Kenapa payah sangat.... Dah ada bukti, buktikanlah... Kalu Khalid tak bersalah, siapa yg berdosa menjatuhkan pemimpin yg tidak bersalah..??? Kenapa kamu semua sengkek sangat fikiran. Point nya Syura Ulama nak bukti kesalahan Khalid...
kamu semua pun menghukum Khalid atas kesalahan apa sehingga Khalid mesti turun dari tahtanya...
Ingat... sebaik baik hakim ialah hakim yg tersalah melepaskan pesalah dari menghukum pesalah yg tidak bersalah...
__________________

So jgn bertuhankan Khalid Ibrahim, ada faham? Khalid bukan Tuhan.

Balik-balik mintak bukti Khalid bersalah. Bersalah atau tak bersalah bukan soalnya. Tetapi jawatan MB itu ditentukan oleh parti. Parti BERHAK bila-bila masa untuk melantik dan menamatkan tempoh perkhidmatan seseorang MB. Tiada dalam terma yg seseorang MB perlu memegang jaawatan sehingga habis tempoh. Itu dah cukup.

Tanpa Nama berkata...

Tepat!

in response to kalau lah PAS menang 5-6 kerusi di Selangor..mcm sebelum nie...rasa nya hal hal seperti ini tidak jadi kechoh . Tapi bila Allah bagi kelebihan dan sedikit keselesaan..PAS berubah jadi parti yg gembira lagi sombong.... PAS menyangka rakyat Selangor sudah mula menyokong PAS... Itu tafsiran yg.salah Rakyat Selangor menyokong kerana PAS dlm PR dan mengharapkan akan berlaku perubahan Selangor jdi lebih baik dari di bawah BN Tunggu PRU14 PAS Selangor akan tahu tinggi rendah nya tanah. , by Putra IJ80.

Tanpa Nama berkata...

Aku tak rasa ini permainan umno. Masalah ni bermula dgn masalah dalaman pkr yang berpuak kpd azmin n khalid. Pas cuma berpegang pd prinsip dia. Kalu dulu dap x sokong hudud sama ngn umno n mca x sokong x plk korg kata dap UG? Kalu pas berlainan pendapat je UG. Tu je modal korg nk paksa pas tu jd pak turut dlm PR. Pls la. Dan akui la kalu pas xde dlm pr pkr mmg akan terlingkup.. pkr mana ade jentera plihanraya yg kuat. Yg ada cuma pemimpin atasan je..

Tanpa Nama berkata...

ada baiknya ikot nasihat TITM...
diam lebih baik dari berkata2...wait n see...

main banyak buah kalau susah juga...
kalau pas..kalau ustaz fadzil Noo..
kalau umno..
kalau khalid...kalau anwar..kalau...kalau...

hahaha....sikit baru ujian..jemaah da berterabur...belom lagi fitnah dajjal sok2...

Tanpa Nama berkata...

Khalid al walid tarak buat salah pon, turun tahta juga.

Tanpa Nama berkata...

Betul parti yang tentukn mb. Tapi kalu khalid x lakukan keslahan dan prestasinya bagus kenapa tiba2 nak tukar? Pastu penggantinye bini sendiri. Mmg la akan menimbulkan persepsi negatif dan fitnah dr rakyat yg nmpk ada permainan politik. Jadi jgn slhkn org yg persoal tindakan tu..

in response to Anonymous said... Khalid al walid dipecat atas alasan munasabah. Alasan supaya tentera muslim tidak bertuhankan Khalid. Yg pecat dia pun Ulama yg dijanjikan syurga. Skrg Syura Ulama nak Khalid dibuktikan bersalah. Kenapa payah sangat.... Dah ada bukti, buktikanlah... Kalu Khalid tak bersalah, siapa yg berdosa menjatuhkan pemimpin yg tidak bersalah..??? Kenapa kamu semua sengkek sangat fikiran. Point nya Syura Ulama nak bukti kesalahan Khalid... kamu semua pun menghukum Khalid atas kesalahan apa sehingga Khalid mesti turun dari tahtanya... Ingat... sebaik baik hakim ialah hakim yg tersalah melepaskan pesalah dari menghukum pesalah yg tidak bersalah... __________________ So jgn bertuhankan Khalid Ibrahim, ada faham? Khalid bukan Tuhan. Balik-balik mintak bukti Khalid bersalah. Bersalah atau tak bersalah bukan soalnya. Tetapi jawatan MB itu ditentukan oleh parti. Parti BERHAK bila-bila masa untuk melantik dan menamatkan tempoh perkhidmatan seseorang MB. Tiada dalam terma yg seseorang , by Abu Hanifah.

Tanpa Nama berkata...

Lembaga Disiplin Parti telah menentukan Khalid Ibrahim telah melakukan kesalahan dan didapati bersalah kerana engkar keputusan pemimpin parti. Semua parti di dalam negara ini menghormati Lembaga Disiplin masing-masing. Tak perlu bahawa ke mahkamah kerana mahkamah tidak campurtangan hal dalaman parti. Ada faham?

PAS juga pernah pecat Hassan Ali, ada dibuktikan kesalahannya? begitu juga lain-lain parti. Semua terima. Tak macam Khalid Ibrahim dari PKR ini.

in response to .. Betul parti yang tentukn mb. Tapi kalu khalid x lakukan keslahan dan prestasinya bagus kenapa tiba2 nak tukar? Pastu penggantinye bini sendiri. Mmg la akan menimbulkan persepsi negatif dan fitnah dr rakyat yg nmpk ada permainan politik. Jadi jgn slhkn org yg persoal tindakan tu. by Anonymous

Shamsuddin Al-Kelantani berkata...

berhujjah ikut nafsu kwn kita ni di kerap ulangi ... "aku rasa"..

Bagilah fakta dan berhujjahlah secara rasional, bukan ikut "perasaan"

PKR tak der jentera, mungkin betul, tapi PKR ada strategi. PAS ada jentera tapi tak der strategi. Di dalam perang, di dalam politik, strategi lebih utama daripada jentera.

tengok Perang Badar, 313 jenetera tentera Islam berjaya mengalahkan jentera 1000 musuh.

sebab apa? ada strategi.,

Bila x der strategi, jadilah perang uhud. Kalah sebab x dengar kata pemimpin. Macam Khalid yg x dgr kata pemimpinnya.

Aku tak rasa ini permainan umno. Masalah ni bermula dgn masalah dalaman pkr yang berpuak kpd azmin n khalid. Pas cuma berpegang pd prinsip dia. Kalu dulu dap x sokong hudud sama ngn umno n mca x sokong x plk korg kata dap UG? Kalu pas berlainan pendapat je UG. Tu je modal korg nk paksa pas tu jd pak turut dlm PR. Pls la. Dan akui la kalu pas xde dlm pr pkr mmg akan terlingkup.. pkr mana ade jentera plihanraya yg kuat. Yg ada cuma pemimpin atasan je.. on Isu Khalid: PAS Bersama UMNO Atau Bersama Rakan2 PR?

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai pengundi melihat PKR yang pecat TSKI.PKR yang tuduh TSKI dengan macam2 tuduhan tanpa bukti.
Ini masalah PKR bukan masalah rakyat.
Ini tiada kaitan dengan PAS.
Jawatan MB bukan jawatan parti.
MB adalah jawatan untuk memimpin rakyat Selangor.

Tanpa Nama berkata...

PR oh PR lu sudah bersediakah utk counter attack UMNO sebab isu ini for sure akn jadi weapon diaorang pd PRU akn datang. Lu carilah cara amcm nak yakinkan semula rakyat selangor dgn PR.

Tanpa Nama berkata...

menarik. ada hujjah pro dan kon di blog gb ni.

Islam tertegak dgn hujjah.

dan saya melihat hujjah yang mahu Khalid letak jawatan lebih bernas dan lebih murni dari hujjah yg menyokong khalid.

Tanpa Nama berkata...

Betul tuh, hujjah penyokong TSKI merapu jer lebih. berpusing-pusing kat situ juga. x der fakta.


in response to
... dan saya melihat hujjah yang mahu Khalid letak jawatan lebih bernas dan lebih murni dari hujjah yg menyokong khalid. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.38am(12 Ogos) -sokong pandangan ni.Isu kompisisi ahli Msjlis Syura elok sangat dibawa kesidang Muktamar PAS.Wajar ada desakan dari Perwakilan untuk meminda Perlembsgaan PAS bab Majlis Syura Ulamak.Kalau tindakkan tak dibuat,dikhuatiri Majlis Syura ni akan jadi bahan gelak-ketawa masyarakat dan boleh bertukar jadi Majlis Syura Ayam.

abuamir berkata...

Khalid siapa yg lantik dia jadi MB? Jawatan MB itu hak kpd parti yg mendapat majoriti dlm DUN. Jika parti suruh letak jawatan itu hak parti tak kiralah kau salah atau tidak? Parti berhak melantik sesiapa yg difikirkan layak. Kalau khalid dah rasa hebat sangat tubuh parti sendiri bila menang nanti lantik diri sendiri. Parti milik ahlinya bukan hak peribadi.Ahli parti berhak tentukan siapa pemimpin mereka. Pemimpin boleh datang dan pergi jika ahli memerlukanya.

Jgn jadi umno- semua salah Anwar!

Tanpa Nama berkata...

Ya benar sakali....harap2yg lain tu sedar lah

in response to Semua ini kerja Iskandar Samad, PJ PAS Selangor, anak didik Hassan Ali yang mengkhianati PR. beliau juga sebenarnya yg suh Khalid Ibrahim pertahankan jawatan MB dan menentang PKR. Khalid Ibrahim tidak akan berdegil ke tahap gaban jika bukan kerana geng ulamak PAS di Selangor yang menghasutnya. Situasi akan berbeza jika YB Rani dikekalkan PJ Selangor... tetapi apakan daya sang menantu berjaya mempengaruhi mertuanya gantikan Rani dengan Iskandar... , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Org melayu masih x tahu permainan Umno (syaitan yg di kenali)

in response to Itu lah kebodohan org melayu.....terus je di perbodoh kan oleh umno in response to ini bukan masalah pas sokong umno ke tidak weh. ini masalah sokong tski ke tidak. kalau umno sokong dan pas pun sokong tski so what. takde kena mengena pun pas sokong umno. hai sampai bila minda melayu ni nak membangun. tak belajar ilmu mantik camnile., by farid., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tu majlis Syuruk bukan majlis syura

in response to Aku ragu dengan keredibiliti dan integriti Majlis Syura PAS. Din Ayam menantu TGHH baru berapa hari masuk PAS tiba-tiba jadi ahli Majlis Syura? Nasruddin Hassan Tantawi... terang2an memfitnah LGE dengan isu terowong yg skrg akan menjadi kes mahkamah seorang ahli Majlis Syura... Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yg terang2an ulamak 1Malaysia bersama Chua Soi Lek jg seorang ahli majlis syura malah S/U majlis syura , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Ya benar sakali.....khalid ni kulit tebal muka mangkuk

in response to salah tak salah belakang kira. soalnya khalid menang atas tiket pkr. bila pkr tak suka dia terus jadi mb, blahlah. ini lawan tawkey pula. pas satu hal pula, sokong perkara tak betul, tapi pejuang islam. dap bagus, ada prinsip. kasihan anwar., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh kalau msh x tahu lagi....umno dah berjaya

in response to Aku tak rasa ini permainan umno. Masalah ni bermula dgn masalah dalaman pkr yang berpuak kpd azmin n khalid. Pas cuma berpegang pd prinsip dia. Kalu dulu dap x sokong hudud sama ngn umno n mca x sokong x plk korg kata dap UG? Kalu pas berlainan pendapat je UG. Tu je modal korg nk paksa pas tu jd pak turut dlm PR. Pls la. Dan akui la kalu pas xde dlm pr pkr mmg akan terlingkup.. pkr mana ade jentera plihanraya yg kuat. Yg ada cuma pemimpin atasan je.., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Majoriti yang sokong Pas sekarang bukan ulamak dan berpendidikan islam total, mereka menolak BN kerana keburukan UMNO, Pemimpin PAS syok sendiri

Tanpa Nama berkata...

Ulamak Pas tidak sebijak ulamak ilhwan muslimin dan ulamak turki, TGNA tidak menjadi contoh mereka, majoriti cinta dunia dan UMNO

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar, kalau PAS masuk dalam tong taik UMNO.
Aku keluar PAS.

Tanpa Nama berkata...

Aku x bersama umno SBB umno juara fitnah. U bersama umno bermakna u redha dgn fitnah2 umno

aku berkata...

takde la modal lain..sikit2 UMNO juara fitnah, korup la,tong taik la..sedap je mengata..itu la ini lah..kalau UMNO tak betul..saman je..takyah cakap byk...aku bukan ahli UMNO tapi aku meluat dengan org melayu/islam yg pendek akal..lebih emosi..cuba anda muhasabah diri..UMNO yg anda tuduh/tohmah siang malam..OK je..masih kekal perintah Malaysia ni..agak2 Tuhan kita yg Esa tak nampak kot..kenapa Allah masih tak sebelahi dengan anda yang rasa diri terlalu maksum..Allahuakbar..tq

Tanpa Nama berkata...

Hadi tahu peranan Snouck Hurgronje tapi mudah tertipu dengan ulama muda UMNO