12 Ogo 2014

ADUN Meru, YB Dr Rani Osman Mahu PAS Terus Bersama PR, Tak Tolak Wan Azizah MB


Saya masih mahu PAS bersama Pakatan Rakyat”

ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman secara peribadi menjelaskan bahawa beliau masih mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Menurutnya, pihak yang menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukannya PAS, DAP dan PKR tetapi dilakukan bersama-sama sebagai Pakatan Rakyat.

“Saya secara peribadi tak nak Pakatan Rakyat berpecah,” ujarnya sewaktu diserbu oleh media di Lobi SUK.

Dalam pada masa yang sama, Rani turut menjelaskan sehingga 17 Ogos ini, beliau telah diberikan surat arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kemelut Menteri Besar di Selangor.

Rani turut menjelaskan bahawa tujuan beliau hadir ke SUK adalah bagi membincangkan mengenai isu sebuah kuil di kawasannya iaitu Meru bukannya untuk berjumpa Khalid Ibrahim.

“Saya hadir ke sini untuk jumpa Pegawai EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau berkaitan isu kuil di Meru,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak sependapat dengan beberapa ahli PAS yang tidak bersetuju wanita diangkat menjadi Menteri Besar.

“Saya tidak setuju dengan perkara tersebut. Kalau tak setuju wanita menjadi pemimpin, kenapa kita meletakkkan Dr Halimah Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Insan,”
katanya. -FMT


ULASAN GB

Jika berdasarkan kenyataan di atas dan jika kesemua ADUN PKR dan DAP dicampurkan, PR sudah memperolehi majoriti mudah yang dikehendaki iaitu 29. 13+15+1=29.

Ini bererti TSKI berdusta dengan Sulatn Selangor yang menyatakan beliau memperolehi majoriti ADUN untuk kekal sebagai MB.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taniah and syabas, tapi nanti orang ulama pas Tanya adakah beliau adalah ulama?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...

inilah diantara yb yg paling disegenai dan disyangi oleh rakyat selangor.

Tanpa Nama berkata...

Org pas yg berjiwa umno x suka sgt berita ni hahaha

Tanpa Nama berkata...

Politikus macam Dr.Rani sayangkan Pakatan Rakyat.Begitu juga ramai pemimpin-pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS malangnya ramai pulak ulamak-ulamak dalam Dewan Ulamak yg nak sangat PAS keluar dari PR.Apa macam ni?
.

Tanpa Nama berkata...

Jika Dr.Rani dikekalkan PJ PAS Selangor dulu, tak da huru hara spt yg brlaku skrg ni.

Apa yg berlaku kini adalah disebabkan PJ PAS Sngor skrg merupakan org kuat Hassan Ali yg mahu PR hancur binasa.

BaDiN berkata...

PAS + Umno mustahil akan berlaku,PAS - Umno sentiasa berlaku.Ramai yg akan merajuk jika P+U terlaksana.PAS harus bersama dgn PR demi Perjuangan Yg Belum Selesai.Bila Malaysia berjaya ditawan PR maka ketika itulah Umno masuk PAS tak mustahil akan berlaku.Sabar,Sabar,Sabar masa depan PAS Cerah jika umno terus jadi musuh kita.

Tanpa Nama berkata...

tahniah kpd bekas pesuruhjaya PAS Selangor..itulah sepatutnya U masih bersama PR..sedangkan ada kwn2 dlm Pas mesra umno..mcm jd lidah umno juga...

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik Pas masih ada seorang peminpin yang berjiwa sederhana dan bijak dalam menangi isu yang sedang melanda kita.Sepatutnya Pas mencadangkan beliau sebagai MB selangor.Terima kasih Dr Rani.semoga allah memberikan kekutan kepada Dr untuk meredakan kemelut ini dan menjadikan PR tidak berpecah

Tanpa Nama berkata...

Din ayam dan din vellfire tengah terbakar ni

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH YB.. .
YB matang dlm bepolitik..PKR bknnya Dungu nk tukar MB tnpa tujuan yg positif, langkah semua demi tujuan PR mnuju PJaya..

IbnAbdHalim berkata...

Masalah besar sekarang ialah ADUN Pas yang ada DNA Hasan Ali.

abuamir berkata...

Sokong Dr.Rani 100%. PAS kena ingat yg undi PAS bukan ahli saje tetapi semua penyokong PR termasuk cina, india dll.Kepada geng UG lebih baik keluar PAS masuk umno terus, jgn jadi anai2 dlm PAS & PR.

Agak2 geng UG boleh jadi calon ke? bila masuk umno.........hassan aqidah dah jadi menteri kot?

dinjamal berkata...

Syabas yb dr Rani, inilah berita yg kita nanti 2kan. Perjuangan yg belum selesai. Putrajaya semakin hampir ,INSYAALLAH

Tanpa Nama berkata...

p akar analisis PAS zuhdi patut kena terajang keluar...heran aku PAS seolah2 tak belajaq drp apa yg berlaku di Perak demi mempertahankan DS Nizar kami rakyat sanggup dipijak oleh sang penguasa.aku takkan lupa dan yg pasti ABU

Tanpa Nama berkata...

Khalid Samad juga berjiwa PAS sejati.

Unknown berkata...

ada tahi ayam atas serban vellfire

Unknown berkata...

ada tahi ayam atas serban vellfire

Tanpa Nama berkata...

Preside Pas ewajarnya melantik menantunya sebagai mb selangor yang baru.

hidup din ayam

Bapak mentua dah terduduk kalah saman.



Baru masuk umno
mual dgn kronise dalam pr

air gunung berkata...

PAS + UMNO = P tendang A tarik U = PUS.
M+A+N+P+U+O+S =MANPUOS translate ke bahasa kebangsaan
MAMPUS..
Teringin nak mampos ge la gabung ngan umngok baru.umngok lama pon tensang pas mcm tendang kucing jer.ni yg baru.

Tanpa Nama berkata...

Dr RANI OSMAN ADUN MERU - TIDAK MENGKHIANATI PERSEPAKATAN PR, TIDAK MENGKHIANATI PERJUANGAN RAKAN PR DALAM PAKATAN (PKR, DAP, PAS) tetapi sesetengah PEMIMPIN TERTINGGI PAS, SUDAH TIDAK NAMPAK TAHALUF SIYASI, KINI NAMPAK $$$$$$ - sudah mengaburi MATA...

Tanpa Nama berkata...

APA GUNA KALAU PAKATAN DAPAT MEMERINTAH SELANGOR ATAU PUN MANA2 NEGERI SEKALI PUN TAPI KALAU PARTI UMNO DALAM NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN BERJAYA DAPAT MELAKSANA SEGALA PEROJEK2 MEGA UMNO DAN KRONI NYA..MAKSUD DISINI GAGAL LAH PAKATAN DAN MARUAH PARTI..SIA-SIA LAH APA YANG DIPERJUANGKAN PARTI SERTA PAKATAN UNTUK MENGKUBURKAN UMNO..KALAU ADA PEMIMPIN DALAM PAKATAN SENDIRI YANG SEOLAH2 MEMBERI NYAWA SERTA MENGHIDUPKAN UMNO YANG DAH TAK BERNAFAS TIBA2 BANGUN SEMULA DALAM NEGERI SELANGOR SENDIRI..APA ERTI PERJUANGAN DALAM PAKATAN KALAU ADA PEMIMPIN SEPERT INI..TUJUAN PAKATAN HAPUSKAN UMNO TAPI DALAM PAKATAN ADA PEMIMPIN NAK HIDUPKAN UMNO KALAU MACAMTU SAMPAI BILA2 PUN PILIHANRAYA TAKAN MENANG DAN RAMPAS PUTRA JAYA..KEPADA PENYOKONG PAKATAN TETAP SOKONG BIAR LAH PEMIMPIN TERTINGGI DALAM PAKATAN BUAT KEPUTUSAN KERANA MEREKA LEBIH TAHU TENTANG PARTI DAN POLITIK.. SIAPA PUN YANG DIPILIH AKU TETAP BERSAMA

Tanpa Nama berkata...

Isu mb ini jadi sulit apabila si khalid ingkar arahan parti utk terus gila nak jadi mb dan si hadi pulak bagi sokongan...pas x patut campur tgn dlm urusan dalaman pkr...berharganya khalid seorg sampai sanggup pr nak berpecah belah...

Tanpa Nama berkata...

Hari ni dlm berita hairan lidah amno, bukan main bn kata sokong khalid ibrahim jadi mb. See.. bila amno bersuara dan sokong, there's a bigg sign not to follow. Amno is an obvious enemy, when the enemy show their support.. there's something fishy. Jgn jadi dungu wahai pas... bijaklah dlm percaturan. Kesianlah kat kami pendokong bawahan yg meletakkan harapan tinggi pd pas, pada pemimpin yg buta mata hati dan suka masuk perangkap amno, belahlah, jgn kerana kamu 2, 3 kerat, 1 parti tanggung sengsara.

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang tak yakin kalau dibubar DUN sekali lagi dan dijalankan pilhanraya semula tak akan menang.dan ikut analisis di Selangor adun PAS yang menang tipis di atas sokongan dari kaum cina dan India dan dalam PAS pun ada jugak musuh dalam selimut yang pura pura menyokong dan menghasut teruskanlah istiqamah dalam perjuangan kelak Islam pasti menang.itu janji Allah.sabar jgn ikut budaya UMNO

Tanpa Nama berkata...

Dah bagus dah.
Kelantan, Pas perintah.
Pulau Pinang, Dap perintah.
Kenapa Pas nak ganggu Selangor.
Biarlah Keadilan perintah Selangor.
Pas ni taknak belajar ketika
perintah Kedah dan Terengganu.
Pas... Pas... yang tak Pas...

Tanpa Nama berkata...

Mana Ulama PAS yang mulia agama? Minta tolong sokong Exco PKR/DAP yang dipecat TANPA bukti buat kesalahan.

jilaltahrir berkata...

khalid dpecat kerna adun x sokong dia..adun dpecat sbb x sokong khalid..x ke equal tuh...
amngoK sokong khalid sbb nk kipas sultan jaa..

Tanpa Nama berkata...

Patuh kepada ibu bapa dan wla' peminpin tidak wajib bagi perkara yang bertentanagn dengan islam seperti mengkhianati janji dan mandat rakyat kepada pakatn rakyat...pendapat peribadi jika salah minta dewan syra pas
Perbetulkan.

Tanpa Nama berkata...

Masa bila pula PAS ganggu hal Selangor. Yg sebok pasal MB Selangor tu PKR sendiri tanpa berbincang dgn parti gabungan lain PAS & DAP. Bila dah jadi begini baru nak bincang dgn PAS. Selama ni semua pakat kata PAS jadi pak turut PKR & DAP. Amacam sekarang?

in response to Dah bagus dah. Kelantan, Pas perintah. Pulau Pinang, Dap perintah. Kenapa Pas nak ganggu Selangor. Biarlah Keadilan perintah Selangor. Pas ni taknak belajar ketika perintah Kedah dan Terengganu. Pas... Pas... yang tak Pas..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Berbincang? Kat Kelantan, kat Kedah dan Terengganu dulu ada PAS berbincang dengan parti2 PKR dan DAP di dalam membuat keputusannya? cthnya perlantikan MB dan TMB Kelantan yang byk menimbulkan prasangka bahawa kedua-dua berjiwa UMNO..

in response to Masa bila pula PAS ganggu hal Selangor. Yg sebok pasal MB Selangor tu PKR sendiri tanpa berbincang dgn parti gabungan lain PAS & DAP. Bila dah jadi begini baru nak bincang dgn PAS. Selama ni semua pakat kata PAS jadi pak turut PKR & DAP. Amacam sekarang? by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Khalid Ibrahim ni pada aku betul betul hebat. Sebab dia seorang habis tunggang langgang dan huru hara PR. UMNO yang dah hampir nak melupakan Selangor kini tersenyum kembali

Tanpa Nama berkata...

Harapan utk pas trkubur amat cerah apbila menolak sokongan 2 parti besar.
Ingt anak2 Muda adalh tanda aras masa dpn.
Tiada setia kwn.knpa mnyokong ,1 org yg mlawan ketua dr puluhan ribu kawan yg sama2 brjuang.pelik golongan ini.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah kalau Pas bergabung atau setidak-tidaknya dapat bermuafakat dengan Umno. Manusia ni x kan pernah bersih dari buat Silap. Mungkin kalau Pas dpt bsatu dgn Umno, dpt saling menasihati. Jangan bfikiran negatif dlm hal ni, dan insyaAllah kerajaan Islam yg kuat dapat dibentuk untuk kepimpinan yg lebih adil kpd semua rakyatnya yg berbilang kaum. Perlu di ingat, sesetengah pihak itu mulut sahaja yg bkata tidak menentang syiar Islam walhal tindakannya tidak. Jadi dalam kita nak berpolitik, jangan lah hak yg Satu di abaikan. Yang salah kita betul kan. Paling tidak, kita doakan. Bukan di buang, di cemuh dan di singkir kan. Apatah lagi memperjudikan nasib kita pada pihak yg menyekutukan Nya. Wallahualam.