7 Jul 2014

Warga Pondok Bangkit Nafi Kenyataan Dr.Mashitah Ibrahim


Kota Bharu: Kami warga pondok seluruh negara melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) Datuk Dr Mashitah Ibrahim apabila mengaitkan institusi pondok dengan fahaman ekstremis dan gerakan militan.

Apabila menyebut pelajar pondok ini terlibat dengan militan dan ia melahirkan kumpulan-kumpulan militan, ia sekali gus memberi memberi gambaran buruk terhadap institusi pondok.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Kita rasakan ini adalah satu tuduhan yang sangat besar kepada masyarakat pondok dan pelajar-pelajar pondok

Institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Kami turut menolak dakwaan mengatakan institusi pondok mempunyai dana yang besar sehingga boleh berdiri sendiri bahkan menyalurkan dana kepada gerakan pemisah seperti di Thailand.

Hakikatnya, kata beliau institusi pondok mempunyai kewangan yang tidak mencukupi dan mustahil boleh menyalurkan kepada pihak lain.

Ini benda yang sangat tidak logik dan tuduhan yang jahat, daripada seorang yang penuh muslihat. Beliau sekadar merapu sahaja.

Beliau hendak mengadakan-adakan perkara yang tidak ada supaya menampakkan dirinya macam menyebelahi kerajaan. Padahal apa yang disebut ini langsung tidak ada asas kebenarannya

Sepatutnya Mashitah patut berfikir bagaimana kerajaan boleh menyumbang kepada institusi pondok yang dimiliki oleh rakyat, bukannya cuba mematikan institusi pondok pada hari ini dengan menarik balik bantuan berkapita seperti mana berlaku ketika gerakan zaman Tun Mahathir dalam menyerang Sekolah Agama Rakyat (SAR) secara besar-besaran.

Terdahulu, Mashitah mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang bagi memantau dan menapis kewujudan sekolah pondok yang kononnya ada menyebarkan fahaman ekstremis.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan tidak perlu undang-undang baru kerana pihak berkuasa agama negeri mempunyai kuasa untuk memantau perkara itu mengikut peraturan yang sedia ada.

Bahkan tegas Jamil Khir, berdasarkan maklumat di peringkat kementerian tiada mana-mana sekolah pondok yang dikaitkan dengan gerakan ekstremis. -epondok

PEMUDA PAS KEDAH SELAR KENYATAAN DR MASYITAH ISU PONDOK SARANG MILITAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan pemimpin UMNO Dr Masyitah Ibrahim berhubung isu militan.

Beliau dalam Berita Harian 30 Jun 2014 (2 Ramadhan 1435 H) telah mengeluar kenyataan perlunya ada undang-undang untuk mengawal pergerakan pondok yang dikataka berpotensi menghasilkan pengganas militan. Beliau juga menyatakan tidak ada undang-undang tegas termasuk di bawah kerajaan negeri untuk mengawal pergerakan pondok yang banyak diwujudkan tetapi ada kalanya untuk kepentingan pribadi. Kata beliau juga ada pihak yang cuba mendekati warga pondok bagi menarik mereka menganggotai pasukan ‘jihad’ yang dibimbangi boleh mempengaruhi mereka bagi menyertai pergerakan ala militan.

Kenyataan melulu Dr Masyitah ini boleh dianggap sebagai ‘kenyataan cari pasal’ yang bakal memusnahkan usaha kerajaan BN untuk berbaik-baik dengan institusi tua ini selepas institusi ini diburukkan serta dipinggir teruk pada zaman pentadbiran Tun Mahathir dahulu.

Apa yang dituduh oleh Dr Mashitah ini adalah fitnah yang sangat besar, yang beliau sendiri tidak boleh mengemukakan bukti dengan cara yang lengkap.

Mungkinkah kenyataan Dr Mashitah ini sebagai tanda kemarahan beliau terhadap institusi pondok yang pernah menempelak tindakan beliau menyenaraikan 28 pondok di bawah Yayasan beliau itu.

Majlis Guru Pondok yang dianggotai 28 pondok pengajian Islam di Kedah tahun 2010 pernah sebulat suara menolak penyertaan mereka ke dalam Yayasan Pembangunan Pondok 1 Malaysia (YPP1M) yang dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim ketika itu.

Semua anggotanya tidak pernah memberi sebarang persetujuan berkaitan penyertaan ke dalam YPP1M, dan para guru pondok faham penubuhan badan itu adalah bertujuan politik memandangkan tiada 'track record' baik kerajaan Umno terhadap institusi pondok.

Kerajaan BN yang tunduk taat dengan White House sanggaup bermatian melanggar sesiapa sahaja atas nama militan tetapi dalam masa yang sama senyap dan lembab menghadapi isu pengganas di Sulu, lembab apabila berhadapan dengan kongsi gelab yang seara turun temurun mengganas dalam negara kita.

Dengan berkempen senada dengan White House, kerajaan BN boleh melabel sesiapa sahaja sebagai militan termasuk anak-anak melayu Islam di pondok-pondok.

Pemuda PAS Kedah ingin mengingatkan Dr Masyitah dan pemimpin UMNO yang antikan pondok bahawa institusi pondok telah melahirkan ulama-ulama yang banyak menyumbang ilmu kepada negara apatah lagi ia merupakan satu-satunya institusi yang menjaga kepentingan agama Islam negara ini.

Antaranya termasuk bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Bekas senator itu juga jangan lupa, datuk kepada Tun Abdullah Badawi juga merupakan pejuang institusi pengajian cara pondok malah beliau telah berusaha mengislamkan pentadbiran UMNO sehinggakan beliau menegur UMNO dalam hal menghalalkan judi pada tahun 1950an dahulu. Akhbar Utusan Melayu bertarikh 1951, menyiarkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang, iaitu Tuan Haji Abdullah Fahim bahawa Judi loteri yang digunakan oleh UMNO itu adalah haram. Pada 1951 fatwa loteri haram telah dikeluarkan, tapi pada tahun 1953 loteri tetap dijadikan sumber ekonomi UMNO lagi. Tokoh ulama berprinsip ini telah mengasaskan pondok di Pulau Pinang dan kekal sehingga kini?

Pemuda PAS Kedah juga menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Yahya yang juga Pengerusi Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa) iaitu penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu berbeza yang tiada kaitan dengan fahaman sekolah pondok, dan ia perlu ditangani pihak berkuasa secara telus serta yakin mereka berkeupayaan memantau isu berkenaan.

Pemuda PAS Kedah bersepakat untuk mengambil saranan Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin iaitu tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya. Pandangan Dr Masyitah mengenai jihad perlu diperbetulkan selain menilai sekolah pondok secara fakta.

Ustaz Ahmad Tarmzi Bin Sulaiman
Ketua Penerangan DPPN Kedah










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terkenang semasa Mahathir Kutty balik dari mencium tangan President Amerika Syarikat diRumah Putih,dia sekat bantuan kpd Sekolah Agama Rakyat konon SAR melahirkan militant..Dia nak ampu Yahudi.Sekarang Marsita pulak buat hal dengan institusi pondok.Pelek..? Tak pelek.Heiran ..tak heiran sebab sudah lama jarum Yahudi menusuk kepala-kepala pimpinan UMNO.

Tokai007 berkata...

Bagi mereka yang faham, mereka tahu bahawa :
a) siapakah orang yang membuat
kenyataan itu.
b) kepada siapa dia berpihak
c) apa yang dinyatakan itu
bersifat ilmiah atau politik.
d) apakah dirinya selari dengan
asas kebaikan yang dinyatakan ?
Kesimpulan : Mengeluarkan kenyataan agar menguntungkan diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Apa punya bodoh mrs Mashitah lu buat kerja macam Yahudi laknatullah buat apa beb? Kerja lu sekarang tak jauh beza dengan Yahudi di tanah haram Isreal yang sekarang suka tuduh orang Islam bukan - bukan.

Tulah dah orang cakap sebelum PRU dulu 1 undi kepada UMNO sama dengan satu undi Yahudi laknatullah. Tapi umat melayu mr bean buat bodoh sahaja sampaikan dah kena sebagai kambing pun masih buat tak tahu. Kesian.

Amuraria berkata...

sekor lagi mangkuk kangkung yang naik jadi menteri pasal terlampau kuat ampu@bodek ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

sian dia,hilg begitu je agama dia...blaja phd ilmu al Quran dn Hadith tp ilmu dia x dpt tlg dia.sian nya..ruginya jd masyitah

Tanpa Nama berkata...

DIa hendak orang sentiasa ingat yang dia masih wujud ... laku di tv aje. Lepas ni bila dah ramai ustazah2 come loteh, hilang le dia

Tanpa Nama berkata...

Mashitah tak faham ke erti/makna dalam Quran? Jangan jual agama hanya demi kepentingan peribadi.

BaDiN berkata...

main pondok pondok je amat sesuai bagi pompuan ni.Dialah Presiden Pondok Pondok SeMalaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ni pun satu mangkuk jugak ngan ku nan ...
Pun jadi mp atas pilihan mangkuk mangkuk

Tanpa Nama berkata...

Itu dia.... Ma SHIT ah.....

Tanpa Nama berkata...

PHD dia tu hebat ILMU WAHYU bukan senang nak buat tesis WAHYU ni....trlalu hebat lama2 jadi musibat....saperti Brazil yang kalah teruk dgn German pagi ini 1 - 7.... fikirlh sendiri...sepatutnya seorang muslim tidak menghina sesama muslim....

murid Pondok berkata...

Ramai yg hebat ilmunya, hebat amal ibadatnya. Tapi muflis di akhirat.