3 Jul 2014

Kisah Seorang Wanita Dan Sebungkus Kueh

Seorang wanita membeli majalah dan beberapa ketul kuih. Sambil menunggu kereta api tiba, dia duduk di sebuah kerusi panjang.

Disebelahnya, duduk seorang lelaki. Tidak diendahkan, wanita itu asyik membaca majalah yang baru dibelinya. Tiba-tiba, sudut matanya perasan lelaki disebelah mengambil kuihnya.

Wanita itu mulai geram. Tapi, dia berdiam diri. Dalam hati, dia mengutuk tindakan lelaki itu mencuri kuihnya.

Apabila dia mengambil sepotong kuih, lelaki itu pun ikut sama mengambilnya. Bahkan, lelaki itu tersenyum memandangnya sambil memakan kuih.

Hati wanita itu kian panas. Sudahlah lelaki itu curi kuihnya, tiada langsung rasa bersalah. Jauh sekali mengucapkan terima kasih.

Sampailah hanya tinggal sepotong kuih dalam plastik itu. Tanpa rasa bersalah, lelaki itu mengambil kuih terakhir. Dia membahagikannya kepada dua bahagian. Satu, dihulur kepada wanita itu. Dan yang satu lagi dimakannya.

Wanita itu mengambil bahagian kuih terakhir. Hatinya semakin membara. Kebetulan kereta api tiba. Lantas wanita itu bangun dengan wajah marah, tidak langsung memandang ke arah lelaki yang dianggap telah mencuri kuihnya dan tidak tahu berterima kasih.

Setelah duduk, wanita itu membuka plastik yang tersangkut pada beg sandangnya. Dia terkejut melihat kuih yang dibeli rupa-rupanya masih ada di dalam beg plastik itu.

Jadi, yang dimakannya tadi bukanlah kuihnya? Tapi, ia adalah kepunyaan lelaki itu! Bermakna sekarang, bukan lelaki itu yang mencuri dan tidak tahu berterima kasih. Tapi dialah pencuri yang sebenar!

Wanita itu tersandar. Bagaimana dia hendak meminta maaf? Kereta api sudah bergerak laju meninggalkan lelaki tadi yang masih duduk di kerusi itu.

Sebenarnya, kisah diatas bagai metafora yang biasa berlaku dalam kehidupan. Kita mudah berprasangka buruk pada orang lain.

Tanpa sedar kita sebenarnya adalah si pencuri kuih itu!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masalah mencuri kuih seperti di atas tidak akan berlaku jika dicontohi langkah kerajaan Singapura yang melarang makan dan minum di stesyen MRT. Kerajaan Singapura lebih baik dalam pencegahan kes curi seperti di atas. Ia tidak menghairankan kerana kabinet Singapura dibarisi oleh mereka yang bijak pandai.

BLAST COM ENTERPRISE berkata...

moral of the story...
berhati2 bila makan, sbb kadang2 kita begitu teruja nak makan sesuatu sehingga kita lupa status makanan tersebut. Kena pastikan
-apa makanan itu,
-siapa yg punya,
-status halalnya macamana,
-bersih ke tidak,
-ada racun/bahan toksik ke tidak,
-ada semut/berenga ke tidak,
-masih baik atau dah basi,
-luput tarikhnya bila,
dan macam2 perkara yg kena perhati..

Tanpa Nama berkata...

Releks aa bro anon July 2, 2014 at 10:16 PM...

Kat singapo semua benda tak buleh...

Sorry, bukan tak buleh bro...

Hang nak wat pa pun hang buat la...

Janji hang bayaq saman bila kena saman...

Yang aku paling heran, tak dak pulak orang awam nak tuduh pulis singapo saja gempak nak mintak duit kopi!

By the way, baguih la kabinet depa dibarisi uleh bijak pandai...

Marilah kita sama-sama berdoa supaya kabinet kita pulak dibarisi uleh bijak pandai yang bijaksana...

Aamiin.