4 Jul 2014

Awie Diheret Ke Mahkamah Kerana Belasah Isteri


Awie Mengaku Tidak Bersalah Belasah Isteri

AMPANG: Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.

Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikat jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin.

Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya.

Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran.

Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.

Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini.

Imej Rozana yang dikatakan lebam akibat dipukul suami sendiri tersebar di Internet.

Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.

Perkarangan mahkamah dipenuhi dengan wartawan dan jurugambar seawal pukul 9 pagi dan penyanyi itu hanya muncul sejam kemudian.

Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain.

Sementara itu, Awie ketika ditemui enggan mengulas lanjut mengenai kejadian dan menyerahkan kepada peguamnya.

Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah.

"Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai kes ini kerana tidak mahu menggangu proses mahkamah dan menyerahkan semua kepada peguam saya," katanya.

Tambah Awie, biarpun kes berkenaan mendapat perhatian ramai namun ia tidak menggangu perjalanan seninya.

Sebelum ini, gambar yang didakwa sebagai Rozana yang menunjukkan wanita tersebut lebam dan cedera di wajah akibat dipukul tersebar luas sehingga menyebabkan pihak polis memanggil Awie untuk membantu siasatan.

Awie dan Rozana dilaporkan berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand pada 2005.

Terdahulu Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira pada Disember 1998 sebelum bercerai pada Oktober 2006.

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Siapa yang tak kenal Awie? Pemilik kelab malam yang menjual arak di Ipoh. Siapa tak kenal Awie? Penyanyi rock yang pernah memakai rantai salib?


Siapa tak kenal Awie? Khabarnya dia seorang Ayahanda PEKIDA. Siapa tak kenal Awie? Penyokong tegar UMNO BN.


2x 5 macam papagomo juak. Isteri sendiri pun dibelasah semacam.... Memang betullah air setan itu hanya untuk setan-setan belaka.

Sekarang jawab, Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukum penjara 7 tahun dan denda.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




16 ulasan:

Amuraria berkata...

orang kuat umngok ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Mamat akan lepas punya, tengok lah apa baju yang dia pakai!

Tanpa Nama berkata...

Awee ini samseng sebab dia dah jadi Tok ayah geng duble saven yg bernaung dibawah PAKIDA. Patutnya Awee ni disumbat kedalam penjara je bukan sekali buat perangai samseng dah berkali kali sebab geng PAKIDA boleh lah save dalam UMNO ramai pakida termasuk Najib dan Zahid.

Tanpa Nama berkata...

Jantan ni berani pukul perempuan aje

Tanpa Nama berkata...

Mmg lelaki durjana pukul wanita yg tak berdaya. Patutnya hukuman 20 tahun penjara dan 20 kali sebatan

zena arab berkata...

Ramai lagi betina diluar sana yg tergila2 dgn awie, Perempuan yg baik Allah jodohkan dgn lelaki yg baik, bagitulah sebaliknya. Fikir2kan lah.

batu pelangi berkata...

Buat malu pertubuhan aje! Siapa lah
yang bangang ambil dia ni jadi
ayahanda? Ayahanda piang kot atau
beli punya ayahanda.

Tanpa Nama berkata...

Tengok la APA baju dia pakai.

Tanpa Nama berkata...

Allah taala dah terbalikkan. orang melayu yang x nak pada islam maka kaum lain diangkat untuk mendaulatkan ugama islam. mana ada dalam hukum islam yang orang islam dilarang bersedekah. mana ada dalam hukum islam membenarkan kelab malam dan menjual arak. melayu umno saja yang membuat hukum gila macam ni. kufur dan murtad di terengganu sahaja tak terpakai pada negeri lain dalam malaysia yang negara islam ini. Hukum akal yang gila panda. islam malaysia sebenarnya dah tahap tenat dan kritikal akidah. sesungguhnya takutlah kita dengan murka Allah taala. Subhanallah..

Tanpa Nama berkata...

Tak lama lagi dia akan diberi gelaran datuk pula

Banglong Tawar berkata...

Pertubuhan Dakwah Islamiyah. Kononnya la. Ayananda apakah begini ? Bikin malu kkompeni saja ! Ahli yang bengong teruskan kesetiaan anda !

Tanpa Nama berkata...

Baju geng CELAKA HARAMJADAH

Tanpa Nama berkata...

Kalau orang Islam dah mabuk dan pakai salib, bantai bini sampai cedera bengkak2 adalah mainan biasa. Apapun oleh kerana dia ni orang UMNO-BN tak berapa lama lagi akan dapat Darjah Kebesaran 'Datuk' atas banyaknya sumbang bakti kpd negara.

Tanpa Nama berkata...

Munkar d nankir dtg dia pangil DATO ke nama

Tanpa Nama berkata...

hukum dunia bolehlah lepas tapi hukum Allah dalam kubur dan akhirat boleh ke

Tok Rimau berkata...

Ayahnda ke Bapaknda ke apa yg peliknya? Bagilah berpuluh title Ayahnda di bawah mana2 pertubuhan pun, tak dak siapa kisah. Apa ada dgn title tu?