8 Jun 2014

Paras Air Meningkat Di Empangan Selangor, Kritikal Di Negeri Sembilan


Paras air Empangan Gemencheh kritikal

SEREMBAN: Paras air di Empangan Gemencheh kini berada pada paras kritikal dan hanya mampu bertahan untuk 45 hari lagi sebelum mencapai paras minimum.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata paras air Empangan Gemencheh kini kritikal kerana tiada hujan di kawasan tadahan air.

Mohamad juga berkata dua anak sungai yang membekalkan air ke Empangan Gemencheh kini sudah kering.


“Walaubagaimanapaun setakat ini tiada cadangan mengadakan catuan air kerana keadaan masih lagi terkawal.

“Namun saya harap pengguna menggunakan bekalan air dengan berhemah.

“Sekiranya tiada bekalan air dalam tempoh 14 hari, paras empangan akan menyusut tapi kita tetap akan memastikan pengguna mendapat bekalan air secara berterusan,” katanya.

Empangan Gemencheh membekalkan 28.4 juta liter air sehari kepada 15,000 pengguna di daerah Tampin dan Rembau.

Mohamad turut berkata satu pelan kontingensi akan dilakukan untuk memastikan tiada masalah bekalan air.

“Saya akan meminta kerjasama kerajaan pusat untuk tangani masalah tersebut.


“Pelan kontigensi itu termasuk membina pam air sepanjang 7.5 kilometer dari Sungai Jelai ke Empangan Gemencheh dengan kos sebanyak RM15 juta.

“Selain itu kita akan memohon untuk membina Loji Rawatan Air (LRA) baru bersebelahan Sawah Raja yang akan menjadi punca bekalan air diRembau.

“Ia mampu membekalkan sebanyak 30 hingga 37 juta liter air sehari.

“Tetapi pelan ini akan mengambil masa yang lama iaitu selama duatahun,” ujar beliau.

Pada hari Rabu, paras air Empangan Gemenceh turun kepada 98.01 meter,yang sudah menghampiri paras kritikal 98.0 meter.

Jika paras air mencecah 86.0 meter, ia sudah mencapai paras minimum. -FMT


Khalid, jangan sombong sangat…

SEREMBAN – “Jangan sombong sangat. Kalau tak nak, tak mengapa,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak tawaran negeri itu untuk menjual 20 juta gelen air sehari kepada Selangor dalam usaha membantu menangani krisis air di negeri itu.

Menurut Mohamad, Negeri Sembilan tidak rugi apa-apa sekiranya Selangor enggan menerima tawaran itu, cuma beliau kasihan melihat rakyat Selangor terpaksa berdepan krisis air yang semakin meruncing.

“Kalau tak hendak tak apa, tapi jangan cakap air yang kita tawarkan itu terlalu sedikit. Fikir dulu sebelum bercakap.

“Saya bagi tahu ini pun atas dasar kemanusiaan, memandangkan rakyat di negeri itu terpaksa angkat baldi dan menunggu air di tepi jalan. Kata negeri maju, takkanlah rakyat terpaksa angkat baldi untuk dapatkan air,” katanya.

Menurutnya, setakat ini Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya.

“Saya boleh beri apa yang kita ada. Setakat ini kita ada lebihan 20 juta gelen, kalau tidak dapat liputi seluruh negeri Selangor, sekurang-kurangnya bekalan air itu boleh tampung di mana-mana tempat terdesak, misalnya Shah Alam, Subang atau mana-mana daerah difikirkan perlu,” katanya di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau hanya mahu membantu setakat yang mampu dan bukan menyelesaikan masalah air di negeri itu secara keseluruhan.

“Tapi kalau dia sombong sangat, tak kisahlah. Saya pun bukannya terhegeh-hegeh suruh dia beli. Lepas ini kalau dia melutut minta bantuan, saya tak akan bagi dan tidak akan layan. Pintu hati saya sudah tertutup,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mohamad berhubung kesediaan Negeri Sembilan menjualkan air bersih kepada Selangor dan Wilayah Persekutuan sekiranya bekalan tersebut benar-benar diperlukan kedua-dua negeri berkenaan.

Menurut Mohamad, kerajaan Negeri Sembilan sedia menjual air terawat maksimum 20 juta gelen sehari yang diperolehi daripada Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi.

Bagaimanapun, tawaran Mohamad itu dibalas dengan kenyataan Abdul Khalid yang menyifatkan jumlah 20 juta gelen itu sangat sedikit untuk menyelesaikan krisis air di Selangor.

“Jumlah 20 juta gelen air itu sangat sikit. Jadi tak payahlah,” katanya.
-SH (18/4/2014)



Paras air empangan Sungai Selangor meningkat kepada 43%

SHAH ALAM 5 JUN : Takungan air di Empangan Sungai Selangor hari ini terus mencatatkan peningkatan ekoran taburan hujan yang konsisten sejak bulan lalu.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), empangan itu kini mencatatkan 43.32 peratus pada kadar 99.63 juta meter padu dengan taburan hujan 27.13mm berbanding 17 Mei lalu, kapasiti takungan adalah 41.83 peratus dengan kadar 96.21 juta meter padu.

Hujan lebat hampir setiap hari itu dijangka akan terus membantu peningkatan paras air bagi Empangan Sungai Selangor yang membekalkan kira-kira 60 peratus air kepada penduduk di Lembah Klang dan Putrajaya.

Bagi, empangan Batu mencatat kadar takungan 92.31 peratus dengan kadar 29.51 juta meter padu dan taburan hujan pada kadar 2.00mm.

Manakala, Klang Gates pula mencatatkan paras empangan pada kadar 75.90 peratus iaitu 19.23 juta meter padu dengan taburan hujan sebanyak 102mm, Kolam Takungan Sungai Labu sebanyak 74.82 peratus pada kadar 6.63 juta meter padu dengan taburan hujan 9.00mm dan empangan Langat pula sebanyak 68.69 peratus iaitu 23.42 juta meter padu dengan taburan hujan sebanyak 25.10mm.

Selain itu, empangan Semenyih 50.23 juta meter padu (85.02 peratus) dengan taburan hujan 22.00mm, empangan Sungai Tinggi pula 81.15 juta meter padu (70.87 peratus) dengan taburan hujan 12.00mm dan empangan Tasik Subang pula 3.49 juta meter padu (83.07 peratus) dengan taburan hujan 32.00mm.


Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan kawasan di Selangor dijangka akan mengalami hujan berterusan bermula hari ini (5 Jun) hingga Rabu depan.

Sebelum ini, Kerajaan negeri Selangor membuat persediaan rapi bagi memastikan simpanan bekalan air mencukupi untuk rakyat negeri ini dan Lembah Klang untuk tempoh enam bulan apabila fenomena El Nino melanda Malaysia.

Sementara itu, dalam laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia pula memaklumkan pada bulan Jun dan Julai ini dijangkakan kebanyakkan tempat di Semenanjung menerima taburan hujan sedikit di bawah paras purata dengan jumlah hujan antara 50 mm hingga 150 mm di seluruh kawasan.

Bagi ramalan fenomena El Nino yang dijangka bakal melanda Asia Tenggara dan beberapa bahagian di dunia bermula dari bulan Jun atau Julai ini, setakat ini masih ada ketidakpastian tentang bila El Nino akan terjadi dan ketidakpastian yang lebih besar adalah tentang sekuat mana El Nino itu.
-selangorku


ULASAN GB

Amacam?

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Siapa yang sebenarnya sombong sebelum ini? Dan sekarang siapa yang terima akibat?

Tuduh orang lain sombong, tetapi tak perasan kata-katanya sendiri menampakkan keangkuhan dan kesombongan yang tak terperi. Katanya "Negeri Sembilan ada kelebihan 20 juta gelen air dan boleh diberikan kepada mana-mana negeri yang memerlukannya." dengan menujukan perkataan sinis itu kepada Selangor.

Tiba-tiba hukum alam berlaku, empangan-empangan di Selangor mengalami peningkatan, empangan di Negeri Sembilan tiba-tiba kekeringan...









IKLAN BERBAYAR



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Allah maha mengetahui

Hatimurrudzi Uda Mat Dris berkata...

Dlm seminggu 2 ni kalau air disemua empagan diselangor meningkat,mb TSKI kenalah buat tawaran kpd N9 seperti yg mereka tawarkan dulu..

Tanpa Nama berkata...

Haaaa. Pulang paku buah keras tu... Tetapi TSKI bukan jenis yang "dengki hati" orangnya. TSKI jenis orang yang bertindak menggunakan "akal" dan selalu memikirkan tentang rakyat Selangor.

Tanpa Nama berkata...

Nikmat & ujian silih berganti, perlu disyukuri bukan dikesali & disombongi.

Org2 Islam kena yakin apa yg Allah wahyu dlm Quran & apa yg Nabi saw kata/sabda.

Berusaha, mencari jalan2 penyelesaian, berdoa & tawakkal, semua ade Allah sebut, sbb Dia yg menciptakan makhluk, alam dll, semuanya milikNya. Dia Maha tau, spesifikasi dah disediakan.
Samade nak patuh atau tak .

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak confirm betul-betul masalah air di N9 tu. Jangan-jangan nak cari sebab nak buat projek besar atau nak tunjuk N9 (UBN) lebih cekap mengurus tanpa catuan. Pelik juga berita begini UBN nak war-warkan.

jilaltahrir berkata...

thats the way TSKI..

Tanpa Nama berkata...

Aku nak tengok adengan Mohd Hassan MELUTUT DEPAN TAN SRI KHALID MERAYU DI JUAL AIR PD N9.NAK BELI KAT JOHORE CINA SINGAPORE DAH BOOKING.HARAP2 ADA SIARAN LANGSUNG DRI ASTRO AWANI hehehe

Tanpa Nama berkata...

inilah dia keangkuhan seorang menteri yang memakan diri. pandai tuduh orang lain sombong, tapi tak sedar kesombongan diri. terimalah balasan Tuhan, wahai menteri yang bongkak.

Tanpa Nama berkata...

Dulu beria - ria nak berbusiness air dengan Mr. Khalid di Selangor. Sekarang air dah mahu kering kontang sampai tahap orang N9 kena minum air laut tak lama lagi beb. Sekarang pilihan di tangan lu sama ada lu berbusiness air dengan khalid ataupun tidak orang N9 tak akan caya dengan lu dah beb.