9 Jun 2014

Non Muslim Tercengang Melihat Seorang Pemuda Islam Solat Di Airport....


Apabila sampai waktu, kita mesti terus solat. Tidak perlu tangguh-tangguh walaupun dalam keadaan menunggu di airport mahupun berada di dalam kapal terbang.

Pada awalnya sekalian mereka yang berada di airport itu tercengang dengan apa yang dilakukan oleh seorang sang muslim yang berkopiah di kepala itu, entah "Taliban" mana yang hendak melakukan sesuatu terhadap penerbangan mereka, mungkin demikian soal hati mereka.

Apa yang berlaku kemudiannya ialah gerak geri pemuda berkopiah itu diikuti pula oleh seorang yang lain yang tidak dikenali yang mengikut gerak-geri sang muslim yang pertama itu dari sisinya (sebagai makmum).

Ia seperti satu senario yang aneh bagi mereka, kemudian mereka melihat kedua-duanya walaupun tidak mengenali di antara satu sama lain (imam & makmum) itu saling berbalas senyuman dan saling berpelukan selepas "acara" itu.

Dan kedua-duanya pun menuju ke arah non-muslim yang tercengang-cengang itu sambil bersalaman dan menyebabkan sekalian non-muslim itu rasa kaget dengan sikap sang-Muslim itu.

Tingkah laku solat berjemaah yang dipamerkan oleh kedua-dua muslim itu sekalipun belum mengenali di antara satu sama lain menyerlahkan dan menterjemahkan makna bahawa kaum muslimin itu bersaudara, tanpa mengira warna kulit atau bangsa atau negara asal mereka.

Ia tidak terhenti setakat itu.... kerana masa masih ada untuk menunggu penerbangan, kelihatan seperti sang Muslim yang berkopiah itu menyampaikan "tazkirah" kepada mereka yang menunggu di airport berkenaan dan sekalian para non-muslim seperti begitu tekun dan khusyuk sekali mendengar apa yang disampaikan oleh sang muslim berkenaan.

Muga lebih ramai diantara kita kaum Muslim yang boleh mengikut contoh teladan pemuda berkopiah itu, menyampaikan risalah Islam kepada yang belum mengetahuinya.










IKLAN BERBAYAR



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fenomena ni biasa bagi saya yg tinggal lama di Mesir dan negara2 arab. Diairport penumpang kapalterbang pasangan suami isteri akan sembahyang bersama dan juga biasa ternampak lelaki dan perempuan sembahyang dicybercafe. Pengusaha cybercafe hanya menyediakan sejadah yg diletakan satu sudut utk pelangan sembahyang dimana2 penjuru kedai bila tiba waktu walaupun wanita kerana wanita disana sembahyang tidak perlu memakai telekong kerana pakaian mereka menutup aurat utk dibawa sembahyang. Dinegara2 arab tiada disediakan tempat sembahyang kerana mereka boleh sembahyang dimana2 tempat bersih walaupun dishopping complex. Tapi rakyat kita contohnya jika surau dishopping complex penuh terutama bulan ramadhan kadang2 mereka tinggalkan sembahyang kerana tidak biasa sembahyang dikawasan terbuka.

Tanpa Nama berkata...

Pelik bagi mereka tapi tak apa kerana perasaan pelik ni nanti akan mendorong diaorang mengkaji dan suatu hari nanti akan tertarik dengan Islam. Insyallah.

Tanpa Nama berkata...

Tapi yang malang di negara kita..jika solat terbuka ini dilakukan ditepi kedai..tapi jalan akan di cap sebagai nak menunjuk -nunjuk..kena hendrik ...kata yg tak asing..nak tunjuk la tu alim..masjid besar luas solat kat tepi jalan....