23 Jun 2014

[AL-FATIHAH] Ustaz Abu Bakar Chik Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Jalanraya


Ahli jawatankuasa PAS PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dan pembantunya, Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Ustaz Abu Bakar merupakan bekas calon naib presiden pada muktamar tahun lalu dan pernah menjawat jawatan ketua Pemuda PAS.

Ustaz Abu Bakar dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur selepas menziarahi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ustaz Abu Bakar meninggalkan seorang balu, Zaitun Salleh dan lapan anak.

Jenazah beliau akan dibawa balik dari Hospital Hulu Terengganu ke Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman (MTT) Tok Jiring, Kuala Terengganu untuk disembahyang dan dikebumikan.



Biografi Ustadz Abu Bakar Chik - Wikipedia


Abu Bakar Chik ialah seorang aktivis Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan pernah memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1987-1997 dan sekarang bergiat sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PAS Pusat. Beliau meninggal dunia pada 22 Jun 2014.

Keluarga

Pada 13 Julai 2012, ibunya Esah Yusuf meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 88 tahun. Sembahyang jenazah diadakan di Kampung Tepoh, Kuala Nerus,Terengganu.

Biodata

Abu Bakar lahir di Kampung Masjid Tepoh, Kuala Terengganu , Terengganu pada tahun 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Nenas. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Arab Sultan Zainal Abidin Ladang dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin di Batu Burok, Kuala Terengganu. seterusnya ke Kolej Islam Klang (KIK). Tahun 1973 beliau memasuki UKM hingga mendapat Ijazah Pertama Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan. Di UKM, beliau memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM. Pada tahun 1977 beliau menubuhkan Insitut Berakan bersama rakan-rakannya di samping bergerak cergas dalam PAS.

Politik

Beliau menjadi ADUN Jeram dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1984 hingga 1986 di Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (KEMTA), Taiping, Perak.

Beliau mendapat pengalaman bersama dengan gerakan pelajar dalam negeri dan di luar negara sepanjang pengajian dan perjalanannya ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Sudan, Iran, Pakistan, India, Yaman dan beberapa negara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Meninggal dunia

Ustaz Dato' Haji Abu Bakar Chik meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur berhampiran Bukit Besi. Dr Azman Ibrahim seorang wakil rakyat PAS Kelantan memaklumkan berita itu. Jenazah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu.


ULASAN GB

Salam takziah GB kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Ust Abu Bakar Chik, nama yang GB kenal sewaktu bertamrin di Terengganu ketika GB berumur belasan tahun lagi. Beliau diantara beberapa "guru" yang pernah mendidik GB selain dari Allahyarham Datuk Dr. Harun Taib dan Allahyarham Ust Yahya Othman.

Semuga Allah menempatkan mereka di kalangan para solehin dan menerima mereka sebagai hamba-hambaNya yang mendapat keampunan dan keredhaanNya.

Alfatihah...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




4 ulasan:

BaDiN berkata...

Masih segar dalam memori semasa Menghadhiri majlis di Rasmikan beliau semasa memegang Ahli Exco Kerajaan 1999-2004.Ketegasan mengetengahkan sesuatu isu dalam tugas amat terkesan di hati kami.
Sang Murabbi pergi mu tetap dikenang sepanjang zaman,Perjuanganmu berterusan oleh generasi pelapis yg pernah kamu lahirkan di MTT.
Al Fatihah.

Tanpa Nama berkata...

Padamlah sudah sebutir lagi pelita yang menerangi ummah, Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang mendapat perlindungan Allah SWT

Tanpa Nama berkata...

Mugs Allah tempatkan arwah DLM golongan pejuang pejuang kerana Islam semata al fatihah

zena arab berkata...

Rehatlah kamu sekarg setelah sepanjang hidup mu dihabiskan utk jalan Allah. Ya Allah terimalah segala amalannya didunia ini,amimmm