28 Mei 2014

[VIDEO] Raja Bomoh Kata Khairy Penyebab Kekalahan Negara Rebut Piala Thomas

Bomoh 1Malaysia, Datuk Ibrahim Mohd Zin menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.
Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

"Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)"ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.

Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya kali ni komen tok moh pujaan umno tu lebih bernas berbanding tahap pemikiran menteri menteri terutama menteri 3.85...

Tanpa Nama berkata...

The one and only good statement from 'raja bomoh' ..

Tanpa Nama berkata...

Tok Moh ni masih berdendam dengan KJ. Kalau hebat sangat datang lawan KJ dalam PRU akan datang.

dino landu berkata...

Alhamdulillah!Saya sebenarnya tak pernah menyokong YB. Khairy tapi kali ini kenyataanya bernas.Semua itu adalah ibtilaq(ujian) Allah.Kalah menang tidak mendatangkan kelebihan kepada negara kita tetapi menambahkan kecintaan kepada Allah dan Rosullullah.Kalau menang kita memuji semua yang terlibat dengan Badminton tetapi jika kalah semua dihina dan dicaci malah kadang kadang menjadi syirik.Semua itu terlupa apa yang berlaku ditakdir Allah swt adanya.Menontun mungkin tak sembahyang dan lain perintah Allahuahad.Marilah kita bertaubat.

Tanpa Nama berkata...

Jika LKS kata Dyana ada 3B ( B eauty, B rain, B rave).
Orang tua ini ada 3B dan Sk
BOMOH, BODOH, BAHLUL, SYIRIK dan KURAFAT.
Dah usaha kita kalah adalah satu takdir.... Rukun Iman keenam Qada' dan Qadar.....

Sifat orang Fasiq.....

Tanpa Nama berkata...

Kelantan memang hebat sampai Jepun menang pun Jurulateh asal Dari Kelantan. Tlg komen jgn marah2 ye

Tanpa Nama berkata...

Anon 4:12. Apa jadi pada Misbun? Sebutir intan badminton Melayu tidak di iktiraf gara-gara nak tunjuk permainan kuasa, siapa besar.

Tanpa Nama berkata...

menang dan kalah adalah adat permainan. i tak ada komen untuk isu ini. lagipun isu ini bukannya besar compare dengan kj pau duit rakyat yang memang wajib dia letak jawatan kerana pau duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Awe kltn tu ada sesuatu yg special mnyebabkn Jepun brmnat..tp syng, sikap kronisme yg mnebal d mlysia yg mnyingkirkn beliau

Tanpa Nama berkata...

KEPADA MANUSIA YANG HEBAT,
JAGALAH KEHEBATAN PEMBERIAN ALLAH.SWT.
KEPADA KHAIRY..BIAR DIA JADI MENTERI.
TAK BAIK MENGATA ORG BODOH..AT LEAST KJ JADI MENTERI.TOH MOH MASIH DGN TIKAR TERBANG. JAGALAH TIKAR TERBANG TU BAIK2 ..JGN SAMPAI KOYAK..SUSAH NAK TAKE-OFF AND LANDING NANTI..