27 Mei 2014

[VIDEO] Presiden PAS Kerah Seluruh Jentera Bantu Dyana


PAS tidak pernah lupa jasa DAP, kerah seluruh jentera bantu Dyana di Teluk Intan – Hadi Awang.

TELUK INTAN, 26 MEI: Jasa besar DAP merupakan penyebab utama mengapa PAS mengerah seluruh jentera untuk membantu Dyana Sofya Mohd Dauddalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Sabtu ini.

Demikian kata Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan semasa majlis Hi Tea di Taman Cecily, hari ini.

“Pada tahun 1978 kami telah dibuang dari UMNO dan mereka berpakat bersama MCA serta MIC untuk menumbangkan PAS di Kelantan.

“Ketika itu dibuat semacam rusuhan di Kelantan, mereka membakar tayar dan beberapa kedai. Orang yang membakarnya adalah Presiden Perkasa sekarang.

“Maka undang-undang darurat dikenakan di Kelantan dan DAP membela kami serta menentang kuat pelaksanaannya,” katanya.

Katanya, itulah antara sebab utama PAS memilih bersepakat dengan DAP, mengenepikan perbezaan dan menyokong penuh Dyana sebagai calon.

Tambah beliau, dengan adanya Dyana juga akan memberikan tambahan suara di Parlimen untuk terus memberikan tekanan kepada pemerintah.

“Dyana merupakan seorang peguam muda yang kita amat yakin boleh menentang dengan lantang segala kesalahan UMNO di Parlimen.

“Beliau bukan ‘pak turut’ atau ‘pak hangguk’ seperti calon Gerakan tapi seorang wanita muda berani yang akan membela kepentingan seluruh rakyat, termasuk rakyat di Teluk Intan,” tegasnya.

PRK Teluk Intan: PAS lancar 'PAS For All, Undi Dyana'


TELUK INTAN: PAS melancarkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana' sebagai sokongan parti itu pada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan slogan tersebut pada satu taklimat kepada jentera PAS di Markas Induk PAS PRK, Padang Tembak dekat sini, petang semalam.

"Saya minta setiap jentera kempen PRK kali ini menjalankan tugas tanpa was-was, bertugas dengan penuh semangat dan eratkan kerjasama.

"Bagi memastikan kerjasama kita dalam pilihan raya ini, PAS telah mengumumkan slogan 'PAS For All, Undi Dyana'," jelasnya.

Beliau berharap agar pengundi Melayu dapat memberi sokongan kepada calon Melayu, Dyana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus kekal di Parlimen Teluk Intan.

Kain rentang tersebut telah diserahkan kepada jentera PAS untuk digantung di 18 Unit Peti Undi (UPU) bagi menarik keyakinan pengundi Melayu untuk memilih calon DAP pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Amuraria berkata...

sokong biar parti gerombolan penyangak karat biru mereput gelabah ! ABU !

Amuraria berkata...

gerombolan karat biru kalu tarak 'hulur' tarak kerja daa ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Tahaluf Siyasi yang patut difahami oleh semua PAS yang berwalakan pimpinan.

Tanpa Nama berkata...

OK, aku akan balik kg ku T.I. dan semestinya undi DAP (Dyana). Undi BN??? kirim salam kat nenek aku dulu.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah, kami anak muda nak undi orang muda, bukan calon kitar semula

Tanpa Nama berkata...

MALAYSIA PERLU HIJRAH TOTAL