18 Mei 2014

TNB Untung Berbilion, Kadar Elektrik Mahu Dinaikkan Juga!


Tarif elektrik naik demi masa depan TNB, kata Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberi perhatian terhadap tindakan yang perlu diambil bagi menjamin Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi sebuah organisasi berstatus juara serantau dan juara global dalam pembekalan elektrik pada masa depan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan perlu menimbangkan perkara yang kadang-kala amat sukar dan ia termasuk menaikkan tarif elektrik, iaitu tindakan yang dilaksanakan, baru-baru ini.

"Sebab itulah kita kena menimbangkan perkara yang kadang-kadang agak sukar misalnya sama ada tarif elektrik hendak dinaikkan atau tidak," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kerja TNB sempena sambutan Hari Pekerja di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan TNB di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie.

Najib yang juga menteri kewangan berkata pertumbuhan ekonomi negara akan terjejas dan perjalanan Malaysia untuk menjadi negara maju mungkin tinggal sebagai impian jika satu daripada fundamental negara iaitu bekalan elektrik terjamin dengan harga kompetitif, tidak diutamakan.

Pada majlis sama enam Bidang Keberhasilan Utama dalam program Transformasi 1TNB mampu mengangkat maruah dan imej organisasi berkenaan ke tahap yang lebih tinggi.

Najib berkata, program transformasi itu, yang dilancarkan hari ini, merangkumi penambahbaikan hubungan dengan pihak kawal selia dan melangkaui kepuasan pelanggan.

Ia turut menggariskan usaha untuk meluaskan perniagaan baharu, mengurus kos dan operasi secara efisien, mentransformasi organisasi dan memperkukuhkan Sabah Electricity Sdn Bhd.

"Kita mesti pastikan wujudnya budaya kecemerlangan, maknanya kita mesti memburu kecemerlangan, kita mesti sentiasa efisien (dalam) mengurangkan kos, empowerment, mencari peluang perniagaan. Segala-galanya mestilah diberi perhatian.

"Jangan lupa integriti sebab segala-galanya tidak ada makna kalau tidak ada integriti.

"Sejarah TNB begitu gemilang, saya tahu mereka yang berkhidmat dengan TNB mempunyai kesetiaan yang cukup tinggi. Sekali bersama TNB, sentiasa bersama TNB," katanya. – Bernama

ULASAN GB

Betul-betul sudah ketelaluan.

Rakyat menjadi mangsa apabila kerajaan lebih berminat menjaga kepentingan sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

BN tidak prihatin kepada rakyat walaupun menggunakan slogan rakyat didahulukan. Buktinya subsidi kepada IPP tidak ditarikbalik sedangkan mereka menikmati subsidi yang tinggi.

Sedangkan rakyat terpaksa bayar harga elektrik dengan kadar yang mahal. Ketika banyak banyak negara mengeluarkan subsidi untuk menampung keperluan rakyatnya, Malaysia pula mengambil langkah mundur untuk membantu syarikat kroni besar.

Keuntungan TNB pada tahun lepas ialah RM4.61 bilion. Apakah kerana mengenajar matlamat untuk mencapai keuntungan yang lebih besar daripada itu menyebabkan leher rakyat perlu dijerut dengan kenaikan kadar tarif?

LAPORAN SEBELUM INI


Anugerah projek untuk selamatkan syarikat kroni

: Laporan The Edge berhubung penganugerahan projek jana kuasa tenaga lapangan hijau menggunakan arang batu (Projek 3B) 2,000 MW kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menimbulkan pelbagai tanda tanya umum terhadap syarikat kroni yang dibebani hutang berbilion ringgit itu.

Malah keputusan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menganugerahkan projek tersebut kepada 1MDB dipercayai lebih didorong kepada usaha menyelamat syarikat yang kini dibelenggu hutang melebihi RM40 bilion.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dalam satu kenyataan media menyifatkan penganugerahan projek itu sebagai usaha terdesak menyelamatkan syarikat disukai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, sejak 2012, 1MDB meneruskan strategi pemerolehan secara melulu untuk mengambil alih penjana tenaga bebas (IPP) yang kontraknya sudah berakhir pada premium sangat tinggi dengan pinjaman.

Menurut Pua, 1MDB telah memperoleh Tanjong Energy Sdn Bhd dengan harga RM8.5 bilion, Genting Sanyen (RM2.35 bilion) dan loji jana kuasa Jimah (RM1.2 bilion) membabitkan kos keseluruhan RM12.05 bilion.

“Namun The Edge melaporkan bahawa aliran tunai yang terhasil daripada projek ini digunakan untuk menanggung faedah hutang 1MDB sebanyak RM650 juta.

“Ia tidak memerlukan genius kewangan untuk mengetahui bagaimana mereka membayar balik pinjaman berbilion ringgit,” ujar beliau.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, projek tenaga misteri itu telah menambah skandal pelaburan 1MDB di Pulau Cayman yang membabitkan pelaburan usahasama dengan PetroSaudi International Limited bernilai US$2.3 bilion (RM7.63 bilion).

“Nampaknya penipuan kewangan menyebabkan KPMG, juruaudit luar 1MDB melepaskan jawatan daripada menandatangani akaun yang tidak dapat disahkan,” katanya.

Beliau kesal kerana pentadbiran Najib seolah-olah merancang menganugerahkan konsesi IPP kepada 1MDB walaupun ia akan menyebabkan kos elektrik naik lebih tinggi hanya kerana mahu menutup defisit besar syarikat tersebut.

Beliau turut menyelar tindakan kerajaan yang langsung tidak mengambil kira bebanan ditanggung rakyat, sekaligus bertentangan dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

“Jika tawaran lebih tinggi dipilih, ia hanya mengukuhkan lagi bahawa Najib dan Kabinetnya tidak ikhlas membantu rakyat dan hanya berminat pada keuntungan serta menyelamatkan syarikat berkaitan dengan pentadbiran mereka,” ujarnya.










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah pemimpin yang menipu rakyat tidak akan masuk syurga...Kami rakyat M'sia bukan mendoakan kamu pemimpin masuk neraka tapi kamu semua memilihnya dengan menipu rakyat...

Tanpa Nama berkata...

1mdb dh x reti meniaga nk meniaga juga.. rugi pun tarak apa, subsidi BN ada, boley tanggung punya...

Tanpa Nama berkata...

Kalau untung berbilion-billion, tapi kurang 50 sen bagi PM sudah rugi

Tanpa Nama berkata...

Haram jadah.