14 Mei 2014

Misi Kemanusiaan Difitnahkan Sebagai Militan


Saya bukan anggota militan’

IPOH – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa nafi terlibat secara langsung dengan sebarang pertempuran di Syria atau menyertai kumpulan militan di negara bergolak itu.

Menurutnya, dakwaan bahawa beliau menyertai gerakan militan di Syria sama sekali tidak berasas dan dianggapnya berniat jahat.

“Kehadiran saya di Syria hanyalah untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dan saya baru sampai di Malaysia, 4 Mei lalu selepas berada di sana selama seminggu. Ini misi ketiga yang saya sertai.

“Misi pertama adalah pada 26 Oktober tahun lepas dan sekali lagi saya ke Syria pada 5 Januari lalu melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), dan baru-baru ini saya bersama Muslim Care Malaysia,” katanya semalam ketika diminta mengulas mengenai beberapa keping gambarnya yang dikirimkan individu tidak dikenali kepada Sinar Harian.

Ungkapan ‘Pejuang tanahair, Ustaz Haji Norazli Musa yang berasal dari Perak di bumi Syria bersama pejuang-pejuang Islam di sana, demi Jihad!’ turut disertakan bersama gambar-gambar berkenaan.

Nor Azli berkata, tindakannya bergambar bersama penduduk di Syria tidak semestinya menggambarkan dirinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.

"Di Syria, bukan hanya penduduknya mengangkat senjata, doktor yang merawat pesakit sendiri pun ada senjata. Jadi tidak hairanlah senjata sentiasa digalas di bahu mereka.

“Adakah dengan bergambar dengan doktor yang memegang senjata, mereka menuduh saya sudah menyertai gerakan militan di Syria? Saya sama seperti NGO yang menjalankan misi kemanusiaan di sana, itu sahaja,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa senapang dipegangnya dalam gambar yang tersebar dalam laman sosial bukan senjata sebenar tetapi merupakan pemetik api.

Malah katanya, gambar tersebut diambil di pekarangan Masjid Negeri di Ipoh, bukannya di Syria.

“Saya tak tahu mengapa ada pihak tertentu yang mahu mengaitkan gambar tersebut dengan gambar saya semasa misi di Syria. Mungkin mereka ini ada niat tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Nor Azli akan dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

“Kita memang tidak mengetahui pemergian ahli kita ke sana (Syria) apatah lagi kita tidak berupaya untuk mengetahui setiap gerak kerja ahli kita termasuk misi kemanusiaan yang disertai Nor Azli.

“Bagaimanapun Pas sentiasa memastikan perjuangan ahlinya berasaskan perlembagaan parti serta mengikut lunas perundangan di negara ini,” katanya. -SH

Tiada istilah militan terhadap orang Islam


ALOR SETAR – Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tiada istilah militan mahupun pengganas terhadap orang Islam yang berjuang untuk mempertahankan saudara Islam yang lain.

Menurutnya, istilah itu hanyalah tanggapan orang bukan Islam terhadap orang Islam untuk menggambarkan bahawa Islam itu mengajar keganasan.

“Berdasarkan hukum, umat Islam adalah dituntut untuk berjihad. Tetapi erti kata jihad terlalu luas dan dalam konteks situasi sekarang, kita perlu memberi tumpuan kepada jihad dalam negara terlebih dahulu.

“Bahkan Nabi juga berkata, siapa yang tidak ambil tahu berhubung umat Islam atau saudaranya yang lain, dia bukanlah daripada kalangan aku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun Islam menuntut untuk berjihad, tetapi kewajipan itu perlu diberikan kepada hal-hal dalam negara terlebih dahulu.

“Sekiranya kewajipan kita dalam negara sudah selesai, barulah dibolehkan untuk berjihad ke negara lain.

“Tetapi berjihad dengan cara memberi sumbangan kewangan dan doa pun sudah mencukupi. Jihad ini tidak bermakna kita perlu berjuang ke negara lain, cukuplah sekadar kemampuan kita,” katanya.

Jelasnya, kewajipan untuk mempertahankan kedaulatan dan keamanan sesuatu negara itu juga adalah tanggungjawab negara itu sendiri.

“Tidak salah sekiranya kita nak berjihad mempertahankan umat Islam di negara lain, tetapi kita perlu lebih berhati-hati kerana ia melibatkan hukum dan akidah.

“Kita perlu tahu punca sesuatu masalah itu lebih mendalam sebelum berjihad,” katanya.




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


7 ulasan:

BaDiN berkata...

manusia berfahaman Sekular berkiblatkan Kapitalis sering melabelkan Seseorang muslim yg berjuang atas Islam dan membantu saudara kita yg ditindas selalunya berpandangan serong demi menurut hawa nafsu yahudi yg sama sama bersangka buruk terhadap Islam.Fahaman salah terhadap Jihad sering dilabelkan kpd Umat Islam oleh manusia bernafsu yahudi.

Awanama berkata...
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Awanama berkata...

Di Malasie tak boleh berjuang secara militan. Cara setan no hal.

Awanama berkata...

Asal sahaja nampak bersama dengan penduduk syria atau mungkin penduduk mesir, terus shj tuduh militan. Tiada hukuman hudud blhlah diaorang buat sesuatu. Tapi kalau perkara ini lu buat di brunei yg skg melaksanakan hukum hudud, lu tuduh shj ikut sedap mulut lu, lu akn kena sebat 40 sebatan kerana tuduh orang tanpa bukti dan saksi.

Jihadist berkata...

binasalah mereka yg mengaku islam tetapi menghalang umat islam lain membant saudara2 islam yg sedang dizalimi.

sepatutnya mereka yg berkuasa yg lebih kedepan membantu. binasalah mereka yg menzalimi umat islam demi memenuhi nafsu pemimpin2 kuffar dunia yg menindas umat islam.

semuga di sana nanti mereka bersama pemimpin2 kuasa dunia dajjal yg mereka sembah di dunia ini.

Reezrich berkata...

Apa tnggu lagi....samannnnnn...

Awanama berkata...

Cubaan UMNO nak kaitkan PAS dengan militan