25 Mei 2014

[LIVE BERGAMBAR & VIDEO] Bukit Gelugor: Bila BN Tak Bertanding, PRK Jadi Paling Aman


Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Buki Gelugor berlangsung hari ini.

Seramai 81,897 pengundi berdaftar akan menentukan siapa calon pilihan mereka bagi mewakili suara mereka ke parlimen nanti.

Sebanyak 17 pusat daerah mengundi akan dibuka hari ini dengan kesemuanya 139 saluran mengundi.

Kempen PRK Parlimen Bukit Gelugor adalah antara paling aman berikutan tiada insiden dan kes jenayah yang serius berlaku sejak hari penamaan calon 12 Mei lalu, kata Ketua Polis Negara sebelum ini.


Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini hanya 15 laporan polis termasuk oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diterima mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 sepanjang tempoh berkempen.

“Setakat ini, tidak lebih 15 laporan diterima cuma empat kertas siasatan dibuka. Itu pun cuma kesalahan kecil dan tidak ada apa yang perlu kita risaukan kerana keadaan pun nampaknya masih tenang.

Di dalam PRK kali ini, MCA yang sepatutnya meletakkan calonnya telah mengambil keputusan untuk TIDAK BERTANDING kerana khuatir akan dimalukan jika mereka kehilangan deposit. Pada PRU13 lalu, Bekas Pengerusi DAP Karpal Singh menang kerusi tersebut dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon MCA (BN) Teh Beng Yeam yang hanya memperoleh 13,597 undi.

Hari ini, DAP menurunkan Ramkarpal Singh Deo ditentang oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohamad Zan.

LINTAS LANSUNG oleh mk, HD, sinarharian, mstar, BH dll

5pm: Tempoh pengundian tamat.

4.10pm: Greenlane – Ramkarpal dan pemimpin DAP lain akan berhimpun di pusat operasi DAP pada jam 7 malam bagi mengikuti keputusan pilihan raya kecil hari ini.

3.30pm: SMJK Chung Hwa – Lim Guan Eng berkata jumlah keluar mengundi yang lebih kecil sudahpun dijangkan kerana BN tidak bertanding dan rakyat menjangka kemenangan untuk Ramkarpal.

Beliau bagaimanapun gembira kerana pemilihan hari ini berjalan dengan aman dan berharap keputusannya akan dapat diterima.

Keputusan dijangka akan dapat diumumkan menjelang jam 9 malam.

"Apa yang penting kita tidak mengamal politik wang dan ancaman gengster," kata Lim selepas menjalan tanggungjawabnya.

4.15pm: Menara Condong - Seorang penceramah BN, Faizal Effendi Hashim, berceramah dengan pembesar suara dihalakan ke arah penyokong Pakatan Rakyat yang menunggu kehadiran MP lembah pantai, Nurul Izzah Anwar dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Beliau membangkitkan kewajaran DAP meletakkan Dyana sebagai calon kerana peguam muda itu seorang Melayu tetapi menjadi calon bagi parti bukan Melayu.

Ucapannya itu menyebabkan para penyokong Pakatan bertindak balas dengan melaungkan "hidup Melayu".

Penceramah itu meneruskan ucapannya, bagaimanapun dengan membelakangki penyokong Pakatan.

3.50pm: Menara Condong, Teluk Intan - Seorang pemidato BN Youth Volunteer berucap di tepi Menara Condong dan mendakwa calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mahukan UiTM dibuka kepada bukan Melayu.

Apabila dihampiri Malaysiakini, pemidato tersebut enggan memberikan namanya dan menjelaskan sumber ceritanya tentang dakwaan Dyana mahukan UiTM dibuka kepada bukan Melayu.

Seorang lagi jurukempen yang lebih tua dan turut enggan dikenali berkata, "Kami tak nak bercakap dengan Malaysiakini. You spin cara you, kami spin cara kami".

Dyana sebelum ini pernah menggesa agar satu institusi pendidikan seperti UiTM ditubuhkan untuk orang bukan Melayu.

Namun, beliau tidak pernah memohon agar UiTM dibuka kepada bukan Melayu.

4pm: Sebanyak 53 peratus keluar mengundi.

3.31pm Peratusan keluar mengundi setakat 2 petang dilapor masih rendah sebanyak 42.90 peratus (35,292 pengundi) sahaja.

‎3.10pm SJKC Chung Hwa, Island Park – Ketua Menteri Pulau Pinang tiba untuk membuang undi bersama saudara perempuan dan ibunya.

Beliau disambut Ramkarpal, ibunya dan Rayer yang juga mengundi di situ.

Guan Eng menyorong ibunya yang menaiki kerusi roda untuk ke pusat pengundian.

2.30pm Ekoran kadar keluar mengundi yang rendah, DAP Pulau Pinang kini cuba menggerakkan seramai mungkin anggotanya menunaikan tanggungjawab mereka dalam tempoh tiga jam terakhir.

Kempen itu turut dibuat di laman sosial, yang mensasarkan 15,000 anggotanya.

1.30 petang: Sehingga pukul 1 petang seramai 30,596 bersamaan 37.91 telah keluar mengundi.

1.30pm: SK Bukit Gelugor - ADUN Seri Delima, RSN Rayer, tiba di pusat pengundian untuk mengundi.

Kenyataannya yang menggelarkan Umno sebagai parti "celaka" menyebabkan bantahan dan kekacauan daripada penyokong Umno di tiga lokasi berbeza di seluruh negara.

1.21pm: MP Bukit Mertajam Steven Sim mendakwa telefon bimbitnya juga digodam sejak Khamis lalu.

Beliau mendakwa telefonnya digodam untuk menyebar mesej bahawa DAP sudahpun menang di Bukit Gelugor.

"Saya berharap orang ramai yang menerima SMS yang diragui daripada kami untuk melaporkan ke pejabat DAP.

"Saya harap lebih ramai yang keluar menunaikan tanggungjawab...," katanya dalam satu kenyataan.

Empat orang wakil rakyat DAP semalam mendakwa telefon mereka digodam untuk menyebar mesej perkauman. Satu laporan polis dibuat semalam.

1.00 pm: Jumlah keluar mengundi masih rendah, 37.91 atau hanya 30,596 pengundi.

1.00 pm Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Sri Aman, penyokong DAP mengibarkan bendera mereka dan seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam dan berbaju kuning melaungkan “panda! panda!” setelah penyokong PCM mempersoalkan sumbangan DAP kepada orang Melayu.

Walaupun ‘diasak’ secara berkumpulan, lelaki tersebut tidak berganjak malah berterusan menggunakan panda sebagai modalnya untuk mengusik penyokong PCM.

“Panda duduk dalam air-cond (penghawa dingin), kami duduk dalam kipas angin…pandai!” teriaknya.

12.30pm: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata suruhanjaya itu masih belum menerima aduan berhubung dakwaan calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam pusat pengundian.

"Ia satu kesalahan pilihan raya. Jika (PCM) benar-benar berbuat demikian, kita akan ambil tindakan.

Sementara itu beliau berkata pasukan sukarelawan boleh berdiri di luar pusat pengundian selagi mereka tidak membawa mana-mana logo parti yang bertanding.

Tambahnya, para penyokong parti bagaimanapun tidak dibenarkan berhimpun dalam jarak 50 meter dari pusat pengundian, dan hanya individu yang membawa pas kebenaran sahaja yang boleh masuk ke pusat tersebut.

12pm: Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi sangat rendah, 19.95 peratus sahaja.

11:10am Flet Kg Melayu – Sekumpulan penduduk wanita Kg Melayu mengibarkan kain rentang dan bendera Parti Cinta Malaysia (PCM) di kawasan majoriti Melayu di sini mengajak pengundi mengundi parti itu dan bukannya DAP.

Jarak mereka yang hanya dipisahkan jalan selorong menyebabkan berlakunya 'perang jeritan dan sorakan.'

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mak cik Mah berkata DAP tidak mengendahkan nasib Melayu di kampung Melayu.

Secara sinis ia dibalas dengan sorakan 'Dyana Sofya' oleh seorang penyokong DAP.

11.00 : Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi turut berada di SMK Dato Haji Mohd Nor

10.50 pagi : Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tiba di SMK Dato Haji Mohd Nor.

10:00am Pegawai kempen Ramkarpal, Ng Wei Aik, mengadu kepada pengurus pilihan raya bahawa calon PCM Huan Cheng Guan berkempen dalam SJK Kong Min.

10am: Peratus keluar mengundi setakat jam 9 pagi, 8.62 peratus atau 7,112 pengundi.

9.45am: SMK Air Itam - Ramkarpal tiba bersama ibunya Gurmit Kaur dengan keadaan yakin.

9.30am: SMK Air Itam – ADUN Paya Terubong Yeoh Soon Hin, selesai membuang undi di pusat pengundian terbesar itu dengan 18,929 pengundi.

9:15am Kg Melayu Calon bebas Mohamed Nabu Bux Mohd Abdul Sathar tiba bersama dua penyokongnya dan melawat saluran 1 di pusat pengundian Sek Keb Sri Aman.

Beliau meluangkan kira-kira 10 minit bersalam dengan pengundi kawasan berkenaan dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya berkenaan.

Nabi Bux kelihatan ceria dan yakin bakal menyaingi calon DAP dan Parti Cinta Malaysia.

9:00am: Kg Melayu - Pengundi sekitar kawasan mula hadir ke dua pusat pengundian yang terletak bersebelahan iaitu Sek Keb Ayer Itam dan Sek Keb Sri Aman di sini.

Calon Bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar berkata akan hadir ke Sek Keb Ayer Itam untuk lawatan pertamanya hari ini.

8.45am: SMK Air Itam – Exco Phee Boon Poh mengadu pemilih keliru dengan tanda arah yang disediakan SPR di kawasan sekolah.

Beliau tidak dibenarkan masuk membincangkan perkara itu dengan SPR dan polis atas kebimbangan cuba memancing undi, yang dinafikannya.

“Orang ramai sudah pun buat pilihan mereka,” katanya.

Ketua polis negeri Abdul Rahim Hanafi singgah kira-kira 7.45 pagi tadi di sekolah sama untuk meninjau keadaan.

8.30am: DAP bersedia dengan 37 kenderaan untuk mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi. Ramkarpal dijangka membuat lawatan pertama di SMK Air Itam pada jam 9 pagi.

Ketua Menteri Lim Guan Eng akan mengundi di Sekolah Menengah Chung Hwa pada jam 3 petang.

Kali ini, tiada pondok panas pihak bertanding didirikan.

7.50am: SK Seri Relau – Jalan raya masih tenang. Bagaimanapun, terdapat pemilih yang sudah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawabnya.










akan dikemaskini setiap 15 minit







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika dah begitu aman,eloklah umno bn terus dihumban buat selama2nya

Tanpa Nama berkata...

UMNO, hidup kami lebih aman tanpamu.

Taosuotaosuo suo berkata...

Alhamdulillah. Dengan kesedaran ini, Semoga mamak ketua polis mengguna kaedah deduksi untuk merumus sapa pencetus kebanyakkan huruhara.seterusnya semoga pihak penguatkuasa bertindak secara rasional semasa menjalankan tugas. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Pemuda UMNO serang DAP senyap aje, kalau Pakatan mau pecah TV3

Tanpa Nama berkata...

Tanpa UMNO dan BN negara lebih aman