12 Mei 2014

Hudud Ditangguhkan, Tertutup Pintu UMNO Untuk Pecahbelahkan Pakatan

Hudud: PAS serah pada jawatankuasa teknikal

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini mengambil keputusan tidak akan meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada persidangan Jun ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal yang bakal ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Dalam satu kenyataan media tiga perenggan yang ditandatangani Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, beliau berkata mesyuarat telah membuat pertimbangan dalam isu Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan dan mencapai keputusan berikut:

PAS Pusat mengambil maklum dan bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.

Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat pada Persidangan Bulan Jun 2014 ini tidak akan diteruskan. Ini bagi memberi ruang kepada Jawatankuasa Teknikal di atas untuk merumuskan cadangan dan tindakan selanjutnya.
-HD

Hasrat Membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) Tidak Diteruskan

PAS Pusat bersetuju dengan cadangan penubuhan satu Jawatankuasa Teknikal antara kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk meneliti dan mengemukakan cadangan tindakan ke arah pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu yang membacakan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dengan itu, kata Mohamad, PAS tidak meneruskan hasrat untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian (Hudud) di Dewan Rakyat pada persidangan Parlimen bulan Jun 2014 bagi memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal tersebut.

“Oleh kerana itu cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian (hudud) di Parlimen pada bulan enam ini tidak akan diteruskan.

“Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah,” katanya.

Dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS, parti itu juga bersetuju bahawa jawatankuasa teknikal hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan menyelia jawatankuasa teknikal di bawah naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Walaupun keputusan untuk menangguhkan pembentangan usul di Parlimen dibuat, namun Mohamad berkata, PAS bertekad untuk memastikan undang-undang hudud terlaksana.

“Terserah kepada Jawatankuasa Teknikal yang akan berbincang dengan Kelantan dan Pusat.

“Ini jawatankuasa antara kerajaan dengan kerajaan, bukan lagi antara parti dengan parti, jadi seriuslah,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan itu sudah dimaklumkan kepada rakan sekutu dalam PR, Mat Sabu berkata, pihaknya tidak berbuat demikian.

“Mereka belum tahu. Mereka akan mengetahuinya melalui laporan adil media hari ini,” katanya.

Pada April lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah mengumumkan kerajaan negeri sudah bersedia dengan draf satu RUU persendirian (private bill) berhubung hukum hudud.

Rang undang-undang itu akan dibawa Ahli Parlimen PAS dari Kelantan ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang tersebut seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan Kelantan tersebut disambut baik oleh Umno, termasuk pemimpin tertingginya iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu melihat usaha itu diteruskan.
-Buletin Online


ULASAN GB

GB menarik nafas lega dengan keputusan PAS Pusat menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian bagi perlaksanaan hudud di Kelantan.

Bukan GB menentang hukum berkenaan tetapi suasana kini tidak menjamin bahawa Rang Undang-undang tersebut diterima kerana sudah ada tanda-tanda UMNO tidak ikhlas menyokongnya. Pertama penentangan terbuka dari bekas PM, Tun Dr. Mahathir, kedua, kenyataan beberapa Ahli Parlimen UMNO sendiri akan menentang seperti Nur Jazlan Mohamed, ketiga DUN Terengganu menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002 dan kenyataan PM, DS Najib sendiri yang membayangkan belum sampai masa hudud dilaksanakan, biar pun menurutnya Umno tidak pernah menolak hudud.

Tujuan sebenar UMNO hanyalah untuk memisahkan PAS daripada Pakatan bukan mereka benar-benar menyokong hudud.

Sekalipun sebelum ini, Presiden PAS pernah menyatakan bahawa soal keikhlasan itu adalah urusan Allah dan terserah kepada kepada Allah untuk menghukum pihak yang tidak ikhlas, namun umat Islam amnya dan PAS khususnya perlu merujuk kepada pesanan Nabi s.a.w yang mengingatkan kita : "Orang yang beriman, sekali-kali tidak akan masuk ke dalam lubang biawak (kebinasaan) sebanyak dua kali."

Bukankah sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah bertindak menghalang kes Qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari dibicarakan di Mahkamah Syariah?

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Jamil untuk membatal permohonan Anwar supaya pengadu dalam kes fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonan untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat Ketua pembangkang itu.

Sekarang menteri yang sama beriya-iya ke Kelantang untuk menyokong hudud!

Dengan penangguhan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkenaan hukum berkenaan telah memnyembuhkan luka ummah dan Pakatan Rakyat apatah lagi di dalam suasana kita akan menghadapi dua PRK .... Bukit Gelugor dan Teluk Intan.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO sampai ke kiamat pun tidak akan menyokong hukum hudud sebab diaorang akan terkena hukum hudud. Remember pesalah Rasuah @ pecah Amanah akan dibuang negeri beb mana diaorang sanggup kena buang negeri or mungkin buang negeri tak sesuai tapi buang negara sesuai.

bnbiul berkata...

Kah kah lawak umno bn nak sokong hudud nanti masuk world guiness record, umno bn kan penyamun perompak pefitnah perogol perasuah mana maunya dia nak terima hudud. Mampos nanti Allah akan potong tangan kaki lidah dan badar mereka dgn api neraka kerana menentang hudud. So ahli umno yg bersengkokol get ready to go to hell all of you.

Tanpa Nama berkata...

Menolak hudud,ada kuasa 56 tahun tak ada usaha langsung/tanda nak buat.Dari rekod berkhianat dengan PAS 99.9%.Memang bertambah-tambah dosa dan celaka bila konon menyokong tapi hendak menjatuhkan lawan seagama dan hakikatnya bertambah berani mempermain hukum tuhan.Logik ke perompak,perasuah tegar minta di laksana hudud.

Tanpa Nama berkata...

Nik Amar pengsan diKelantan.

Tanpa Nama berkata...

Umno mana mahu hudud, penyamun harta negara

Tanpa Nama berkata...

Tanpa rasa keinsafan tiba2 umno sokong hudud...takkah pelik rasanya.