26 Mei 2014

Gadis Biadab Hina Kereta Murah Yang Melanggar Kereta

Sombong, berlagak, poyo! Itulah yang boleh diungkapkan terhadap seorang gadis selepas dia mengupdate statusnya di Facebook semalam. Dengan tulisan yang biadab dia menghina sebuah kereta yang dipercayai lebih murah daripada kereta bapanya dengan memanggil kereta tersebut sebagai 'kereta murah'.

Difahamkan, kereta bapa gadis berkenaan telah berlanggar dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang. Ekoran marah dengan kejadian itu(kot), gadis tersebut bertindak menulis status di Facebook dengan nada menghina kereta yang berlanggar dengan kereta bapanya dengan melabelkan kereta tersebut sebagi 'kereta murah'.

Malah dia membandingkan kereta bapanya dengan kereta tersebut umpama air tin berlanggar dengan air kotak. Tidak cukup dengan itu, dia juga menghina cat kereta tersebut sebagai lebih murah daripada cat kereta bapanya.

Inilah keruntuhan akhlak remaja zaman sekrang. Tiada lagi timbang rasa dan hormat menghormati sesama kita. Bahkan mereka menjadi sombong dengan kekayaan sementara yang dikurniakan kepada mereka itu. Semoga anda yang membaca tidak terikut-ikut dengan perangai gadis ini. Jadikanlah perkara ini sebagai sempadan kepada kita semua. -kongsi2ceritaonline







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mmg murah pun kereta wira tu ttp jual pd rakyat mahal nk mampus...bg gadis tsb jgn menyombong diri...mati nnt hnya 7 helai kain putih yg murah akan balut tubuh tu...semua akan tggl..kereta akhir anda adalah kereta mayat...ok

Tanpa Nama berkata...

Sombong memang sombong malah tak dinafikan memang sombong. Kalau anaknya dah macam tu, bapanya bertingkat-tingkat lagilah gamaknya.

Tapi pengeluar kereta manalah agaknya yang buat kereta berstandard kotak minuman tu kemudian jualnya ikut standard harga tong gas untuk rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Inilah remaja hasil keluaran zaman ini, parent sibuk dengan memberi anak tuition solat tah kemana...... Tak pandai ngaji Quran dan Solat OK....
Tak pandai sains dan sukan mampus kau..... Pengaib keluarga.....

saffron rice berkata...

Memang agak mcm sombong,, mungkin budak budak lagi
Tapi nampak kemulian hati krn mempunyai perasaan kasihani,,, keluarga telah memdidik dgn baik agar mempunyai perasaan,,,,
Memang mati tiada apa yg kita bawa kecuali amal ibadat jariah dan doa anak yg salih,,
Semua org tahu,, tapi kat dunia hidup kena di teruskan dan org akan pandang mulia jika semua org Islam bersederhana dan bejaya atau mewah dgn cara yg betul,,
Baru lah org tengok Islam ada class selain dari menuruti apa yg di suruh Allah ,,
Takan org Islam nak merepat minta sedekah sana sini bawa tin MILO,,,

Tanpa Nama berkata...

budak-budak punya statement pun nak ambil pot ke?
langgar belakang tu...

fidel castro berkata...

cuba test kereta bapa kau tu dengan lori, nak tengok sapa yang best.

non che amah berkata...

Lek eleh...itu kereta bapak engkau, bukan kereta engkau. Apa yang kau punya ? Nothing tak de mende !

Tanpa Nama berkata...

Tak salahkan gadis itu, dia cuma fotokopi ibubapanya dari kasta berduit tetapi kekurangan dari sudut spiritual...nilai moral dan keagamaan mendidik kita agar punyai rasa rendah diri tdk angkuh dan megah dgn diri sendiri apa lagi dgn memandang hina kpd org lain hanya krn org itu lebih kekurangan. Gadis itu boleh cakap besar sekarang tapi akan datang belum tentu lg dia masih miliki kesenangan. Dunia bagai roda. Apa yg gadis itu harus diajar oleh papa mama dia ialah pabila maut menjemput dia tidak lebih mulia drpd pakcik yg langgar kereta papa, takda pakaian mahal perhiasan yg akan baluti tubuhmu kecuali kain putih serta kenderaanmu yg bawa ke liang lahad usungan keranda. Nilai dirimu gadis papa mama sama dgn pck kereta murah itu.

Mat Bon berkata...

Mengapa kita nak fokus kepada ayat-ayat sombong, sedangkan ada juga ayat-ayat yang menunjukkan gadis itu dan keluarganya 'tak sampai hati' nak minta ganti dari pakcik tersebut ;]. Mungkin anak gadis tu cuma kurang bijak memilih perkataan ...

Tanpa Nama berkata...

Murah di dunia tak apa .jangan murah diakhirat.

Tanpa Nama berkata...

Bawak kubor la nnti bila mati. Sekolah x habits mati nnti tanam skali ngan krete tu

Amiruddin Zainal berkata...

Kereta xpew... jgn harga diri 2 yg jadi murah.. igt la kita kt dunia hanya pinjaman.. harta benda,kesenangan dan kekayaan bukan milik bapa..sumer milik ALLAH SWT...

Tanpa Nama berkata...

ada juga kes yg keta blkg suka memandu terlalu rapat dgn kenderaan di dpn. inilah padahnya

Tanpa Nama berkata...

budak2 lagi ...
kita pun masa budak2 pun x matang, mungkin bkn menulis spt budak tu, tapi ada kes2 lain yg bila meningkat umur ni baru le kita sedar tak berapa ok sbb masih keanak2an & tak matang

Nasihat dgn berhemah & doakan dia . Allah sayang dia & kita sbb tu dia keluar kenyataan tu, so that ramai yg nasihat & doakan dia, & kita pula x rugi menasihati & doakan dia.

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti kebanyakan rakyat Malaysia hari ini, dari Menteri Perdana hingga kelas tadika. Didikan memandang rendah kepada yang kurang. Pernahkah kita didik anak-anak kita supaya memandang mulia kerja pesawah padi, dengan pakaian kotor balik dari sawahnya? Pada hal kerana kerja merekalah kita semua dapat makan nasi?
Tapi hari ini yang dipuja dan dipuji adalah artis yang menyumbang keruntuhan moral secara nyata.....

Tanpa Nama berkata...

Islam ada menyatakan jika baik hati maka baiklah akhlak dan jasad jika buruk atau busuknya hati maka buruklah akhlak dan perangai...sungguh malang nasib ibubapa gadis ini punya gadis yg buruk akhlak..harta di dunia tidak bisa membantu diakhlrat tp anak yg soleh yg mendoakan ibubapa bisa jadi bekalan di akhirat....

Tanpa Nama berkata...

kereta lu bangga tu beb suatu hari akan rosak dan berkarat juga dan kereta lu juga takkan dapat dibawa ke alam kubur untuk dienjoy melainkan ia dibawa ke alam kubur untuk dijadikan saksi kerana beli kereta menggunakan duit haram, for sure lu akan menderita kerana kereta lu bangga mengkhianat lu di akhirat kelak.

PemerhatiAnakMuda berkata...

budak2 kalau keluarkan statement mcm ne masih blh akal terima..cuma kurang rasa keadapan dan lemah sahsiah diri..tapi yg dah tua2 pun masih keluarkan kenyataan yg lebih teruk lagi dari ne,mmg tak boleh diterima akal..masih nak menongkah langit dgn rasa keegoan dan kesombongan yg tinggi..

Tanpa Nama berkata...

kurang akhlak....banggang diri,takabur,bangang...4 u budak...