23 Mei 2014

[BERGAMBAR] Pemuda UMNO Pamer Tindakan Barbarik. MCA Kecam Khairy


Ahli Pemuda Umno berkelakuan seperti samseng semasa protes, kata DAP

DAP mengutuk kelakuan sekumpulan ahli Pemuda Umno yang mengugut membakar ibu pejabat parti pembangkang itu, berkata mereka tidak berbeza berbanding "samseng".

Mereka juga menggesa parti Melayu dan pemimpinnya mengecam para ahlinya kerana "tindakan tidak bertamadun" dengan membuat ancaman itu dan memusnahkan papan tanda DAP yang memaparkan logonya.

Ia juga mahu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta maaf atas kelakuan ahli-ahlinya itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (gambar) berkata walaupun beliau menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka, cara Pemuda Umno lakukan adalah tidak sopan.

"Mereka seperti samseng dalam menyatakan pandangan mereka, ia kasar dan tidak berbeza dengan samseng.

"Ini sikap tipikal Pemuda Umno yang ganas, kurang ajar dan kasar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bersenjatakan sepanduk, lebih kurang 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan melakukan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur beberapa jam lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengugut membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa rusuhan itu memusnahkan papan tanda parti itu.

Polis berada di sana untuk memantau keadaan dan mengawal orang ramai daripada bersikap liar.

Para penunjuk perasaan mengutuk Ahli Dewan Undangan Seri Delima Pulau Pinang (DAP), RSN Rayer yang berkata "Umno Celaka" merujuk kepada parti Melayu pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Penggunaan perkataan beliau mencetuskan bantahan besar-besaran di Pulau Pinang juga, yang menyaksikan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dicerobohi buat pertama kali dalam sejarah semalam.

Loke menyeru semua ahli dan penyokong bertenang, menekankan bahawa mereka tidak akan turun ke peringkat Umno.

"Mereka cuba mewujudkan sebab dan berharap dapat memprovokasi kami tetapi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap mereka," katanya.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kedua-dua insiden dalam perhimpunan di Pulau Pinang dan ibu pejabat DAP menunjukkan Pemuda Umno sedang cuba mencari isu-isu dan membesar-besarkannya kepada mereka untuk mewujudkan huru-hara.

"Kelakuan biadab dan berbahaya seperti itu mesti dilihat secara serius oleh pihak polis dan perdana menteri.

"Mereka yang terlibat mesti dihukum. Perdana menteri mesti mengutuk kelakuan sedemikian bagi menunjukkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berbahaya seperti itu," katanya.

Ong berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap sayap Pemuda Umno kerana merosakkan harta benda.

"Saya menggesa Khairy Jamaluddin mengutuk tindakan tidak bertamadun itu," kata beliau merujuk kepada ketua belia sayap ini.

"Kami juga mahu pihak polis mengambil tindakan."

Beliau berkata selain ancaman, rusuhan juga menggunakan bahasa tidak bertamadun dan menjerit kepadanya dan kakitangan DAP yang berada di sana yang menerima memorandum mereka.

"Mereka juga tidak menyerahkan memorandum tetapi mengoyakkannya di depan saya dan mencampakkannya di muka saya.

"Selepas mengumpul sampul surat, saya hanya menemui separuh daripada memorandum mereka di dalam sampul surat," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mengawal keadaan. -TMI

Kawal ahli kamu, kata MCA pada Khairy

Pemuda MCA hari ini menegur rakan sejawatnya, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, supaya mengawal anggota pergerakan itu ekoran perhimpunan kontroversi mahu membakar ibu pejabat DAP semalam.

“Pemuda MCA mengutuk keras ancaman oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan untuk membakar ibu pejabat DAP, tindakan yang boleh mencederakan dan memakan korban nyawa.

“Kami gesa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk kawal dan tenangkan anggotanya,” kata Ketua Pemuda MCA Senator Chong Sin Woon.

Semalam, sekumpulan anggota Pemuda Umno mengadakan bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur kerana tidak puas hati dengan tindakan wakil rakyat DAP RSN Rayer yang menggelar pemimpin Umno celaka.

Selain ungkapan menghinanya, sebuah papan tanda besar DAP juga ditumbangkan.

Sebelum itu, dalam bantahan di DUN Pulau Pinang, sekumpulan peserta perhimpunan menceroboh DUN, memaksa usul tergempar diadakan dan ketua pembangkang negeri daripada Umno kemudiannya memohon maaf.

Dalam kenyataannya hari ini, Chong berkata, walaupun MCA dan DAP masing-masing bermusuh secara politik, “perlindungan terhadap demokrasi dan kestabilan mesti diutamakan”.

Katanya, mereka juga tidak setuju dengan kegagalan DAP memaksa Rayer menarik balik “penghinaannya” tetapi ia mestilah menggunakan peti undi dan bukannya melalui gangguan, kekasaran, kemusnahan harta benda dan ancaman keganasan.

Sementara itu, Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari membidas dan menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menarik balik kenyataan yang mengganggap tindakan Pemuda Umno itu sebagai satu reaksi semulajadi.

"Amatlah jelik apabila timbalan presiden Umno itu mengandaikan adalah mudah untuk memperbodoh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda dengan kenyataan sedemikian," katanya dalam satu kenyataan.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka itu dah melampau dan banyak lemak. Para pemimpin mereka yg berdiam diri juga harus dipersalahkan. Apakah tindakan pihak polis terhadap mereka?

Tanpa Nama berkata...

manusia akhir zaman

Tanpa Nama berkata...

Greenboc dan rakan rakan melayu dah paham kenapa selama ini cina malaysia tak percaya malayu islam? sila tengok perbuatan percakapn WIRA-WIRA UNMO, ISMA, PERKASA. Terima kasih kerana terbukit bahawa terbukti siapa yang racist, currupt.

Anti Fitnah berkata...

TPM kata depa bukan SAMSENG pun. Depa berbuat sedemikian kerana dihina. Inilah standard penilaian seorang TPM yang juga Menteri Pendidikan. Patutlah taraf pendidikan negara jatuh dengan teruknya. Kualiti universiti awam tempatan pun teruk di mata dunia tapi ada hati menyatakan bahawa penilaian tu bukan menunjukkan kualiti sebenar. PORAHHHHHHHHHHHHHH macam kerling yang menyamar Melayu. Inilah sebabnya UMNO digelar CELAKA. Memang PARIA UMNO ni. Kalau nak tahu, tanya Samy Vellu.

Tanpa Nama berkata...

Kenapa beb UMNO? Telingga sakitkah kena panggil UMNO CELAKA? Tulah orang suruh buat kerja tapi lu buat bodoh dgn rakyat maka rakyat pun marahlah beb. Ingat bukan rakyat malaysia shj panggil lu celaka, semua makhluk panggil lu celaka beb cuma lu shj tak dpt dengar.

Tanpa Nama berkata...

Ini semua supaya isu PANDA x di war-warkan

Anti Fitnah berkata...

Ingat aku akan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy tentang peserta bersih yang berdemonstrasi secara aman. Khairy menggelar peserta Bersih tu sebagai Beruk. La ni siapa yang beruk sebenarnya? Khairy tu BAPA BERUK yang membiarkan anak-anak BERUK berkeliaran.
Demonstrasi secara aman ... Beruk.
Yang ini kita nak panggil apa ya???????????? En Kahiry, tolong jawab. Celaka punya manausia paria ni.

Tanpa Nama berkata...

Bukti nyata yang mana negara akan hancur bila ditadbir oleh puak ini. Tidak ada undang-undang yang boleh dilaksanakan. Pasukan polis amat takut sehingga tiada telor untuk bertindak kepada kelompok ini. Rakyat marhaen menjadi mangsa ugutan dan ditindas.
Apakah nanti undang undang akan terletak ditangan masing-masing lantaran tidak dilaksanakan oleh pihak yang berwajib??????????