4 Mei 2014

Apa Perasaan Ibrahim Ali Jika Ada Buat Kenduri Jika Dia Dimasukkan Ke ICU Semula?


Ibrahim Ali buat kenduri jika Anwar masuk penjara

Selepas bertalu-talu mengkritik lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia, hari ini Datuk Ibrahim Ali mengalihkan sasarannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu mendoakan agar Anwar segera ke penjara dan akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya hasrat itu tercapai.

"Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara.

"Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa Himpunan Reformasi 2.0 di Kuching pada minggu lalu, Anwar yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan mahkamah dalam kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu berat sebelah.

Katanya, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.

"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah). Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.

"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," katanya.

Ibrahim berkata Anwar tanpa henti menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang bertanggungjawab memasukkannya ke penjara.

Katanya, selaku rakan yang sama-sama ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun pada 1974 bersama bekas timbalan perdana menteri itu, perawakannya tidak sukar dibaca.

"Tuduhan Anwar sama. Kerja Najib dan Rosmah hantar dia ke penjara. Dia dakwa dizalimi,konspirasi kedua, hakim tidak adil dan macam-macam.

"Anwar ingat Malaysia ini negara mak bapa dia yang dia boleh buat suka hati dan seolah-olah kebal daripada undang-undang. Semua orang tak betul, dia sahaja yang betul," katanya. –TMI


Mana Lebih Baik Untuk Malaysia, Ketiadaan Anwar Atau Ibrahim Ali?

Dalam usaha membodek dan mahu menunjukkan dirinya penting kepada perjuangan UMNO serta Najib Razak, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali meneruskan lagi serangannya terhadap Anwar Ibrahim. Mungkin barangkali kerana ampu dan bodek yang banyak dilakukannya sebelum ini masih belum mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Najib Razak serta Rosmah Mansor, maka kali ini bodekannya boleh dianggap paling "gila" dan mungkin hanya dua tiga orang saja dalam dunia ini yang sanggup melakukannya.

Apa tidaknya, kali ini beliau mendoakan agar Anwar, rakan lamanya yang sama-sama pernah merengkok di penjara Kamunting selama dua tahun, segera dimasukkan ke dalam penjara berkaitan kesalahan liwat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan dan hanya menunggu rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Tambah Ibrahim lagi, dengan Anwar merengkok di penjara ia adalah baik untuk negara ini kerana selama ini bekas Timbalan Perdana Menteri itu banyak menyusahkan pihak keselamatan negara.

"Saya bersyukur dan gembira jika Anwar dipenjarakan, lagi cepat di masuk lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara, juga baik untuk pihak keselamatan yang pening dengan karenah Anwar selama ini," katanya.

Selain itu, Ibrahim juga berkata, beliau turut akan mengadakan kenduri kesyukuran jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara keatas Anwar iaitu lima tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Dengan mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran mengenainya, tidak syak lagi tahap bodek dan ampunya kali ini boleh dianggap paling "gila" kerana orang yang didoakannya itu pernah menjadi kawan baiknya sebelum ini. Lebih-lebih lagi, Anwar pula bukanlah bermusuh secara langsung dengan beliau.

Musuh Anwar yang sebenar ialah Najib Razak dan Mahathir Mohamad. Jika Mahathir pernah memenjarakan Anwar adalah mungkin kerana faktor perebutan kuasa, Najib juga jika melakukannya adalah kerana hal yang sama. Ia tentulah boleh difahami tetapi apa hal pula Ibrahim sampai tergamak mendoakan Anwar segera ke penjara serta akan mengadakan kenduri kesyukuran pula kalau bukan untuk membodek dan mengampu Najib?

Apa untungnya kepada beliau jika Anwar dipenjarakan? Adakah beliau pasti jika Anwar ke penjara, doanya itu akan dihargai oleh Najib?

Benarkah jika Anwar ke penjara dan Malaysia tanpa Anwar Ibrahim, keadaan negara menjadi lebih baik? Atau mungkinkah tanpa pembangkang yang kuat yang diasaskan oleh Anwar selama ini, Najib dan barisan kepimpinan negara lebih bermaharajalela lagi merompak dan melanun kekayaan negara ini?

Dalam konteks yang lain pula, yang mana satu lebih baik untuk negara ini, tanpa Anwar atau tanpa Ibrahim Ali?

Apabila Ibrahim bersuara lagi untuk kali entah ke berapa menyerang Anwar sejak Najib menjadi Perdana Menteri, terutama mendoakan Anwar segera ke penjara, sebenarnya begitu banyak tanda soal bermain-main di kepala rakyat Malaysia, terutama yang mengenali bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Apa lagi yang dimahukannya daripada Najib dan apa lagi yang masih tidak cukup dalan hidupnya ketika usia emas sekarang ini?

Kepada yang tidak mengenali dan sekadar mengikuti pelbagai kenyataannya di media sebelum ini, ramai juga yang geleng kepala dengan perlakuannya itu serta tidak menganggapnya tidak wajar dilakukan oleh seseorang dalam berpolitik.

Sejak 1998, Anwar telah mengasaskan kebangkitan dan kesedaran kepada rakyat mengenai politik dan peri pentingnya sama-sama menyayangi negara ini. Melalui parti yang ditubuhkannya iaitu PKR serta berjaya menubuhkan gabungan yanf kuat bersama Pas dan DAP, keduduhan pembangkang menjadi paling kuat dalam sejarah negara.

Melalui kewujudan pembangkang yang kuat, amalan "check anda balance" terhadap kerajaan menjadi lebih berkesan. Banyak salah laku, penyelewengan, amalan rasuah dan seumpamanya telah didedahkan kepada umum dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada keadaan yang lebih baik dari segi pengurusan dan perbelanjaan wang negara.

Beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu pula telah mengalami pertukaran kerajaan negeri sejak Anwar mengasaskan reformasi rakyat dan ini juga memberi pengalaman kepada rakyat untuk menilai kerajaan manakah yang lebih baik dan akhirnya mana-mana kerajaan yang dipilih akan berusaha sebaik mungkin untuk mengutamakan kepentingan rakyat.


Sama ada karenah politik Anwar memening atau menyusahkan kerajaan, ia sebenarnya adalah ujian kepada ketegasan serta kebijaksanaan pemimpin yang sedang memegang kuasa. Bukankah negara kita cukup dengan segala undang-undang, akta dan peraturannya?

Jika beliau didapati bersalah dan melanggar mana-mana undang-undang, peraturan atau akta, gunakanlah peruntukan yang sudah tersedia itu. Tetapi jika pemimpin yang berkuasa takut untuk menggunakan kuasa terhadap Anwar, tidaklah wajar Ketua Pembangkang itu dipersalahkan dan dianggap banyak menyusahkan kerajaan. Ia adalah kelemahan pemimpin yang diberikan kuasa itu dan pemimpin seperti ini sudah sewajarnya ditumbangkan.

Ibrahim Ali pula, sejak mengenal perjuangan politik yang bermula melalui gerakan pelajar, telah terlibat dalam banyak wadah perjuangan. Bermula dengan Berjasa, kemudian menyertai UMNO, keluar UMNO masuk Semangat 46, kemudian masuk UMNO semula, meminjam tiket Pas pada pilihanraya 2008 dan kemudian mengisytiharkan diri sebagai wakil Bebas tapi mesra BN.

Sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas, beliau menubuhkan NGO Perkasa yang meletakkan agenda perjuangan Melayu sebagai landasannya bersuara. Namun dalam banyak hal, perjuangan Perkasa lebih banyak membela Perdana Menteri serta mempertahankan kekuasaan UMNO. Dalam pilihanraya 2013 lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas di Pasir Mas tetapi disokong oleh UMNO dan BN tetapi tewas.

Selain menjadi pemimpin yang paling banyak melompat dan mudah tidak puas dengan satu-satu wadah perjuangan, Ibrahim Ali juga kerap mengeluarkan kenyataan sensasi untuk menonjolkan dirinya. Daripada mahu mencium punggung Mahathir, membakar kitab Injil berbahasa Melayu, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, melakukan pelbagai serangan keterlaluan kepada Anwar dan lain-lain pemimpin pembangkang dan macam-macam lagi, beliau juga bolehlah dianggap pemimpin yang paling banyak bersuara dan mengeluarkan kenyataan.


Hampir setiap hari ada ada kenyataan, komen atau reaksinya yang boleh dibaca oleh rakyat negara ini.

Akhbar Utusan misalnya, umpama hilang seri jika diterbitkan tanpa ada berita mengenai Ibrahim Ali atau Perkasa.

Tetapi melalui banyak kenyataan yang dikeluarkannya atau parti yang disertainya, apakah jasa dan sumbangan Ibrahim Ali kepada negara ini? Bolehkah ada sesiapa yang boleh menyebut satu sumbangan besar Ibrahim Ali kepada negara? Antara Anwar dan Ibrahim Ali pula, siapakah yang paling berguna dan siapakah pula yang jika ketiadaannya lebik baik untuk negara ini?

Barangkali elok juga jika Merdeka Center atau Umcedel dapat membuat kaji selidik mengenainya dan mudah-mudahnya hasil dapatannya nanti akan membuatkan ada yang segera sedar diri. (SH 02/05/2014)
-shahbudindotcom


ULASAN GB

Sungguh dasyat perangai Ibrahim Ali sampai nak buat kenduri jika Anwar dipenjarakan semula.

Kita ingin bertanya kepadanya apa perasaannya jika ada orang (terutama mereka yang menentang sikap rasismanya) buat kenduri jika beliau dimasukkan ke ICU semula?

Itu sebab jangan terlalu cepat untuk bergembira jika musibah menimpa orang lain kerana orang yang sedemikian mungkin bakal menerima "hukuman" lebih berat ... terus ke ICU tanpa boleh makan, minum dan bercakap.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim tu jika tidak diwawancara oleh wartawan dia tak line untuk cakap. Apa hukum penulisan berita macam tuh sekiranya memang kita tahu ikut kelazimannya akan menimbulkan berbagai sangka dan tohmah.?

bro berkata...

Tuan tanya ibrahim ali eastern access bayar ke rm500000 yang dah dapat payment 16.6 juta dari kdn?

Tanpa Nama berkata...

Amin...mudah2an cepatlah dia masuk icu . lagi cepat dia masuk ICU lagi baik utk rakyat

Taosuotaosuo suo berkata...

Tak salah gue,dia ni lulusan bidang media/komunikasi satu masa dulu, lantas gunakan 'niche' yg masih Ada iaitu utusan untuk mencari pautan bagi mndapat sedikit publisiti itupun dgn mmbuat kenyataan2 yg djangka 'gempak'. Malang sekali krna tiada atau kurang manusiawi lantaran maut mungkin menjenguk pd bila2 masa. Bersama kita muhasabah.

Tanpa Nama berkata...

Ini worang buat batu basuuuu veraa dan kincingg tara sapaa hinggin laaaa.banyaaa geellliiii ooooo.

Tanpa Nama berkata...

Inilah gambaran perangai sebahagian orang melayu sebangsa dengan saya , yang entah di mana tahap imanya buat kerja terkutuk sama ada mengutuk, memfitnah, dengki dan tergamak menyantau.

Semuga segera bertaubat, baki umur dah tak banyak sebelum bercerai nyawa dari badan.

Rosli Abdul Wahab berkata...

Si katak murahan badut politic bertaraf longkang...tempat sesuai untuk dia bukan ICU tapi dlm kandang circus! !!..
Biadap...dan tak bermoral...tak layak jadi pemimpin. Ptuih...

Tanpa Nama berkata...

Ibrahim ali hanya satanding dgn katak2 di malaysia......terlalu jauh kalau dia nak tandingi anwar.....x layak pun jadi AP

Tanpa Nama berkata...

Buat kenduri arwah terus kat dia lagi baik...biar mati katak dia nie...

Tanpa Nama berkata...

aku lain lak, kalau ibrahim katak dipanah petir hingga kojol aku akan hantar pisang emas kat misjid krn itu saja yg aku mampu.

Tanpa Nama berkata...

Slagi x DPT jawatan Menteri slgi Tu dia melalak.PM senyum je tgk perangai brahim. Nk kata wakil parti PRu kalah.

Tanpa Nama berkata...

Dari segi cara orang Melayu nya memang kena kalau sudah tak suka. Dari segi akhlaq Islam , se berahim ni tak berakhlaq dan jauh dari ajaran Islam tu sendiri.

XUMNO berkata...

Doakan katak ni cepat mampos lagi baik. Kan ulamk ada kata, matinya seorang ulamak merupakan kerehatan baginya. dan mamposnya seorang hampeh macam dia ni, manusia yang hidup dapat rehat dan selesa dari perangai jahatnya.

Tanpa Nama berkata...

haha kita brdemo secara besr2an mcm GST sb kegembiraan sikatak tiba2 tumbg dtgh jln dn dimasukkn ke ICU. lps tu kta tya dia smula (klu brnwa)Ingt tk apa kamu brniat pd anuar jka msuk pnjara. skrg ini niat kmi pulk pda awak terimalh.

Tanpa Nama berkata...

Ibtahim ali nie merapu sebab x lepas lagi nazar.......
nazar nak cium punggung tun dr.m.
tun pon satu kasi ler cium......
kasi masa lepas berak jer tun
jilat jgn x jilat.....brahim

zamani berkata...

semuga allah mengampunkanya tapi rakyat mahu dia bisu dan terus masuk icu.

Tanpa Nama berkata...

lu tak suka, lu balik cina!

Tanpa Nama berkata...

Dah kalah dan rakyat tolak pun masih menyalak lagi...brahim brahim...apalah nasib kau...kaulah ahli politik paling huduh perangai yg pernah aku kenali di malaysia ni...

Tanpa Nama berkata...

Aku pun nak buat kenduri besaran2 kg aku kalu brahim katak masuk icu..amin!!

Nanti aku ajak JKKK sekali,lps kenduri baru bagitau tujuan kenduri kesyukuran.

Tanpa Nama berkata...

MasyaAllah...kita x digalakkan utk mendoakan yg x baik utk org Islam lain. Buat kenduri kesyukuran? Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Maafkanlah dia pasal tak berapa cerdik...Moga Allah jadikan dia lebih cerdik sebelum dia menutup mata....

KJ berkata...

BERAHIM SHUT UP.. JUST SHUT UP.

TAK FAHAM2 LA DIA NI

Tanpa Nama berkata...

Breheng tongong

Tanpa Nama berkata...

Sama sama kita doakan dia dapat balasan yang bakal menginsafkan nya dan membolehkan dia bertaubat. Yang ALLAH tunjukkan kekuasaan mu keatas manusia yang bernama Ibrahim ALi ini......

Tanpa Nama berkata...

Lu bagus tarik balik apa lu cakap beb sebelum doamu akan terkena pada diri lu sendiri beb. Kalau sudah terkena mr. Ibrahim silap hari ke tanah kubur terus beb untuk diinterview oleh malaikat. Time itulah nanti apa lu cakap akan terkena pada lu semula, itu pun belum lagi dicampur dengan duit rakyat yang telah lu makan yang bakal akan jadi saksi di alam kubur nanti. Bertaubatlah sebelum terlambat.