26 Apr 2014

Wan Azizah Jadi Mangsa Fitnah Melampau Blue Wave Army


PKR kecam berita gambar 'kafan' Wan Azizah

KUALA LUMPUR: PKR hari ini mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita gambar kononnya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah meninggal dunia semalam.

Gambar yang tersebar di Facebook dengan nama pemilik 'Blue Wave Army' itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih.

Sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad sambil diperhatikan orang ramai.

Kenyataan di Facebook itu juga menyebut Wan Azizah sebagai 'isteri kedua ketua pembangkang' dan menggelarkannya sebagai 'mujahidah bangsat'.

"Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama 'Blue Wave Army' yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam.

"AMKPP akan membuat laporan Polis bermula hari ini," kata ketuanya Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan kepada Harkahdaily.

Beliau turut mendesak pihak polis memandang serius perkara itu dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

"Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, AMKPP menggesa PDRM melakukan tindakan pantas yang serupa.

"Buktikan bahawa PDRM tidak melakukan langkah pencegahan terpilih dalam memerangi jenayah," katanya. -HD



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MOGA MOGA YANG BUAT FITNAH INI AKAN MAMPOS MCAM BABI MAMPOS

Amuraria berkata...

macai haramjadah dajjal perosak karat birupunya kerja ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

bior lor brapa byk org mftnah busuk hati kat kita pahala tuh tempat kita..dan Allah maha mengetahu dan maha megetahu yg mana benar dan org2 yang terinaya..

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah, turunkanlah bala bencana ke atas individu-individu yang terlibat dalam fitnah ini dan laknatkanlah ke tas mereka selagi mereka belum insaf..Amin.

Tanpa Nama berkata...

Aamiin

Tanpa Nama berkata...

Nak tengok polis cekap dan pantas ke dak utk menahan si penyebar fitnah ni. ..
Kalau dulu kena kat Rosmah...1-2 hari ja dia org boleh betesjan kerja....ni nak tengok mcmana pulak kalau dipihak paangkang yg terang2 diaibkan

Tanpa Nama berkata...

kita cabar pis tengoklah jika mereka berlaku adil atau main wayang je....matmaslan goblok ha.ya pentingkan kemahuan pemimpin2 bonggok....

cot5695 berkata...

Polis perlu ambil tindakan terhadap blogger tersebut, jgn pilih kasih kalau benar amanah dlm menjalankan tugas.

Rosli Abdul Wahab berkata...

Ini kerja orang jahil!! Biadap dan bodoh hasil didikan UMNO selama lebih 50 tahun.
Mentality Jahiliah...

Reezrich berkata...

Tak payah nk report polis, diorg tgh sibuk jaga obomba...