9 Apr 2014

[TERKINI KES RABA] Polis Sudah Buka Kertas Siasatan, Cuma Belum Panggil Izzi

Pensyarah belum dipanggil bantu siasatan

ARAU - Polis belum memanggil pensyarah yang didakwa mencabul seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, siasatan masih diteruskan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, denda atau boleh dikenakan sebatan atau kedua-duanya.

"Setakat ini kita hanya mengambil keterangan daripada pelajar berkenaan. Bagaimanapun siasatan lanjut akan dijalankan," katanya.

Terdahulu, pelajar perempuan itu mendakwa terpaksa merelakan dirinya menjadi mangsa cabul pensyarah kerana bimbang digagalkan dalam subjek berkenaan.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah yang juga pakar motivasi untuk mengulang kaji.

Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke biliknya sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa.

Mangsa seterusnya mendakwa dicabul kehormatan termasuk diramas payudaranya oleh pensyarah itu. Mangsa didekati suspek dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali. -SH



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah seorang drp yang ramai2

Tanpa Nama berkata...

Renung-renungkanlah selamat tutup kes orang kuat UMNO

Tanpa Nama berkata...

in response to Kalau budak itu buat fitnah, tak layak pun digelar mangsa. Cuba masa polis siasat nanti minta slip result semua semester dia, kalau result cemerlang3 ponter itu ok. Tapi kalau ok, napa pensyarah panggil jumpa dan ada 2 lagi kawannya di situ? Oh ya tak ya, kalau result dia ok, yg dia pergi juga ke bilik pensyarah tu buat apa? Kenapa ramai yg lain tak dipanggil pergi jumpa ek? Ini mesti kes malas belajar atau otak lembab. Kawan saing semua akan grad sem ni, next sem kalau ripit tadak kawan saing semua junior. Kalau dia fail, dah ada kambing hitam. My sis is also a UiTM lecturer Arau campus. Think outside of the box..

Ko pun bodo ni bkn masalah pointer ke repeat!semua student nak kep.yg baik demi harapan mak bapak.mana sangka simangkok tu nak ambil kesempatan.dan biasanya student selalu hormat pd pensyarah.tak kan lps dia raba nak cerita dgn sis lu dan satu kampus.lu jaga2 silap2 sis lu pun nanti kn raba dgn mangkok ni!

Tanpa Nama berkata...

in response to Kalau awak pula dituduh mencabul padahal awak tak buat, apa pula tindakan awak untuk menjawab tohmahan publik? Senang je kalau ada remaja perempuan pegi balai buat repot tuduh awak cabul dia, yg tidak berlaku pun, bagaimana anda rasakan. Dia cedera pun tidak, hanya buat tuduhan cabul yg tiada kesan fizikal untuk ditunjukkan, macam mana awak menghadapinya. Dia syokkan awak, tapi awak tak tahu dan tidak melayannya. Kalau ikutkan kronologi laporannya, ini sebenarnya ada masalah psiko budak tu. Kena sawan demam periksa, fikirannya jadi tak stabil. Tamparan wanita hmmm, contohnya sampaikan Najib pun takut pd Rosmah!

Ko ingat org perempuan tak rasa malu ke buat laporan polis yg menjatuhkan maruah mereka sbg insan terpelajar dan msh muda.kalo gro buat laporan org tak ambil kisah pun.

Tanpa Nama berkata...

Aduh bhai, cerita kat atas sembang pasal budak kena raba..buka pasal budak tu kena repeat...kayu ubi laa...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya sikap dia ni sudah terserlah masa uitm dungun lagi....dah lama student maklum.