29 Apr 2014

Sah Utusan Akhbar Pemfitnah, Mohon Maaf & Bayar Gantirugi Kepada KGT


Fitnah KGT: Utusan mohon maaf, bayar gantirugi

KOTA BHARU: Selain memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.

Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed.

Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut.

Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.

Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.

Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti” dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.

Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.

Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.

Plaintif (KGT) diwakili peguam Zainal Abidin Mustaffa.

Sebelum ini defenden keempat kes terbabit, Nik Mahani memohon maaf kepada KGT kerana memberi maklumat tidak benar berkaitan agensi itu kepada Utusan Melayu. - HD



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


8 ulasan:

Awanama berkata...

Siapa sebenarnya Nik Mahani Mohamed yg menjadi defendan ke4?

Amuraria berkata...

barau-barua pemfitnah dapat balasan ,ABU !

Awanama berkata...

Setahun dua lagi tu tutuplah Utusan Meloya nie. Mana nak larat bayar saman dah. Itulah fitnah org sgt.


Sykadeer

Awanama berkata...

Kalau UMNO/BN yg masih memerentah Malaysia ini Utusan tidak akan ditutup. Utusan adalah lidah UMNO/BN kalau lidah dah putus hancurlah UMNO/BN harapkan TV 3/4 lah pula buat fitnah itu pun dah terok kalah saman dengan pembangkang. Doakan UMNO/BN kalah dan akan tutup lah akhbar Utusan itu. Pembangkang misti ada akhbar mereka sendiri kalau dah jadi pemerentah Malayisa.

Awanama berkata...

Ramai yg salah pandangan mengenai ganti rugi dan mohon maaf. Perkiraan telah dibuat kalau memfitnah Utusan kena bayar lebih kurang dlm RM50 ribu. Diantara bayar RM50 ribu dengan kesan memfitnah pada waktu2 yg kritikal dlm percaturan politik semasa, biar kena bayar. Sebabnya kalau kena bayar pun mungkin 3 atau 4 bulan selepas tarikh memfitnah. Pada waktu membuat fitnah 1 Malaya yg membaca Utusan percaya pada berita tu dimana keuntungan memfitnah itu diperolehi pada waktu yg disasarkan, contoh 1 hari sebelum hari pengundian. Apabila fitnah itu diketahui umum kira tak berguna lagi kerana rakyat sudah pun mengundi. Apalah sangat RM50 ribu berbanding dengan hasil fitnah.

bnbiul berkata...

Kepada sesiapa rakyat malaysia yg mengundi umno bn mereka adalah kaki fitnah . Bahawasanya penfitnah amat beratlah siksaan nya diakhirat kelak dan kepada mufti umno bn tu yg bersengkokol dgn dajjal fitnah tanpa ada usaha nak bertaubat renongkanlah beb api neraka jahannam.

Awanama berkata...

Mereka nak menang pilihanraya, 'at any cost', buat apa saja. Berapa sangatla Kos memfitnah....jika dibandingkan dgn kemenangan dalam p/raya?

Awanama berkata...

Rsnya selagi umno pegang utusan ni, x de nye diorg ni nk insaf. x pernah serik pon. heran la,penulis2 kt utusan ni x takut tuhan ke?? asyik fitnah je kejenye..