19 Apr 2014

[MH370] Hampa lagi, Tompokan Minyak BUKAN Daripada Pesawat MH370


MH370: Analisis Awal Sahkan Tompokan Minyak Bukan Daripada Pesawat

PERTH - Tompokan minyak dikesan Ahad lepas oleh kapal pertahanan Australia Ocean Shield di selatan Lautan Hindi, kawasan pencarian pesawat Malaysia yang hilang, BUKAN minyak pesawat atau cecair hidraulik.

Ketua Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, yang menyelia operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370, berkata perkara itu disahkan berdasarkan analisis awal ke atas sampel yang diambil di kawasan pencarian, yang tiba di Perth pagi Khamis.

Isnin lepas, Angus dalam satu sidang media bahawa tompokan minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan isyarat 'ping' yang dikesan sebelum ini oleh alat pengesan pinger ditunda yang digunakan oleh kapal Ocean Shield.

Dua liter tompokan minyak itu diambil sebagai sampel.

Dalam perkembangan berkaitan, JACC berkata hasil penilaian oleh Phoenix International dengan bantuan Bluefin Robotics mendapati wujud risiko kecil tetapi pada tahap boleh diterima bagi penggunaan Kenderaan Dalam Air Automatik (AUV) dikenali Bluefin-21, pada kedalaman melebihi 4,500 meter.

"Peluasan parameter operasi membolehkan Bluefin-21 melakukan pencarian di dasar laut pada had yang dijangkakan di kawasan pencarian ketika ini," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Phoenix International yang berpangkalan di Amerika Syarikat adalah pemilik dan pengeluar Bluefin-21 dan Bluefin Robotics.

JACC juga menafikan laporan beberapa syarikat media sebelum ini bahawa Bluefin-21 akan mengambil masa antara enam minggu hingga dua bulan untuk mengimbas seluruh kawasan pencarian, sambil menegaskan bahawa kenyataan itu tidak betul.

Bluefin-21, alat pengesan dilengkapi sonar yang menggunakan bunyi akustik dan peta 3D untuk mengimbas kawasan dasar laut, digerakkan tiga kali sehari bagi pencarian dalam air sejak pertama kali digunakan Isnin lepas.

Bagaimanapun, data dicerap daripada dua misi sebelum ini tidak menemui apa-apa setakat ini.

Alat itu dikerahkan dengan harapan dapat mengesan serpihan pesawat di dasar laut, susulan tiada lagi isyarat diperolehi oleh alat pengesan pinger yang ditunda itu sejak 8 April. -BERNAMA

IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pulak yang hendak di sandiwarakan selepas ni. Kalau MH370 mendarat di antartika sekalipun pasti akan dicari. Masalahnya 300 juta dah habis sapa nak bayar. Semalam Ketua Polis Negara mengumukkan akan mengada sekatan jalanraya untuk pemeriksaan; tinted, tali pinggang, sport rim, plate carbon fiber, hella flush, mykad. Rakyat juga yang kena bayar. Operasi bermula hari ini. Sabtu.

Tanpa Nama berkata...

Wayang kulit telah dipermainkan oleh tok dalang.

Tanpa Nama berkata...

Cerita MH370 berakhir diLautan Hindi hanyalah mitos Barat tuntuk mempermainkan negara paria.

Kelemahan dan tiada pertanggungjawapan kabinet dan tentera Malaysia menjerumus Malaysia kepada kehinaan.

Tanpa Nama berkata...

mula-mula kata ada ping, kemudian kata ping takde kaitan dengan black box MH370.
kemudian kata ada minyak, kemudian ddiapati minyak takde kaitan dengan MH370.

Walau apa pun juga baik ping atau minyak atau yang lebih penting black box,rakyat akan tanya mana bangkai pesawat? Kalau ada bangkai pesawat barulah boleh kaitkan dengan semua benda tadi.

Sebab bangkai takda maka pihak yang kata "ada ping, ada minyak, ada black box" terpaksa scrap idea tipu mereka.

Kalau jumpa black box tapi takde bangkai, (debris pun takde) nampak lagi kuat tipu.