9 Apr 2014

Macai UMNO Teruskan Agenda Timbulkan Ketegangan Kaum Dengan Memfitnah Tian Chua


Tian Chua nafi keluar kenyataan perkauman ‘bazir air hari Jumaat’

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman seperti didakwa laman Facebook "Anti DAP Club" baru-baru ini.

Chua, yang lebih dikenali Tian Chua, dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini menegaskan, pihaknya menerima gambar yang dimuat naik ke laman Facebook pihak tersebut dan tertera perkataan: "Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan harga air adalah keputusan yang amat tepat. Ini kerana sebelum ini rakyat terlalu banyak melakukan pembaziran terutamanya pada hari Jumaat.”

Kenyataan itu dilihat cuba menimbulkan kemarahan umat Islam kerana hari Jumaat adalah hari untuk penganut Islam menunaikan solat Jumaat di mana air digunakan untuk mengambil wuduk.

"Kenyataan itu bukan saya yang keluarkan," katanya.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu itu berkata, Anti DAP Club sengaja mengeluarkan khabar angin seperti itu bagi mencetuskan permusuhan agama dan kaum di negara ini.

"Saya memberi amaran agar mereka tidak menimbulkan isu perkauman melalui Facebook atau laman media sosial.

"Kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mencabar keamanan kita," katanya.

Sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan keamanan dan keharmonian Malaysia tidak akan tercapai selagi wujud kumpulan sedemikian, kata Tian Chua.

"Bagaimana kita mahu mencapai matlamat itu sekiranya kumpulan seperti Anti DAP Club berterusan menimbulkan ketegangan agama dan kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan," katanya.

"Jangan timbulkan ketegangan kaum dan agama kerana kesannya teramat buruk." – 8 April, 2014. -TMI



5 ulasan:

abuamir berkata...

Puak2 laknat ni kebal dan ada bapak samseng dok pertahankan mereka. Sebab itu kerja mereka menghasut melayu dan perkauman. Spt kata bekas KM Sarawak, umno itu rasis.

Kerja dok fitnah org 24 jam, kalau tak fitnah tak boleh tidur malam agaknya. Bila kena kat pembangkang langsung tiada tindakan tetapi kalau pemimpin umno tengah2 malam pun mereka cari.

Pemimpin umno suci dan maksum???

Amuraria berkata...

bila spesis belaan 'NFC' tiada modal ! ABU !

Anti Fitnah berkata...

Bagi UMNO, fitnah tu ibarat darah daging depa. Depa bukan fitnah pada musuh malahan kepada geng depa sendiri.
Agama Islam, hanya sebagai kulit untuk menghalalkan cara depa sahaja manakala isinya sebiji macam babi. Babi pun lebih mulia daripada puak laknatullah ni.
Memang HARAMJADAH puak ni. Kalau tak makan benda HARAM, tak buat benda HARAM, tak sokong benda HARAM, ... maka itu bukan UMNO namanya. UMNO dengan HARAMJADAH ...seiring sejalan.

Tanpa Nama berkata...

Dimana salahnya penggunaan air berlebihan pd jummat dan kenapa dikaitkan dgn org melayu pula? Pd hari jumaatlah semua kaum menggunakan air lebih drp hari yg lain, sbb nak basuh pakaian termasuklah unifom sekolah, basuh kreta dll aktibiti. Jelas di sini, UMNO hanya berusaha untuk mencetuskan perbalahan antara kaum.

zena arab berkata...

Bersama2 lah kita berdoa supaya anak cucu kita tidak tergolong dlm kumpulan umno/bn(yg dimurkai Allah)