17 Apr 2014

Hina Gambar Mayat Karpal Singh Dedah Mentaliti & Akhlak Rendah MP UMNO BN


Ahli Parlimen BN Langkawi hina gambar mayat Karpal Singh

Tatkala ahli-ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang bersedih dengan kematian bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menghina mayat pemimpin veteran pembangkang itu di laman Facebooknya.

Sambil memuatkan gambar mayat Karpal dan menyiarkan keratan akhbar penentangan pemimpin itu terhadap hukum hudud, Nawawi mengeluarkan kenyataan yang memperlekehkan pemimpin itu.

"Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh? Sila bagi nama he he," tulis Nawawi di akaun Facebook ‘Dato Ir Nawawi Ahmad’ merujuk kepada keratan akhbar bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu - Karpal Singh".

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam reaksinya terhadap sesetengah pihak yang tidak menghormati jenazah Karpal meminta semua pihak menunjukkan nilai baik Islam dengan menghormati seseorang yang sudah meninggal dunia.

"Inilah ketinggian akhlak dan budi yang menjadikan Islam itu dihormati. Kegagalan untuk menampilkan akhlak yang baik inilah yang menimbulkan prasangka manusia terhadap Islam dan sekali gus mereka membenci umatnya," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Selain itu, Nawawi yang juga ahli Umno turut menulis
tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

Tulisan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh.

"Anwar berahim mesti lega bila orang yang arah 'anwar ibrahim harus bertaubat' sudah tiada," tulis Nawawi.

Mohd Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, umat Islam perlu memikirkan sebab mengapa seseorang bukan Islam menolak sesuatu berkaitan Islam.

"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukan semestinya dia membenci Islam.

"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun atas nama akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya," kata Mohd Asri.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor itu maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira jam 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah pembantu peribadinya, Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami cedera parah.

Karpal yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. -TMI


IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


15 ulasan:

Amuraria berkata...

bila pecacai kuat ampu otak spesis nfc ber'facebook' ,mana nilai akal islam nya ? ABU !

kenakencingdenganumnoapco berkata...

Kat Terengganu pon UMNO kecut perut nak laksana HUDUD, nak berhujah pon dah tercirit dalam seluar. Ini baru DUN. Parlimen siapa berkuasa?

Kalau nak lulus undang2 hudud bukan susah... Umum aje dalam dewan dan undi sebulat suara macam GST. MCA MIC dan puak2 sewaktu tu kan lebih MELAYU dari DAP dan Keadilan.

Buat aje lah .. jangan dok belit merata.

Awanama berkata...

Walaupun dia bukan Islam,apa hak kita menghina dia sebab dia juga makhluk Allah.

Awanama berkata...

Beginikah cara UMNO hendak meninggikan syiar Islam? Jika pemimpin atasan UMNO ada rasa tanggungjawab, sila ambil tindakan kpd Dato Ir Nawawi Ahmad tanpa gentar. Jika langkah ini diambil, adalah juga memperlihatkan sedikit ketelusan UMNO menilai Islam. Persoalannya, ada beranikah?

Awanama berkata...

Bodo btul org umno ni.. apa nak kecoh mendiang karpal menentang hudud.. dia bkn org islam.. yg puak umno terenganu tolak usul hudud dlm dun apsal tak kecoh.. dh la bodo munafik plak tu..

Awanama berkata...

yg enggan melaksanakan hukum hudud ni setahu aku ialah parti syaitan iaitu parti barisan nasional a.k.a umngok....pastu difitnah dan tuduh dap pulak yg x mahu hukum islam dilaksanakan...di parlimen berapa bnyk melayu yg ada? kalau hukum ALLAH di buat main2..maka balasannya...turun la bala di negara kita ini...yg baik kena,yg jahat pun kena....

Awanama berkata...

Kurang ajar dan biadap memang sikap semulajadi yang mkemang ada di dalam diri ahli ahli UMNO...memang tidak dapat di nafikann lagi...

Awanama berkata...

Ir should be smart enough to say something! Shame on you.......!

opisboi berkata...

bila sepecis otak burung unta dilantik memegang amanah inilah jadinya

Awanama berkata...

Dalam kegawatan api perkauman sekarang. Harap bukan Islam dapat bezakan Orang Melayu Islam.

Orang Melayu yang berusaha mengamalkan Islam dan Orang Melayu yang mempergunakan Islam.

Awanama berkata...

Stupid YB..

Awanama berkata...

Stupid people say stupid things.

Awanama berkata...

mcm ni ke pemimpin..?? memalukan...

Awanama berkata...

Bagaimana dia nak tinggikan agama Islam sedangkan dia munafiq,

Narrated `Abdur Rahman bin Abi Laila:

Sahl bin Hunaif and Qais bin Sa`d were sitting in the city of Al-Qadisiya. A funeral procession passed in front of them and they stood up. They were told that funeral procession was of one of the inhabitants of the land i.e. of a non-believer, under the protection of Muslims. They said, "A funeral procession passed in front of the Prophet (ﷺ) and he stood up. When he was told that it was the coffin of a Jew, he said, "Is it not a living being (soul)?"
حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُرَّةَ، قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى، قَالَ كَانَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ وَقَيْسُ بْنُ سَعْدٍ قَاعِدَيْنِ بِالْقَادِسِيَّةِ، فَمَرُّوا عَلَيْهِمَا بِجَنَازَةٍ فَقَامَا‏.‏ فَقِيلَ لَهُمَا إِنَّهَا مِنْ أَهْلِ الأَرْضِ، أَىْ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ فَقَالاَ إِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَرَّتْ بِهِ جَنَازَةٌ فَقَامَ فَقِيلَ لَهُ إِنَّهَا جَنَازَةُ يَهُودِيٍّ‏.‏ فَقَالَ ‏ "‏ أَلَيْسَتْ نَفْسًا ‏"‏‏.‏ وَقَالَ أَبُو حَمْزَةَ عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ عَمْرٍو، عَنِ ابْنِ أَبِي لَيْلَى، قَالَ كُنْتُ مَعَ قَيْسٍ وَسَهْلٍ ـ رضى الله عنهما ـ فَقَالاَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم‏.‏ وَقَالَ زَكَرِيَّاءُ عَنِ الشَّعْبِيِّ عَنِ ابْنِ أَبِي لَيْلَى كَانَ أَبُو مَسْعُودٍ وَقَيْسٌ يَقُومَانِ لِلْجِنَازَةِ‏.‏

Reference : Sahih al-Bukhari 1312, 1313
In-book reference : Book 23, Hadith 71
USC-MSA web (English) reference : Vol. 2, Book 23, Hadith 399
(deprecated numbering scheme)
Permalink | Report Error

Awanama berkata...

I tot they always say Allah maha penyayang.Nawawi tak tau ke.U tada sembayang ka? Tak pegi sekolah kot.