25 Apr 2014

[BERGAMBAR] IKTIBAR - Jenazah Haslianatul Azlin Tersenyum & Kuburnya Bercahaya


Subhanallah... Satu keajaiban telah berlaku di Tanah Perkuburan Changkat Jering apabila seorang Jenazah Wanita yang hendak dikebumikan dikatakan bercahaya.

Jenazah Wanita bernama Haslinatul Adzlin itu berasal dari Taman Seri Dermawan, Ipoh Perak meninggal dunia pada 20 April 2014 lalu berpunca daripada kanser payudara.

Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAHAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.

Malah gambar wajah Allahyarham Haslinatul kelihatan tenang, berseri-seri dan seakan senyum selepas dimandi dan dikafankan.

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin juga ia adalah ganjaran yang diterima untuk apa yang beliau lakukan ketika hidupnya.

Sebagai umat Islam, semoga kita mendapat sedikit iktibar daripada gambar-gambar ini dan kita doakan Allahyarhamah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. -Al-Fatihah.





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Amuraria berkata...

Allahu Akhbar !

Tanpa Nama berkata...

sunggoh beruntong insan ini,apalah amalan semasa hayatnya.al-fatihah,amin.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah itu rezeki Allahyarhamah. Jarang sekali pembalasan dari Allah ditunjukkan di dunia kecuali mereka yang terpilih sahaja.Bersyukur dan berdoalah agar kita juga mendapat rezeki seperti beliau. Allah maha adil dan maha mengetahui. Allahuakbar.

Tanpa Nama berkata...

Bertuah juga pada mereka yang telah menguruskan Jenazah Arwah

nordin omor berkata...

Allah Maha Besar.Ketentuan dariNya kepada HambaNya.Doakan kesejahteraan ke atas rohnya.Amin.

Tanpa Nama berkata...

SUBHANALLAH...ALLAH HUAKBAR