15 Apr 2014

AIU Ditutup, Satu Pengajaran Buat Syed Bukhary


Kementerian Pendidikan menyatakan mereka sudah menerima surat penutupan operasi daripada Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh ketika ditemui sebentar tadi tidak dapat menjelaskan punca sehingga membawa kepada penutupan operasi universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary itu.

Idris berkata, pihaknya kini sedang memantau supaya kebajikan pelajar dan kakitangan universiti berkenaan mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, pihaknya sedang melakukan tinjauan dan perbincangan dengan pihak universiti itu terutama membabitkan masa depan pelajar dan kebajikan kakitangan termasuk pensyarahnya.

“Apa lebih mustahak nasib setiap pelajar dan pensyarah mendapat pembelaan.

“Semua pelajar akan ditempatkan ke universiti lain berdasarkan kursus diambil,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan sumbangan dana pendidikan Persatuan Alumni UiTM di sini sebentar tadi.

 
Difahamkan seramai 600 pelajar kebanyakannya pelajar antarabangsa sedang mengikuti pengajian di universiti berkenaan. -Bernama


Universiti Albukhary ditutup mulai bulan ni

Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.

Pegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata kepada The Malaysian Insider, 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai esok.

"Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian (pendidikan) untuk tutup.

"Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian," katanya.

Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.

Universiti berkenaan menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Semua programnya diluluskan kementerian melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.

Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.

Malah, universiti itu juga menututp tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera "ditutup untuk penyelenggaraan." Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.

Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.

"Kami tidak mempunyai masalah kewangan," katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.

Fokus utama institusi pendidikan itu menurutnya adalah keutamaan penuntut.

Pelajar juga menurutnya membuat rungutan berkenaan program dan pengasas universiti (Syed Mokhtar) yang mahukan para pelajar tamat pengajian dengan ijazah yang baik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

"Pelajar tidak begitu gembira. Namun bukan itu punca utama kami memindahkan mereka dan menutup universiti.

"Kami berharap mereka akan menamatkan pengajian daripada universiti dengan standard yang tinggi," katanya.

Berkenaan rungutan pelajar yang ingin menamatkan pengajian di AiU sebelum institusi itu ditutup, beliau berkata, penuntut berkenaan tidak akan mendapat manfaat daripada universiti yang tidak lagi beroperasi.

"Bukan kami mahu cuci tangan dan melepaskan diri daripada tanggungjawab. Kami cuba yang terbaik bagi membantu pelajar.

"Kakitangan pentadbiran dan akademik turut kehilangan pekerjaan apabila universiti ditutup," katanya.

"Risiko kehilangan pekerjaan tetap ada dalam sektor swasta. Kami kakitangan pengajar, membantu mengedarkan resume mereka," katanya.

Beliau turut berkata, tuduhan berkenaan pelajar dipaksa menandatangani perjanjian baru untuk biasiswa adalah demi kebaikan pengajian pelajar.

"Ada klausa yang mengatakan pelajar perlu meningkatkan keputusan mereka setiap semester. Menjelang semester akhir, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.5 gred purata keseluruhan.

"Perjanjian sebelum ini hanya mengatakan mereka perlu mendapat melebihi 2.0. Kami tidak mahu biasiswa disalahguna.

"Mereka masih menerima biasiswa. Kami mahu mereka belajar untuk mendapatkan gred terbaik. Sebahagian daripada 60% penuntut kami bagus. Mereka mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi," katanya.

Seorang profesor institusi itu menggelarkannya sebagai "serabut" dan menimbulkan keadaan tidak pasti di kalangan pelajarnya.

"Tidak ada hitam putih untuk menjelaskan perkara itu. Tiada alasan yang diberikan," katanya.

Beliau berkata kepada The Malaysian Insider, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengatakan pelajar seharusnya diberikan kalendar setahun untuk menyiapkan diri sekiranya mereka diminta berpindah disebabkan universiti ditutup.

"Di sini mereka diberi tempoh dua atau tiga bulan. Mereka risau. Mereka tidak tahu apa nak buat.

"Sekarang mereka memindahkan kredit sesuka hati, dan berkemungkinan terpaksa memanjangkan tempoh pengajian.

"Mereka juga diminta menandatangani perjanjian baru bagi biasiswa. Mereka tidak faham bahasa perundangan dan kini ada klausa mengatakan mereka perlu membayar semula biasiswa jika melanggar mana-mana syarat.

"Inikah institusi pendidikan amal jariah? Mereka datang daripada keluarga susah dan berharap beroleh ijazah," katanya.

Seorang pelajar yang enggan mendedahkan identitinya berkata, 90% pelajar sangat tertekan kerana mereka perlu menukar universiti.

Beliau berkata, kebanyakan pelajar tidak pasti dengan perjanjian baru itu, namun sebahagian 230 orang daripada mereka menandatangani perjanjian baru pada Khamis.

Mereka antara kumpulan awal yang akan dipindahkan esok (Ahad) ke Universiti Asia Pasifik di Kuala Lumpur, katanya.

"Kami tidak pasti universiti mana kami akan pergi, namun jika diberi pilihan saya enggan berpindah," katanya.

Beliau berkata terdapat banyak rasa tidak puas hati antara mereka sejak mengetahui penutupan universiti berkenaan tiga bulan lalu.

"Mereka juga kata perjanjian biasiswa kami terdahulu terbatal dan perlu menandatangani perjanjian baharu.

"Perjanjian baharu itu ditulis dengan bahasa yang sukar tanpa kepala surat atau logo, dan pelajar diberitahu yayasan boleh menukar perjanjian dan menuntut pembayaran.

"Kami hanya berada di bawah belas ihsan mereka," katanya.

Menurut pelajar terbabit, setiap seorang daripada mereka menerima RM66,000 daripada yayasan bagi tujuan pelajaran, elaun dan dana membeli keperluan seperti komputer dan buku.

Sementara itu, ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, penting untuk mengetahui apa yang berlaku.

"Tiada pihak mengetahui apa yang berlaku. Saya bertanyakan di Dewan Rakyat tapi tiada jawapan.

"Penting untuk kita tahu kerana ia amal jariah yang membantu pelajar miskin dan membawa nama Albukhary," katanya.

Yayasan Albukhary diasaskan pada 1996 atas prinsip taqwa dan ihsan.

Yayasan itu mula mendapat perhatian apabila membantu orang Islam dan komuniti terpinggir akibat kemiskinan, perang dan bencana alam termasuk mempromosi kebudayaan Islam dan biasiswa bagi orang Islam dan bukan Islam.
_TMI



Anwar: Penstrukturan Bernas untungkan Syed Mokhtar, kroni

KUALA LUMPUR 29 Nov: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sekiranya penstrukturan semula Bernas di Bursa Malaysia sebagai langkah untuk membahagikan semula pegangan saham kepada kroni kerajaan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa penyahsenaraian itu bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula.

Menurut Anwar, pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Adakah penstrukturan semula ini bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta?,” soalnya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Anwar, walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang agak tinggi ketika penyenaraian semula, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan pemegang saham minoriti yang mempunyai hubungan dengan kerajaan bakal mendapat habuan lebih besar.

“Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi.

“Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan.

“Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. Harapkan pagar, pagar makan padi,” ujarnya.

Katanya lagi, Ismail sebelum ini menyatakan pembelian gula mentah melalui kontrak jangka panjang pada Januari 2012 pada harga USD 0.26/lb adalah “satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan”.

“Namun, selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil ‘kebijaksanaan’ pihaknya, kerajaan kemudian menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014,” ujarnya.

Katanya, setakat ini masih belum ada jaminan tegas daripada kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini.

“Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5 peratus, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini yang dianggarkan bernilai RM 50 juta tanpa penambahan bebanan kewangan?

“Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini,” ujarnya.
-KD


ULASAN GB

Demikian Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Pertamanya, Syed Bukhary, anda mungkin gembira kerana telah banyak memperolehi keuntungan daripada pembolotan kekayaan kerana menjadi kroni UMNO. Rakyat marhaen terpaksa menanggung kos yang tinggi terhadap bahan keperluan seperti gula dan beras kerana "membantu" anda menjadi lebih kaya.

Walaupun pun Al-Bukhary kaya-raya, tetapi Allah Maha Kaya. Anda tidak akan dapat menguasai kesemuanya. Kekayaan yang disebabkan oleh kronisma tidak akan mempunyai keberkatannya. Justeru itu, ada "kos" lain yang ditanngung oleh Bukhary - universitinya ditutup dan ia merupakan satu tamparan dan pencemaran terhadap namanya sendiri.

Keduanya, kita hairan, apabila UNISEL kerugian RM37 juta, hiruk-pikuk para macai UMNO mengkritik kerajaan PR Selangor. Tetapi apabila Universiti Syed Al-Bukhary DITUTUP, mereka tiba-tiba menjadi batu dan diam membisu...




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


8 ulasan:

abuamir berkata...

Apakah tujuan Universiti ini ditubuhkan? Utk tutup mata org Islam kononnya hartawan ini seorg penderma dan banyak buat kebajikan spt yg diwar-warkan oleh madey kutty dulu. Inilah cara kroni utk sapu projek, maka bertimbun-timbunlah projek masuk ke poket sehingga kembung dan buncit.

Sekarang kita akan lihat hasilnya bila kapitalis melayu mula bermaharajalela sama macam kapitalis cina dll. Perangai kapitalis ni sama sahaja tak kira apa bangsa pun.Untung,untung, untung dan kekayaan. Cuma melayu begitu mudah ditipu di siang hari, asal melayu kami sokong!!!

Hidup Melayu X3........... melayu kena jual oleh mamak dan para bangsawan serta para dewa-dewi.

Tanpa Nama berkata...

Pengajaran apa? Manusia jenis ni nak bolot semua dan kalau boleh jual roti rumah-kerumah pun dia nak monopoli.Siapa dibelakang Syed Mokhtar,yg tak kenyang-kenyang dan sentiasa menyokongnya.Tak ramai yg faham.

Tanpa Nama berkata...

Amalan Yahudi iaitu Monopoli sudah sebati dengan kroni UMNO dan beberapa pemimpin UMNO. Jadi kalau anda dengar isu pegawai berurusan dengan isreal lu all jangan hairan kerana diaorang tu sama sahaja ibarat tahi dengan kentut.

Ingat since lu berkawan yahudi laknatullah yang suka monopoli harta mana mungkin UMNO tiada sikap monopoli harta beb. Fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi episod yang memalukan Malaysia dimata dunia selepas kehilangan MH370......

Tanpa Nama berkata...

pikir kan lah student dgn staff tu semua....diorang pun ade family nak tanggung.

Katu Lutong Pongan berkata...

Dia tak perlu fikir apa2. Dah kaya raya.
yg kena fikir adalah kita.... rakyat jelata....

Tanpa Nama berkata...

Mencemar nama baik negara dan agama. Publisiti waktu buka dulu bukan main hebat. Sekarang mana kehebatannya, pensyarah dan pelajar sedang hanyut dan terkapai-kapai lemas akibat penutupan ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya bukan nak sebelah sapa sapa, tapi as muslim, jgn buruk sangka.
Kene baca biodata Syed Bukhary. Selain fakta2 di atas, baca sumbangan beliau... baca berapa byk dia bagi peluang pekerjaan. so yg atas2 tu kita serahkan balik kepada yang maha esa... kalau dia buat salah dia jawab laa.. tapi kalau dia buat betul korang yg komen ntah apa apa kene jawab la nanti...