6 Mac 2014

[WASPADA] Ada Gerakan Menghasut Ahli PAS Untuk Boikot PRK Kajang!


Terdapat usaha untuk menghasut ahli-ahli memboikot PRK Kajang yang sedang berlegar di laman sosial facebook mutakhir ini.

Dan yang paling menyhedihkan, mereka ini menggunakan profile photo Presiden PAS, TG Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kononnya mereka penyokong kuat TGHH untuk mengelirukan ahli-ahli PAS sedangkan TGHH tidak pernah mengeluarkan arahan untuk memboikot PRK Kajang yang bakal berlansung 23 Mac ini.

TGHH sendiri telah hadir melancarkan Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat di Kajang pada minggu lepas dan adalah tidak wajar mana-mana ahli PAS yang menyeru dan menghasut orang lain untuk memboikot PRK berkenaan walau apa alasan sekalipun.

Soal siapa MB selepas PRK, soal kes mahkamah Anwar, soal MoU Air, soal saman RM2 juta - itu semua adalah isu-isu semasa yang perlu dikendurkan dan tidak boleh dijadikan alasan untuk memboikot PRK Kajang.

Seruan memboikot PRK Kajang adalah hampir menyamai seruan Abdullah bin Ubai, ketua kaum munafik semasa zaman Rasulullah saw dimana beliau telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap kaum muslimin. Semasa perang Badar, dialah yang menghasut orang-orang beriman agar tidak berperang dan semasa perang Uhud pula dia menyeru kaum Muslimin untuk berundur dari medan perang.

Dan di dalam setiap perjuangan dan peperangan akan tetap muncul golongan munafikin Abdullah Ubai ini. Oleh itu berwaspadalah dan jangan termakan hasutan mereka.

Bukankah di dalam amal jamaiey, apabila pimpinan telah membuat ketetapan sepatutnya HARAM bagi mana-mana ahli di dalam jemaah bertindak memboikot/menentangnya?

Berikut ialah kenyataan TGHH semasa melancarkan Jentera Pemuda PR di Kajang dan kenyataan Naib Presiden PAS, Tn Hj Salahuddin Ayub seperti tersiar di dalam harakahdaily.


PRK Kajang mesej PR berjaya satukan rakyat pelbagai kaum

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang sangat bermakna untuk memberi mesej kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat dengan pelbagai kaum dan agama berjaya disatukan.

Katanya, pilihan raya ini akan menjadi bukti kepada BN bahawa Pakatan Rakyat berjaya menyatukan rakyat khususnya dalam kawasan campuran seperti di N25 Kajang.

"Di Kajang ini akan menunjukkan kita Pakatan Rakyat berjaya memecahkan sempadan perkauman yang sering ditaja oleh BN," katanya.

Ahli Parlimen Marang itu juga berkata, Kajang akan menjadi simbol kerakusan BN menggunakan jentera kerajaan pusat untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya pada 23 Mac nanti.

"Pemuda hendaklah bekerja dengan bersemangat bukan sahaja kita mahu kekal kemenangan bahkan dengan majoriti lebih besar,"
katanya.

Di dalam PRU13 yang lalu Pakatan Rakyat berjaya menafikan undi popular BN.

"Atas rekod ini, kita mahukan Kajang terus melonjakkan mesej undi popular ini untuk kita kekal di Kajang. Kita mahu rakyat sebagai pendokong utama dengan undi lebih kepada rakyat," tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah di Taman Mesra Kajang sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat malam tadi.

Sebelum itu, Ustaz Abdul Hadi dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan bendera parti masing-masing kepada ketua Pemuda PAS, AMK dan DAP sebagai simbolik pelancaran jentera PRK Pemuda.
-HD






PRK Kajang: Setia kawan PAS tidak pernah luntur


KAJANG: Semangat setia kawan PAS di dalam Pakatan Rakyat tidak pernah luntur apatah lagi dalam situasi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang demi memastikan BN tumbang pada 23 Mac ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

"Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi.

Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat.


"Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita.

"Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang.

"Akan pastikan memberikan sokongan yang sewajarnya dan apa pun akan berlaku pada hari-hari seterusnya kita menyatakan bahawa kita hadapi apa jua cabaran atas nama Pakatan Rakyat,"katanya.

Beliau yang berucap bagi menggantikan Presiden PAS, Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana keuzuran turut memetik amanah Presiden buat keseluruhan jentera PAS "kita mahu menunjukkan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk tumpaskan BN dalam PRK ini".

Salahuddin bersama-sama calon PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga barisan pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud serta pimpinan PAS Selangor turut membuat gimik pelancaran diikuti nyanyian lagu PAS beramai-ramai.
-HD




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap perkara ini tidak berlaku, tapi kita tahu ada kumpulan yang benci dengan Anwar dalam PAS dan mereka ini memang menimbulkan masalah pada PRU lalu.

Tanpa Nama berkata...

Utk melihat PAKSI dan ufuk KEBENARAN dan KEADILAN disepanjang sejarah kehidupan adalah MUDAH jelas dan sgt terang..

Semua nabi2 membawa MOTIF..
MOTIF mrk ialah ISLAM @ menyerah PASRAH @ SURRENDER smutlak2 skudus2 nya kpd INTEGRITY yg setotal2nya hanya kpd 'nilai2' TUHAN shj..

Apakah signifikannya MOTIF dgn 'nilai2' TUHAN itu???

MOTIF mrk yg sbnar2 ISLAM @PASRAH @SURRENDER itu,akan seutuh2nya PASRAH kpd 'nilai2' TUHAN yg sejiwa dgn semua nabi2 dan sentiasa berjiwa "KENTAL" demi utk..

--MENERANGI kgelapan umat/rkyat
--MENYULOH tipu-SAMAR-KELIRU
--MEMUDAHkan urusan drp belitan2 --MELAPANGkan drp penindasan2 --MERINGANkan beban akibat kzaliman KHIANAT & kcurangan!

Itulah dasar'TUNJANG-aturan2-step2-sempadan2-kbijaksanaan2-LAW-batas2-undang2-had2-HUDUD..& itulah yg telah semua nabi2 'HUDUD'kan terlebih "dahulu" sblum soal2 judi,arak,zina,zakar dan faraj dll diberi fokus yg sewajarnya!?

Tentu sekali ramai yg ghairah menSABOTAJ jalan-UNIVERSAL yg TERANG dan lurus ini, termasuk ahlulkitab2 ATAU agamawan2 yg telah "PASRAH" mengidam 'habuan'/BANGKAI kpentinganDIRI!?

Tanpa Nama berkata...

UMNO cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat supaya mereka boleh berkuasa dan sapu wang negara.

Tanpa Nama berkata...

Inilah helah BN yang tak mahu luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat

Tanpa Nama berkata...

Perlu waspada dan sentiasa buka mata dan telinga sebab dlm PAS bukan semua ahli PAS yg benar-benar istiqomah berjuang untuk aspirasi PAS .Tidak dinafikan masih ada puak yg anti-Pakatan Rakyat,penyokong tegar UG dan pengikut Hassan Ali diSelangor.Waspada, waspada, waspada.