16 Mac 2014

Polis Gelidah Rumah Kapten Zaharie Selepas Sidang Akhbar Najib


PPolis mula mengeledah rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang hilang Sabtu lau, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat itu disyaki sengaja menukar laluan penerbangan, kata seorang pegawai kanan polis kepada Reuters.

Anggota polis tiba di rumah kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, petang ini, sejurus selepas tamat sidang akhbar perdana menteri.

Zaharie memasang simulator Boeing 777 simulator di rumahnya.

Gambar yang disiarkan oleh Zaharie di laman Facebook beliau menunjukkan sebuah simulator dengan tiga monitor komputer.

“Pegawai polis hanya mencari beberapa bahan-bahan yang boleh membantu siasatan untuk mengesan pesawat yang hilang itu,” kata satu sumber polis kepada agensi berita dpa.

Bagaimanapun, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan untuk mengeledah rumah keluarga Zaharie di Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Kami masih belum menerima arahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengeledah rumah Zaharie di sini,” katanya kepada Malaysiakini.

Penyiasat mengesahkan bahawa pesawat yang dikesan oleh radar tentera adalah pesawat MH370 selepas komunikasinya mungkin dimatikan sebelum sampai ke pantai timur Malaysia minggu lalu, kata Najib.

Sementara itu, kementerian luar China meminta Malaysia supaya menyediakan maklumat yang lebih menyeluruh dan tepat mengenai penerbangan Malaysia Airlines terbabit.

China juga meminta Malaysia mendapatkan lebih banyak negara menyertai operasi mencari dan China sendiri akan meminta negara-negara lain yang berkaitan untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Penyiasat percaya seseorang di atas kapal pesawat itu sengaja menutup sistem komunikasi dan pengesanannya, membawa pesawat itu berpatah balik dan terbang selama hampir tujuh jam selepas ia hilang, kata perdana menteri hari in


MH370: Anggota polis berpakaian preman dilihat masuk ke rumah kapten pesawat

Tiga anggota polis berpakaian preman itu memperkenalkan mereka dari ibu pejabat polis Bukit Aman kepada pengawal keselamatan yang mengawasi kediaman Laman Seri di Seksyen 13 di sini, sebelum mengambil pas keselamatan untuk memasuki kawasan itu.

Difahamkan anggota polis berkenaan telah menjalankan pemeriksaan di kediaman juruterbang itu dan mereka dilihat meninggalkan rumah itu pada 4.46 petang.

Wakil-wakil media tempatan dan asing yang menunggu di kawasan perumahan itu, tidak dibenarkan memasukinya oleh pengawal keselamatan.

Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing dilaporkan hilang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi pada Sabtu lepas.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Setakat ini, operasi mencari dan menyelamat, yang memasuki hari kelapan hari ini, masih gagal mengesan pesawat itu.

Sementara itu, polis dijadual memberi kenyataan rasmi mengenai pemeriksaan di rumah Zaharie pada satu sidang media esok.

"Saya tidak boleh nyatakan bila mereka jalankan siasatan dan siapa yang memberi maklumat mengenai perkara itu kepada agensi berita luar negara, Reuters, tadi tetapi apa yang boleh diberitahu setakat ini, kemungkinan perkara itu akan diumumkan esok.

"Diharap media boleh menunggu," katanya.
-astroawani



MH370: Juruterbang Bebas Punyai Hobi Termasuk Miliki Simulator - MAS

SEPANG, 14 Mac (Bernama) -- Juruterbang berhak mempunyai hobi masing-masing termasuk memiliki simulator penerbangan di kediaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya.

"Bagi juruterbang, mereka bebas mempunyai hobi masing-masing... mempunyai simulator di rumah sendiri," katanya dalam sidang berita mengenai perkembangan kehilangan pesawat MAS MH370 di sini Jumaat.

Beberapa media tempatan dan asing melaporkan dengan memetik gambar daripada laman sosial Facebook milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang menunjukkan juruterbang itu mempunyai simulator penerbangan sendiri di rumahnya di Shah Alam.

Ahmad Jauhari berkata siasatan secara terperinci ke atas juruterbang tersebut hanya akan dilakukan jika terdapat petunjuk tertentu.

Jelasnya MAS masih lagi meneliti kesemua senarai krew penerbangan dan penumpang pesawat MH370 itu sebelum memulakan sebarang siasatan terperinci.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kemudian menjelaskan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas simulator tersebut belum lagi dilakukan.

"Kami tidak dapat jawab soalan mengenai perkara itu sehingga mereka pergi ke rumah itu untuk melihat simulator.

"Polis belum pergi ke rumah itu...belum memeriksanya...tetapi siasatan ke atas juruterbang itu sedang dijalankan," katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan ke rumah juruterbang itu untuk menemu bual anggota keluarga juruterbang tersebut, yang merupakan siasatan rutin untuk mencari sebarang petunjuk membabitkan aspek psikologi atau mental.

Kapten Zaharie merupakan juruterbang berpengalaman kerana sudah berkhidmat lebih 30 tahun.

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu lepas.
- BERNAMA








IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tumpang tanya bukan dekat putera jaya tu beritanya ada landasan bawah tanah. jangan-jangan dok kat sana apa..........cuba siasat jap....mustahil benda besar tu boleh hilang....heran aku