20 Mac 2014

MH370: Pakar Temui Sebab Pesawat Gagal Dikesan Sehingga Kini


Kerana ingin jimat RM33, MH370 gagal hantar data penting, kata pakar

Penerbangan Malaysia gagal menaik taraf komputer yang mudah dan berharga hanya RM33 bagi setiap penerbangan, yang akan menyediakan maklumat penting untuk membantu mencari penerbangan MH370 yang hilang, kerana ia membuat pilihan yang lebih murah apabila membeli pesawat, The Sydney Morning Herald melaporkan.

Seorang pegawai industri satelit dipetik sebagai berkata bahawa menaik taraf sistem yang dipanggil Swift, akan menyediakan arah, kelajuan dan ketinggian pesawat MH370 walaupun selepas komunikasi lain daripada pesawat hilang daripada radar.

Jika sistem Swift dinaik taraf, termasuk pakej penuh aplikasi, ia boleh menghantar maklumat mengenai prestasi enjin, penggunaan bahan api, kelajuan, ketinggian dan arah, tidak kira sama ada transponder dan Sistem Menangani Komunikasi dan Pelaporan (ACARS) berfungsi, katanya.

Pakar yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan memberitahu harian Australia yang sistem Swift adalah sama seperti cara bagaimana telefon pintar menghantar data satelit, manakala ACARS adalah serupa dengan aplikasi untuk telefon bimbit.

"Apabila ACARS ditutup, Swift masih lagi berfungsi," katanya kepada Sydney Morning Herald.

"Jika sistem Swift diselenggarakan untuk mengesan data enjin, data tersebut akan dapat dihantar (streaming) dari pesawat itu. Ia akan berfungsi selagi pesawat tersebut berjalan."

Laporan tersebut menunjukkan bahawa jika Malaysia Airlines mendapatkan pakej naik taraf tersebut, ia akan terus menghantar data penerbangan dari satelit walaupun selepas transponder pesawat dan komunikasi ACARS dimatikan.

Ditanya mengapa penerbangan tersebut memilih untuk tidak membeli aplikasi tersebut yang dikira berpatutan harganya, seorang pagawai industri memberitahu Sydney Morning Herald, "Setiap yang ada dalam kapal terbang akan melibatkan penggunaan petrol. Oleh itu semua perlu dikira, untuk mengurangkan kos."


Daripada menghantar data, katanya, sesetengah penerbangan memilih untuk memuat turun semua data pada pemacu USB sebaik pesawat mendarat.

Disebabkan Malaysia Airlines memilih pilihan yang murah, katanya, "tidak banyak yang dapat dirakam."

Zainul Zawawi, naib presiden untuk Amerika Utara di Penerbangan Malaysia memberitahu Sydney Morning Herald bahawa beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap tentang pesawat yang hilang dan mengarahkan soalan tersebut ditanya kepada pegawai penerbangan di Malaysia.

Usaha menghubungi pegawai tersebut oleh Sydney Morning Herald tidak berjaya.

Menurut laporan tersebut, data daripada sistem naik taraf yang hampir serupa membolehkan penyiasat mengecilkan kawasan pencarian kepada 64 kilometer di Lautan Atlantik dalam kes hempasan 2009 pesawat AirFrance.

Dalam masa lima hari mereka dapat menjumpai serpihan daripada hempasan itu.

Ini bukannya kali pertama Malaysia Airlines terpampang di muka depan akhbar kerana tidak melanggan program yang dapat membantu pencarian MH370.

Bloomberg melaporkan minggu lepas bahawa syarikat penerbangan itu tidak memasang satu perkhidmatan Boeing yang mengumpul data prestasi secara langsung untuk penerbangan seperti MH370 yang penting dalam penyelenggaraan pesawat.

Pencarian Boeing 777-200ER (9M-MRO) kini fokus kepada dua sudut kawasan pencarian yang luas, satu menuju daratan di utara dari Laos ke Lautan Caspian, dan kedua ke arah selatan, melalui Lautan Hindi dari kepulauan Sumatra Indonesia ke barat Australia.

Reuters mengatakan bahawa jangkaan pencarian yang disertai 26-negara ini akan dapat membawa hasil yang cepat kini semakin berkurangan, tetapi para penyiasat mengesahkan bahawa mereka sedang menumpukan perhatian kepada kawasan terpencil Lautan Hindi selepas tidak dapat mencari kesan pesawat tersebut di kawasan utara.

"Kepentingan kita sedang diberi pada kawasan itu," kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat di bahagian sudut selatan, dengan bantuan tentera laut Amerika Syarikat.

Kawasan mencari sudah diperkecilkan mengikut data yang dikesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi kawasan itu masih lebih kurang 600,000 batu persegi, lebih kurang saiz Sepanyol dan Belanda. -TMI





IKLAN BERBAYAR


JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH

Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan.

Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini.


KLIK SINI


6 ulasan:

zab berkata...

Bukan taknak beli, tapi takda orang yang nak jadi orang tengah. Maklumlah, benda RM33 pun boleh jadi RM3300 dalam negara ni. Sekadar sindiran untuk MAS dan ehem-ehem.

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja takde org tgh terlibat, yang nak masuk poket tu sikit sangat.

BaDiN berkata...

Mahal sangat tu RM33 nak cari yg lebih murah hanya Rm1 je.Tanya PM ada ke barang Rm1.

Tanpa Nama berkata...

Rm 33 markup cmna pun tak bleh nk msyukk sgt.
Byk mulut nk kena suap, margin kecik haha

FreadRm

Tanpa Nama berkata...

kena simpan duit dari kecil....duit pulak habis i beli cincin beg cermin mata kain baju......nampak sangat. ni belum kes hospital yang tercanggih di malaysia ada masalah yang haru biru yang melibatkan dunia.....namapk sangat rakyat didahulukan.......

Tanpa Nama berkata...

Ini dipanggilkan pau duit rakyat diutamakan keselamatan rakyat buat apa i nak ambil tahu. Yang penting duit masukkkkk. Tapi umat melayu masih lagi berprasangka baik. Beb berprasangka baik ada batasnya kalau terlebih sangat org akn ambil kesempatan beb. Fikirkanlah