3 Mac 2014

[KEMPEN ANTI-SYIAH] Zahid Hamidi Punya Pasal, Hubungan Malaysia-Iran Terjejas

Kempen anti Syiah jejas ekonomi, menteri minta bantuan PAS pulih hubungan dengan Iran

Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.

Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.

AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.

Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.

Selain beliau, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin Iran dalam arena politik antarabangsa.

Selain Petronas, turut rugi adalah industri minyak sawit apabila Iran mencari alternatif lain selain Malaysia.

Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Susulan kempen anti Syiah Umno yang dimulakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya semasa perhimpunan parti itu tahun lalu dan disambut beberapa pihak lain, Iran mula menyekat dan mengurangkan import minyak sawit dari Malaysia.

Perhimpunan Agung Umno 2013 juga meluluskan usul menjadikan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai tafsiran kepada Islam Malaysia dan fahaman Syiah disifatkan sebagai ajaran sesat dan terkeluar daripada Islam.

Penghujung tahun lalu, Ahli Parlimen dari Baghdad, Iraq, Syeikh Jalaluddin Asy-Shoghir, dalam satu ucapannya berkata, kerajaan Malaysia merupakan kerajaan pertama di dunia yang secara rasmi mengkafirkan Syiah.

Katanya, tindakan ini dilaksanakan dengan cara yang amat buruk, namun Kementerian Luar Iraq tidak mengambil tindakan balas berkaitan isu tersebut.

“Kerajaan Malaysia sanggup mengkafirkan majoriti rakyat Iraq biarpun Kedutaan Malaysia tidak diarahkan untuk tampil diberi teguran secara lembut.

"Syarikat Malaysia sedang bergembira dengan meraih pelbagai projek di Iraq dan banyak peluang perniagaan dianugerahkan secara istimewa kepada kerajaan Malaysia.

“Saya tidak tahu bagaimana kerajaan Malaysia boleh sampai ke tahap diplomasi yang hancur seperti ini dan melakukan pelanggaran akidah. Di mana Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)? Sama ada ini sebuah sikap yang ekstrem atau tidak, tindakan pengkafiran bakal menjurus kepada pembunuhan,” katanya dalam rakaman video di Youtube yang tersebar luas.

Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata Malaysia harus mencontohi negara Islam di Timur Tengah dalam menguruskan perbezaan mazhab, iaitu penganut mazhab Sunni tidak pernah mendakwa kumpulan Syiah di negara mereka terkeluar daripada Islam.

Mohamad berpendapat, jika Malaysia tidak berhati-hati dalam perkara ini, imej negara akan terjejas dan pendukung hak asasi manusia akan menuduh Malaysia tidak mengamalkan toleransi sesama umat Islam.

Pada 2004, Malaysia di bawah pimpinan Tun Abdullah Badawi menandatangani perjanjian Amman Message di Jordan.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah Muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut. – TMI

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mnjd seorg pemikir adalah tugasan murni dan wajib kpd pemBACA2 Quran,, dan maksud/ERTI/definasi hakiki Quran itu sndri adalah BACA! BACA! BACA! BACA!..dan BACA!
BACA itu apa?
BACA itu utk benar2 difahamkan!

MemBACA dgn sebnar2 FAHAM dan ARIF itu lah yg bnar2 dituntut oleh ALLAH,,bukan bukan bukan utk tujuan HAFAL dan TAJWID yg keliru dan 'kosong' ERTI hakiki lantas mnjd kanak2 yg 'riak' lantaran merasa MEGAH bila dipuji2!?

MmBACA Quran bukan..bukan..bukan mnghafal HURUF, bukan..bukan..bukan meLAGUkan 'bunyi'/sebutan2 Arab dan bukan..bukan..bukan DENGONG panjang pendek utk dipamer diuji dan dipuji2 didepan PUBLIK!

W.pun Quran ddlm bahasa Arab ttpi ia mmbawa mesej UNIVERSAL..mesej yg meragkumi seluruh kaum bangsa daerah negara gunung ganang lautan angkasa yg meliputi 7 petala langit dan juga bumi!

Quran bnyk kali menyebut perkataan akal-fikir-TAFAKKUR..agar kita serious seronok fokus dan berSUNGGUH2 utk mnggali dan memahami RAHSIA azali..

Quran juga menyebut ungkapan 'ummatan-WAHIDAH' bhw kita semua tak mengira kaum-BANGSA adalah berASAL dr yg SATU..SATU drp punca nya iaitu bermula dr Adam as!

Ttpi kini..
Kehidupan manusia kini semua nya seolah2 berpecah2 dan terus2an berpecah belah seakan2 BUTA dgn seruan 'ummatan-WAHIDAH' drp ALLAH! Org2 Yahudi sgt megah dgn fraksi Yahudi mrk..begitu juga Kristian @ Nasrani yg masing2 bangga dgn PECAHAN golongan2 mrk yg kesemua nya mndakwa mrk lah shj golongan yg bnar sbnr2 BENAR..

Yg lebih jelas lg..
Umat yg konon2nya mengaku ISLAM lebih teruk berpecah..bermula dgn Imam2..mazhab2..tarikat2,.firkah2.. parti2.. aliran2 dan bermcm2 lagi PECAHAN semata2 krn ego..ego..EGO sombong hawa NAFSU demi mmburu daerah kawasan negara @ KUASA politik yg berPAKSI kpd anasir glamor kemewahan HARTA pangkat dan juga darjat!

Ingat,,
ISLAMkah @ PASRAHkah @ SURENDER kah kita kpd ALLAH apb ego ego EGO sombong serakah NAFSU yg 'brsalut' ayat2 Quran dan Hadis itu mnjd senjata semata2 krn kemaruk harta dan KUASA dunia?

Kita pasti akan diBUTA kan 'NYA' utk bnar2 dpt melihat HAKIKAT hakiki erti keindahan 'ummatan-WAHIDAH' itu jika kita tidak bnar2 ISLAMkan @ PASRAHkan @ SURRENDERkan spasrah2 dan semutlak2nya diri kita ini hanya semata2 kpd ALLAH..

Umat bani Israel tlh pon berpecah kpd 72 pecahan dan ummat ku, kata nabi SAW akan berpecah kpd 73..dan tentunya GB dan saya juga ingin mnjd kelompok yg'SATU yg sprt mana baginda dan shbt2nya yg telah ISLAMkan @ PASRAHkan @ SURRENDER kan smutlak dan skudus2nya diri mrk hanya semata2 kpd ALLAH, kpd 'nilai2' ALLAH shj semata2!

Apb kita bnar2 ISLAMkan @ PASRAHkan @ SURRENDERkan niat CITA-CINTA kita smutlak2nya hanya dan hanya kpd ALLAH barulah sgl2 makna hakiki akal-fikir-TAFAKKUR dan 'ummatan-WAHIDAH' menjelma dan menyerlah INDAH..

Tanpa Nama berkata...

jgn sewenangnya mengkafirkan iman seseorg yg telah mengucap dua kalimah syahadah..

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya kempen Anti-Syiah tu sekadar nak sekat Mat Sabu menang kerusi Tim.Presiden PAS.Itu aje.Mat Sabu dah menang, kuncu-kuncu UMNO dlm PAS dah mati kutu, puak UG dlm PAS dah tak bersuara lagi - sekarang kempen itu dah senyap.Kalau benar-benar nak sucikan Islam nah ambillah tindakan kpd Kassim Ahmad dan Mahathir Kutty.Ada berani?

Tanpa Nama berkata...

Tujuan utama BN mahu menghubungi PAS untuk memperbaiki hubungan Malaysia-Iran adalah untuk menjerat PAS. Kesannya diketahui menjelang PRU14 di mana isu Syiah akan dimainkan secara besar-besaran dan seterusnya bakal membuatkan PAS kecundang.

Tanpa Nama berkata...

Mr. Zahid, lu fikir org iran sebodoh mcm umat melayu di malaysia yg kena kutuk, tindas dll masih anggap ianya ok?

Come onlah , orang iran kalau diaorg sudah marah diaorang punya kemarahan pernah sampai tahap mahu berperang beb. Kalau andai kata diaorg serang malaysia kerana lu hina diaorg, lu mr. Zahid, lu rasa pertahankan malaysia blh fight dgn iran 20 tahun kehadapan dari segi teknologi?

Ya memang syiah adalah sesat, tapi sekarang golongan diaorg sangat kuat. kalau nak cari pasal kena ada backup dari ekonomi, ketenteraan dll. Thank you to mr. Zahid punya mulut laser, kita dah tak dapat melancong ke iran yg for sure keselamatwn tidak akn terjamin dan nama malaysia terjejas di mata negara islam yg lain.

Tanpa Nama berkata...

Zahid Hamidi kalau benar-benar nak bersihkan Islam diMalaysia (kalau faham Islam) perangi jugalah Wahabi yg dikira ajaran sesat.Ada berani? Kamu jadi menteri KDN apa kamu sudah buat dan arah, tindakan terhadap gulungan anti-hadith? Balik kampong ajelah Yop.

Tanpa Nama berkata...

Pas pun menteri UMNO tuduh sesat masa PRU13