25 Mac 2014

Keluarga Di China Mahu Ambil Tindakan Terhadap K'jaan Malaysia, Cop Malaysia "Pembunuh"


Keluarga para penumpang Malaysia Airlines MH370 menuduh Kerajaan Malaysia telah menjadi pembunuh (algojo) bagi orang-orang mereka kasih, lapor kompas.com.

Dalam satu dari Jawatankuasa Keluarga China, pihak keluarga menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengeluarkan satu kenyataan tentang nasib pesawat yang hilang tanpa ada bukti langsung.

"Sejak 8 Mac, ketika mereka mengumumkan bahwa MH370 kehilangan hubungan sehingga ke hari ini, 18 hari berlalu dan selama itu kerajaan dan pihak keselamatan Malaysia terus-menerus mencuba untuk menunda, menipu keluarga penumpang dan seluruh dunia," kata kenyataan itu.

"Perilaku memalukan ini tidak hanya mengelabui dan menyakiti keluarga dari 154 penumpang (berasal dari China), tetapi juga menyesatkan dan menunda tindakan penyelamatan, membuang sejumlah besar sumber daya manusia dan material serta kehilangan waktu berharga bagi usaha penyelamatan."

"Jika 154 penumpang itu memang terbunuh, maka Malaysia Airlines serta kerajaan dan pihak keselamatan Malaysia adalah pembunuh yang sesungguhnya telah membunuh mereka. Kami keluarga dari orang-orang yang ada di pesawat itu menyampaikan protes keras terhadap mereka. Kami akan melakukan segala cara untuk mempastikan kejahatan itu tak dimaafkan dan ketiga pihak itu perlu bertanggungjawab."

China memberikan reaksi tidak yakin dan meragui pengumuman Malaysia itu. Pemerintah China menuntut siasatan lebih lanjut tentang bagaimana para penyelidik mencapai kesimpulan bahwa penerbangan MH370 telah "berakhir di Laut Hindi".

"China telah meminta Malaysia untuk memberikan semua informasi dan bukti-bukti yang mengarah pada kesimpulan bahawa Malaysia Airlines MH370 telah berakhir di Laut Hindi," kata Juru Bicara Kementerian Luar Negeri China Hong Lei. Kementerian itu menyatakan, Wakil Menteri Luar Negeri Xie Hangsheng telah bertemu dengan duta besar Malaysia di Beijing, dan menuntut Malaysia menyerahkan semua analisis data satelit yang relevan.

Ketika sidang akhbar Najib semalam disiarkan secara langsung di television China, penterjemah di CCTV News, yang merupakan televisi milik negara, kelihatan penuh emosi. Suaranya pada satu kesempatan bahkan tersedak saat menyampaikan berita duka itu.

Di Hotel Lido, Beijing, kesedihan dan kedukaan menyelimuti keluarga para penumpang. Mereka telah menunggu di sini selama 17 hari untuk bisa mendapatkan kata yang definitif terkait nasib 239 penumpang dan kru kabin MH370 yang seharusnya menuju Beijing itu.

Pada larut malam Isnin, ketakutan terburuk mereka telah disahkan. Najib menyampaikan kesimpulan Kerajaan Malaysia, yang didasari analisis terbaru dari data satelit.

Lebih dari 50 keluarga berkumpul untuk menyaksikan pengumuman pihak Malaysia itu di ruang konferensi hotel tersebut, sebuah pengumuan yang terlalu berat untuk ditanggung. Seorang perempuan tua keluar dari ruang itu. Ia meratapi anak lelaki, menantu, dan cucunya yang berada di pesawat itu. "Seluruh keluarga saya hilang," teriaknya.

"Putraku, putraku, putraku," teriak perempuan lain.

Setidaknya dua orang dibawa keluar dengan tandu dan dibawa ke rumah sakit. Seorang perempuan dengan atasan oranye menangis dan gemetar. Seorang lelaki, yang memakai selimut, tampak pingsan. Seorang lelaki lain yang mengenakan atasan bergaris biru dan putih menjatuhkan dirinya ke eskalator. Ia harus ditolong oleh sejumlah wartawan dan polis.

Sebelum Najin menyampaikan pengumuman itu, Malaysia Airlines telah mengirim pesanan teks kepada keluarga penumpang. Dalam pesanan itu, MAS menyatakan "sangat menyesal, kami harus mengandaikankan, melampaui segala keraguan, bahawa MH370 telah hilang dan bahawa tidak seorang pun dari mereka yang ada di pesawat itu selamat". Pesanan itu dikirim dalam bahasa Inggeris dan telah menyebabkan kebingungan di kalangan keluarga penumpang China.

Pihak MAS kemudian melakukan pembelaan berkaitan pesanan teks tersebut. Mereka menyatakan bahwa segala usaha telah dilakukan untuk menghubungi semua keluarga guna memberi tahu mereka secara peribadi.

Sementara itu, keluarga penumpang marah kerana kenyataan Najib yang mendadak dan singkat itu. "Saya sudah menunggu setengah bulan, dan mereka hanya memberi kami satu kalimat?" kata seorang perempuan.


MH370: China Mahu Malaysia Sediakan Bukti Data Satelit


BEIJING: China menuntut Malaysia menyerahkan data satelit yang ada selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman bahawa pesawat MH370 telah mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi berdasarkan data dari satelit.

Najib pada malam tadi mengumumkan bahawa pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal telah mengakhiri penerbangan di lautan berdasarkan data satelit yang dikumpul pasukan penyiasat kemalangan udara dari United Kingdom.

Dalam mesyuarat pada lewat Isnin, Timbalan Menteri Luar China, Xie Hangsheng telah memberitahu Kedutaan Malaysia di China untuk menyediakan bukti terperinci mengenai 'kesimpulan' yang dibuat, kata Kementerian Hal Ehwal Luar China.

"Kami telah meminta pihak Malaysia untuk menyatakan bukti terperinci mengenai pengumuman yang telah dibuat dengan menyediakan kesemua maklumat satelit data yang diperolehi.

"Kerja mencari dan menyelamat tidak boleh dihentikan sekarang, kami meminta Malaysia meneruskan segala usaha menyelamat yang telah dimulakan," kata Xie pada Selasa.

Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) iaitu MH370 hilang dari radar pada 8 Mac lalu ketika membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Pada masa sama, agensi berita di China melaporkan negara tersebut kini telah menghantar lebih banyak kapal ke Lautan Hindi untuk mengesan serpihan pesawat tersebut.
- mstar



Waris di China protes di kedutaan M'sia

Keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong".

Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.

Polis pula membentuk rantaian manusia di luar kedutaan itu, bagi menghalang mereka merapati bangunan kedutaan tersebut.

Terdapat juga ahli keluarga mangsa memegang poster yang menyebut: "MH 370, Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" dan "1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu".

Mereka juga memakai t-shirt yang tertulis: "Yang terbaik buat MH370, pulanglah dengan selamat."

"Kami menunggu sejak 18 hari lalu dan kini masih lagi menanti. Berapa lama lagi kami perlu bertahan," kata seorang wanita Zhang kepada agensi berita itu.

Kumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati itu pada awalnya berhimpun di sebuah hotel di bandar itu sebelum berarak ke bangunaun kedutaan.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”

Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin.
- TMI










8 ulasan:

marwan mad Zin berkata...

tak tidur lena la abg najib dan kak mah..nasib kau la labuuu..

Tanpa Nama berkata...

takziah kpd keluarga mereka yg terkorban. dariNya kita dtg dan kpdNya kita pasti kembali. amat bersimpati kpd seorg warga India yg kehilangan 3 org, ibu bapa dan adik yg menaiki pesawat utk melawat beliau di Beijing. RIP...

Tanpa Nama berkata...

Bala dah datang Najib oo!!!, itu baru dunia.

Tanpa Nama berkata...

Masa bunuh altantoya dapat bereskan sebab dalam negara sendiri tapi ni melibatkan dunia dan kuasa besar. Amik ko...

Tanpa Nama berkata...

Mari kita tengok, handal tak Najib nak selesaikan krisis ini? Nak sangat jadi PM walaupun sanggup membuat penipuan secara besar-besaran semasa PRU yang lalu. Ha! Sekarang ambik kau!



















Rkharudin Razak berkata...

Dialu2kan rakyat negeri Cinta ....mengambiltindakan .....rasakan najis Dan mah debab...l11

Tanpa Nama berkata...

Sila urusan sekali kes kematiaan atan dan TBH.

Dol berkata...

susah ni. pening aku lah. tak tau nk tolong mcmana.

hari tu pun china dan belayar kapal kat laut cina selatan.

nampaknya tuntutan bertindih spratly tu mungkin malaysia terpaksa mengalah la.

kalau rakyat china tk memahami keadaan dan china sokong rakyat mereka, maka hubungan 2 negara renggang dan berjayalah tektik yahudi utk rosakkan kebangkitan asia.

yg malangnya kita negara kecil jadi buah catur.