2 Mac 2014

Fitnah Murtad: Rakyat kesal Polis Tidak Bertindak Ke Atas Macai UMNO


Aktivis kecam penipuan dakwaan murtad di ruang siber

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu. -mk



ULASAN GB

"Fitnah" sudah menjadi darah daging para macai UMNO. Tak serik-serik sekalipun Raja Fitnah mereka, papaomo namanya, telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah.

Pihak polis semacam sengaja membiarkan fitnah macai itu bermaharajalela, tetapi begitu effisyen apabila melibat anggota Pakatan Rakyat sepertimana kes video satira Teresa Kok.

Akibat darinya, maka berlaku ketegangan di kalangan rakyat dengan hal-hal agama dan rasisma. Kerajaan UMNO BN persis merestuinya kerana ia memberikan "political mileage" terhadap partinya terutama apabila pihak media yang begitu berat sebelah sentiasa memaparkan kononnya pihak PR sentiasa sebagai pihak yang bersalah.

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Yang memfitnah akan tetap menerima hukumannya sekalipun polis tidak bertindak ke atas mereka. Tunggu dan lihat!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah kau binasakan lah tgn2 yg membuat fitnah jahat yg mengikut telunjuk dajjal dan iblis.

Ya Allah kau dedahkan mahkluk yg membuat fitnah ini dan gagalkan segala rancangan mereka dan pecah belahkan lah Jemaah mereka.

Ammiin Ya Rabbal Alaamin

Tanpa Nama berkata...

Laknat Allah keatas pemfitnah.

PBO™ berkata...

JOM TINJAU:

TOP 30 ranking alexa blog PR vs Blog BN : 1 MAC 2014 ~ pen buruk online ™

Tanpa Nama berkata...

Ini angkara macai umno bn yg rezeki mereka dari sumber haram , hati mereka telah mati dan di isi dgn fitnah rasuah rogol samun rompak .

Tanpa Nama berkata...

Ini angkara macai umno bn yg rezeki mereka dari sumber haram , hati mereka telah mati dan di isi dgn fitnah rasuah rogol samun rompak .

Tanpa Nama berkata...

Anon 1 dan Anon 2,

AMIN.

Tanpa Nama berkata...

Mungikut hukum islam polis pun terpalit juga dgn dosa pemfitnah sebab tidak berlaku adil. Angota bawahan tidak ada sebarang alasan apabila mgdp Allah nanti.

Tanpa Nama berkata...

Negara ini dah macam tak terurus. Polis terpaksa buat kerja pilih2 mengikut selera pemimpin amno.

Tanpa Nama berkata...

Penguasa undang2 sudah tidak berfungsi kerana mengamalkan kerja2 duble standerd. Harapsn Malaysia akan hancur sudah kelihatan sikit demi sedikit kalau pihsk yg diberi kuasa tidak bertindak jujur dalam penugasan mereka.Biar lah pihak penguatkuasaan jadi hamba kepada rakyat Malaysia tapi jangan jadi hamba kepada pemerentah yg zalim dan yg mementingkan kuasa. Tiada yg lebih berkuasa didunia ini melainkan Allah. Kembali lah kepada islam dan hukum al quran nescaya umat akan selamat khusus rakyat Malaysia dan pemerentah2 Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Murtad bukan isu lu blh bawa main - main mcm lu main ps3 atau psp. Tapi apakan daya, dah puak munafik UMNO anggap ni macam main ps3 dan psp.

Nasihat i lu jaga - jaga. Takut nanti benda lu main tu akn mengena diri kita sendiri kerana apa yang kita buat tetap akan dapat hasilnya tak kira ianya baik mahupun buruk. Hukum alamlah katakan.

Tanpa Nama berkata...

Nak jahat pakai baju UMNO atau BN macam trend penagih melayu sekarang, semua boleh pejam mata