9 Feb 2014

Macai UMNO Kantoi Cuba Membela Remaja BN & Memfitnah Unit Amal


Semalam blog milosuam menyiarkan sekeping gambar seorang remaja berpakaian 1Malaysia / BN ditangkap kerana mencuri beberapa bungkus milo. Tiba-tiba pada hariini di dalam satu facebook trooper UMNO, gambar tersebut diedit dan pakaian remaja yang berbaju 1Malaysia/BN itu ditukarkan kepada pakaian merah tua berlambangkan Unt Amal.


Lelaki pakai baju BN ditangkap curi berbungkus-bungkus Milo


TERSEBAR sekeping gambar lelaki memakai baju Barisan Nasional dengan longgokan berbungkus-bungkus Milo di depannya.

Lelaki ini dikatakan telah ditangkap kerana mencuri Milo tersebut.

Ini menunjukkan bahawa Penyokong Barang Naik juga terbeban dengan kenaikan harga barang.


Peningkatan harga barang semakin tidak terkawal menyebabkan desakan hidup rakyat semakin memuncak.

Tidak kira ideologi politik, malah penyokong Barang Naik, BN pun terbeban dengan kenaikan harga barang.

Masaalah ekonomi meningkat, jenayah juga akan meningkat. Kita tunggu 3 bulan dari sekarang jenayah akan jauh lebih tinggi kerana masyarakat sudah tidak dapat menyerap desakan hidup.

"Barang Naik punya pasal, semua orang susah"-milosuam


Kononnya dikatakan bahawa milosuam memfitnah BN dan "fitnah" itu kononnya pula berjaya dipatahkan oleh cybertrooper UMNO.

Apabila diamati dengan teliti ternyata pengeditan terhadap pakaian remaja itu jelas kecacatannya terutama lambang Unit Amal yang begitu tegak bertepek di dada baju merah tua berkenaan.

Dan hasil kerja pengeditan itu telah dikesani oleh ramai facebooker yang lain.


Macai kangkung tetap kangkung...

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pencuri pun tahu dengan memakai baju berlogo BN, dia dapat lesen besar untuk buat jenayah... polis tutup mata je, namun apa nak dibuat dia rembat milo banyak sangat, selain orang di kedai tu jenis yang elegik dengan BN jadi dia kena tangkap le.

Lain kali nak curi, curi di Kedai 1Malaysia, gerenti tak kena tangkap sebab pakai baju BN.

Tanpa Nama berkata...

Macai UMNO BN makin lama makin sakit otak mereka yea. Apakah mereka kumpulan terencat akal suka mnganiaya rakyat....???

Bapak borek , anak KANGKONG.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak edit gambar kena buat tone colour jugaklah... barulah org nak percaya sikit2... apelah bodohnya buat edit gamabar mcm ni.... BANGANG..!!

Tanpa Nama berkata...

Orang demo sembelih ayam dia pulak menyimpang merembat milo.Apa nak jadi puak baju biru neh, lebih baik dia melempang dapat upah rm1200.

Tanpa Nama berkata...

Orang demo sembelih ayam dia pulak menyimpang merembat milo.Apa nak jadi puak baju biru neh, lebih baik dia melempang dapat upah rm1200.

Tanpa Nama berkata...

Apa tindakan unit Amal bila di fitnah macam ni...

Tanpa Nama berkata...

Budak ini allergic benda warna hijau. Jadi dia ambik untuk dibuang bukan untuk mendapat wang. Siapa kata kroni miskin dan terpaksa mencuri untuk sara hidup. Harta karun mereka tak abis dimakan.

Tanpa Nama berkata...

Sedih tngok remaja2 ni yg buat kerja tu.
Mereka ada sebab, kalau ditarbiah bole berubah.
Tapi kalau dah otak pekat UMNO bukan susah sikit, tapi susah banyak utk berubah. Tapi tak cuba tak tau. Allah akan tanya.

Mereka tu memang perlu duit, harta utk enjoy & hidup, sebagaimana org lain termasuk ustaz2 & ustazah2, dll , bukan UMNO aje.

Tapi kena tunjukkan jalan & pimpin tangan mereka, harta bagaimana , enjoy bagaimana .

Dalam hal ni, aku setuju sekarang ni ustaz2 macam UAI berceramah2 mendekati pemuda2, ikut rentak mereka.

Misalnya klu mereka suka motor, minta mereka kumpulkan geng2 mereka, & ajak berkelah sambil tu tazkirah sambil solat, lepas tu main gendang ke. Lepas tu daftarkan group mereka (jangan ramai sangat) & boleh amik upah rumah ke rumah macam pengakap dulu2. Ada kerja ada upah.

Tanpa Nama berkata...

Btl,pakcik felda pn x yh ssah nk noreh getah lg,lmbt kaya..baik ambik upah lempang org je,masyuuukkkk

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan:
Bapak kangkung
Anak kengkang.

Tanpa Nama berkata...

Fitnah dan adu domba adalah darah daging puak puak yang sekarang membusuk hingga ke usus. Allah kau kurniakan mereka hidayah.

Tanpa Nama berkata...

Haiz tengok logo pun sudah tahu u main photoshop. Mata i ni bukan buta beb tapi apahal logonya smooth shj tidak pun berkedut mengikut posisi dia yg sedang duduk?

Beb mata org muda bukan buta. Tapi umat melayu semestinya buta sebab diaorg akn cakap betul punya biarpun ia terang bersuluh hasil kerja photoshop. Maklumlah pemimpin diaorg TERBAIK DI DUNIA BEB sampaikan malaikat sedang melaknat lu, lu masih lagi cakap TERBAIK DI DUNIA. Tidak tahu malu.

Manzui berkata...

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Tanpa Nama berkata...

haha...dah terang dlm harian metro tunjuk baju biru..lambang bn..nak tipu mcm mana