5 Feb 2014

[BONGKAR] Penyelewengan & Rasuah Dalam Program 1AZAM Yayasan Sayang Malaysia


Skandal 1Azam RM690 juta, lebih besar dari NFC

PETALING JAYA 4 FEB: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, skandal 1Azam lebih besar dari penyelewengan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan dana awam berjumlah RM250 juta.

“Jika ‘meletup’, ia benar-benar memalukan Umno kerana pengkhianatannya lebih besar dari kes penyelewengan dana NFC.

“Jika pengkhianatan berlaku, kerajaan Persekutuan di bawah Umno-BN membiarkan rakyat termiskin diperalat untuk mengayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, antara tahun 2010 dan 2011, kerajaan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat.

“Saya tak terkejut ada campur tangan politik menghalang beberapa orang yang disiasat kerana disyaki menyeleweng Skim 1Azam daripada didakwa,” jelas Rafizi.

Beliau telah menulis surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamad dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendesak siasatan menyeluruh pelaksanaan skim 1Azam.

Justeru, Rafizi mendesak kuasa pertuduhan melibatkan kes penyelewengan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

“Selain memperkukuh undang-undang anti rasuah sedia ada, kita perlu meminda Perlembagaan agar kuasa pendakwaan diberi kepada SPRM.

“Ini satu kes yang cukup jelas walaupun SPRM yakin dengan siasatannya sehingga membuat pengumuman dua suspek ini akan didakwa di mahkamah.

“Dengan kuasa pendakwaan berasingan, perkara asas dapat dikembalikan. Tetapi apabila kuasa mendakwa berada di tangan Peguam Negara, perkara sama berulang,” katanya. -KD

Siasat penyelewengan skim 1Azam – Rafizi


Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan penyelewengan Skim 1Azam yang dikelola Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Rafizi, Laporan Tahunan Pemandu 2011 menyatakan, kerajaan membelanjakan RM690 juta antara 2010 dan 2011 bagi program membasmi kemiskinan.

Kata Rafizi, aduan penipuan diterimanya sejak 2012 dan berlaku melalui dua cara.

Sebagai contoh katanya, jika tuntutan beberapa perkakas berjumlah RM5,000, harga sebenar adalah RM2,500.

“Beza RM2,500 dari tuntutan dibahagikan diantara beberapa orang yang terlibat.

“Harga peralatan bantuan jauh lebih rendah dari yang tuntutan dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan di antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai tertentu di kementerian,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Manakala cara kedua penipuan dibuat menurut Rafizi apabila peralatan bantuan tidak sampai kepada isi rumah miskin, sebaliknya dihantar kepada pimpinan Wanita Umno setempat.

“Namun saya berasa lega apabila SPRM menahan beberapa individu dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk terbabit di dalam pelaksanaan skim 1Azam,” kata Rafizi.

Menurut Rafizi, Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee) dan tidak banyak maklumat diperolehinya.

“Kecuali pengarahnya adalah Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil,”
kata Rafizi.

Kata Rafizi, wujud campur tangan politik yang menghalang beberapa orang disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah Skim 1Azam daripada didakwa.

“SPRM dah kumpul data, tapi sembunyi dari orang awam.

“Nampaknya kerajaan tidak telus dengan projek yang dibuat dan menggunakan nama orang miskin untuk mengayakan beberapa orang,” tegas Rafizi.


Siasatan selamat wang rakya


PUTRAJAYA - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung program 1Azam diharapkan dapat menyekat lebih banyak penyelewengan wang rakyat.

Sepanjang program itu, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 billion dan 132,511 individu layak menerimanya di seluruh negara sejak projek perintis dijalankan akhir Januari 2010 lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, siasatan menjurus kepada individu yang cuba melakukan salah laku berkaitan program itu.

"Program yang dilakukan adalah baik untuk rakyat, tetapi ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap peruntukan yang disediakan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Suhaimi Ibrahim dan beberapa individu bagi tujuan membantu siasatan.

Ketika ditanya berhubung status siasatan, Abu Kassim enggan mengulas lanjut kerana siasatan sedang berjalan.

Jelasnya, pelaksanaan beberapa program meningkatkan taraf hidup rakyat dan golongan sasaran dilakukan kerajaan sangat baik dan bermanfaat.

Namun di sesetengah organisasi terdapat individu mengambil peluang demi kepentingan diri.


"Dalam organisasi mereka menjadi titik hitam ini perlu dikeluarkan supaya matlamat dan objektif berjaya," katanya.

Dalam perkembangan lain bagi membendung kegiatan salah laku dalam agensi kerajaan mahupun swasta berlaku, Abu Kassim berkata, SPRM ada menawarkan khidmat nasihat dan rundingan.

"SPRM mengalu-alukan mana-mana kementerian, kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun swasta yang mahu khidmat profesional mereka berhubung integriti dan perjalanan prosedur bagi mengurangkan gejala rasuah. Selain menasihatkan, pegawai SPRM juga ditempatkan di organisasi itu," katanya.

Tambahnya, kejayaan pelaksanaan dibuktikan di mana salah satu negeri menggunakan khidmat SPRM, berjaya meningkatkan hasil buminya melalui kutipan cukai yang sebelum ini merosot.
-SH September 20, 2013



6 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Kalau benarnya penyelewengan ini berlaku, maka haramjadah betul UMNO ni.

Tanpa Nama berkata...

Dicadangkan dalam kes rasuah diberi kuasa khas kepada SPRM seperti kuasa mendakwa sendiri selepas penyiasatan dilakukan dalam mahkamah khas rasuah.Tak perlu takut kerana perbicaraan berjalan macam biasa; ada hakim, pendakwa dan peguam bela. Peguam bela boleh dipilih dengan bebas oleh tertuduh. Peguam bela boleh pertahankan anak guamnya secara telus dengan hujah-hujah yang kukuh dan munasabah untuk membantah hujah pihak pendakwa. Akhirnya terpulang kepada hakim yang adil untuk membuat keputusan.Yang penting berani kerana benar takut kerana salah.

Tanpa Nama berkata...

bongkarrrr jangan tak bongkar, rakyat melarat, di bawah pimpinan yang korup. menanggung bebanan hidup yang berpanjangan akibat tidak amanah dan tiada kejujuran dalam membela rakyat. hapuskan keparattttt.

Carlos Santiago berkata...

nak tahu details.. turun padang.. pi tanya kat kampung.. mereka peserta azam tani tak.. hah, rakam perbualan kat situ..

Tanpa Nama berkata...

saya nak tanya adakah peguam negara juga kaki rasuah, banyak pendakwaan dibuat secara terpilih?

Tanpa Nama berkata...

baru 690juta asal rege kangkong masih murah ok la tu, 15 feb dah dapek br1m.