28 Feb 2014

[VIDEO] Blogger Lucah UMNO, Papagomo Diarah Bayar RM800,000 Kepada Anwar


Mahkamah Tinggi arah Papa Gomo bayar RM800,000 kepada Anwar

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman sebanyak RM100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana memuatnaik empat siri tulisan yang memfitnahnya pada 16, 17, 19 dan 20 Mac dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau.

Menurut penyataan tuntutan itu juga defenden telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Wan Muhammad Azri sebelum ini memberitahu mahkamah beliau bukanlah pemilik blog Papa Gomo.

Peguam Anwar, N Surendran mengatakan ganti rugi tersebut adalah yang terbesar pernah dimenangi Anwar.

"Keputusan ini adalah isyarat jelas seseorang perlu membayar selepas mencemarkan maruah individu lain," katanya.

Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai juga mengatakan "perbuatan jahat" blogger berkenaan dilakukan sebelum pilihan raya umum Mei lalu.

"Keputusan ini juga membuktikan Anwar bukanlah orang dalam video itu," kata Surendran. -TMI




ULASAN GB

Dulu sudah kena RM500,000. Hari ini RM800,000

Dulu, mahkamah telah memutuskan bahawa papagomo adalah seorang PENDUSTA.

The judge calls Wan Muhammad Azri Wan Deris a 'liar' for denying he is the blogger, and fines him RM500,000.


GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan menjadi kenyataan.

Kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa!


Petikan:

GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks.

Tetapi tak ada siasatan dilakukan, malah papagomo semakin galak menyiar gambar porno dan video lucah.

Yang penting sekarang, ialah laporan polis terhadap polis dan pegawai SKMM yang tak menjalankan kerjanya.

Mentang-mentang duduk sekapal dalam UMNO.

Tak apa, satu hari papagomo tetap kena. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga.

Doa lagi: Ya Allah buktikan kebenaran itu kebenaran....


Doa orang yang baik-baik dan yang dizalimi akan tetap mengatasi amalan dan doa orang yang jahat-jahat.


Dan di dalam satu ulasan GB yang lain GB telah nukilkan

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard!

6 ulasan:

BaDiN berkata...

Padan dgn muka dia TAPI beliau akan mendapat pertolongan dari Umnoo dan sekutu2nya untuk bayar jumlah tersebut.Beliau tidak pernah serik dan akn terus dgn sikapnya suka membuat fitnah dgn cara lain pula.

Awanama berkata...

Apa lagi, bayarlah. Walaupun hutang tidak bagus tapi hutang sekeliling pinggang lebih baik saman mahkahmah sekeliling pinggang.

Awanama berkata...

Itu lah hidup ni jangan selalu nya org.

Awanama berkata...

Kpd blogger2 pakatan terutamanya blogger2 OTAI parti PAS coba sama2 kita renong sdlm2nya impak hakikat hakikat dan HAKIKAT yg hampir 100% dr kita terlepas pandang..

--A)Papa Gomo-Lucah
gomo slalu promo idea lucah porno dgn video2 fitnah..hampir semua org geram dan MARAH trmsuk ahli2 umno totok yg agak WARAS,,,blogger PAS dah tentu KUTUK gomo kaw kaw!!!

--B)Hadi Awang-Pil Kuda
ala ala nak cegah MUNGKAR dgn bagi gempar satu DONIA ttpi sgt JELAS mnggunakan saluran prime-TIME TV3 dan muka depan Meloya yg trkenal mnjd saluran FITNAH paling jahat itu kenapa dan apa MOTIFnya?

Renongan..
-adakah 'swing' mood pengundi dpt brtambah dgn plot2 lucah lucah lucah gomo itu @ berlaku yg sebaliknya krn ramai yg dah naik MUNTAH dgn gomo?

-bgmn pula dgn plot isu komunis dan pil kuda? Tentu ramai sekali yg terpegun @ KAGUM sekali dgn Hadi dan PASTI ramai sekali pnyokong2 setia/ahli kpd PAS dan melayu atas pagar tidak akan mengundi PKR lagi trutama skali dgn adanya saranan wajib wala' kpd pemimpin parti!

Ayoh sama2 kita nilaikan sndiri sapekah yg sbnar2nya mampu mmberi impak kepuasan kegumbiraan MAKSIMUM kpd Mahathir Daim dan lanun2 setan yg dikenali..adakah gomo atau Hadi ddlm pru13 tempoh hari?

Sbg blogger2 yg waras anda TENTU pasti kenapa undi melayu sgt MEROSOT kpd PR terutama diluar bandar yg sgt trdedah kpd utusex dan TV3..dan anda wajib insafi, sape yg wajar anda kutuk kaw kaw slps pencerahan ini?

Klu Gomo promosikan lucah Hadi pula dgn jls bermain FITNAH!

Amuraria berkata...

dajjal ni tak akan sesal malah akan naik tocang lagi kerana parti gerombolan sekutu apco pandi kutty 'backing' kuat dia ! ABU !

Awanama berkata...

Alhamdulillah orang yang zalim pasti di hukum oleh Allah di dunia dan diakhirat. Kepada Wan Muhammad Azri berTAUBAT lah selagi Allah beri peluang hidup di dunia ini. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, bertambah lagi dana PAKATAN RAKYAT untuk PRU14 nanti.