15 Jan 2014

"TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman


Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa.

“Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

“Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

“Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

“Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram,” katanya. -TMI
br>


... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yg dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. X kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yg tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah..

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

So tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je..

ADA FAHAM??!!!
-FB orenji


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasalah taktik kangkung.....pertama dia salahkah agama lain, lepas tu salahkan kerajaan pakatan rakyat ( selangor ).Sekarang kangkung cuba modal bangsa pula, lama-lama kerajaan pr yang disalahkan.Begitulah taktik kangkung hendak merampas negeri pakatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

nasib student macam mana. sepatutnya kerajann selangor kena respon awal masalah ni..

Tanpa Nama berkata...

Suka atau tidak, pengundi atas pagar pasti merasa curiga dengan sebarang tindakan berbau DAP...

Berhati-hatilah...

Dan unndi kaum Cina pun tak selamanya bersama DAP.

Tanpa Nama berkata...

Bagus betul menteri dan blogger kangkung buat cerita. Macam real beb.

UMNO oh UMNO sudahlah lu tinggalkan tahi (masalah) kpd PR utk selesaikan lu nak salahkan PR atas tahi yg u telah tinggalkan? Andai kata we go toilet awam or wat so ever dan org yg sebelumnya ini (UMNO) tidak flush selepas buang tahi di mangkuk tandas, apa perasaan kita (PR) apabila guna tandas yg masih bertahi lagi?

Walaubagaimanapun for PR since tis quite slow respond, lu kena fikirkan juga student giatmara yg lu arahkan pusatnya ditutup.

So conclusion here UMNO punya salah lu tidak bertangungjawab atas masalah yg bakal berlaku kpd pusat giatmara if kerajaan negeri nak ambil tanah tersebut plus guna pusat giatmara mcm harta lu sendiri. For PR lu lambat respond dalam hal ni dan nasib student giatmara sekarang tak tahu mcm mana.

Tanpa Nama berkata...

Apabila kita memperbodohkan insan-insan lain, dengan tipu helah menjijikan, mengaibkan mereka....
ALLAH LEPAS CEPAT DAN PANTAS MENGAIBKAN KITA, sehingga tak dapat mengelaurkan kata-kata dan kalimah yang bijak dan bernas sebagai PEMIMPIN.dan akhirnya kata-kata bodoh itu menjadi bahan ejekan dan mainan yang KEJAKSANAAN PEMIMPIN ITU.

Tanpa Nama berkata...

Giatmara dibawah pentadbiran dan kelolaan mara betul..! Tapi operasinya di Selangor kebanyakan dibuat di tapak yg di sewa pd kadar rendah kerana aktiviti giatmara tidak berpaksikan keuntungan...di bawah kerajaan BN giatmara di berikan keistimewaan menyewa di premis2 milik PKNS dgn harga yg paling minimum dan ada setengah2 tempat tidak dikenakan sewa langsung jika mengutamakan anak Negeri Selangor.Di bawah pentadbiran PR yg merakyatkan economi Selangor ini dilihat menguntungkan sebelah pihak kerana konsep mara yg mengutamakan Bumiputera dan Melayu.

pelik..tak de cara lain ke selain penuntupan giatmara? itu bkn tmpt lain tp tmpt mnuntut ilmu jugak n telah byk berjasa utk org Melayu yg terkandas dlm pelajaran..bkn ke pihak kamu juga yg mnjanjikn pendidkan percuma etc etc? ada cara lain yg lbh pragmatik boleh diusahakan dgn semua pihak saling duduk berbincag mencari solusi yg lbh baik bknnya terus halau mcm tu..

Kata parti yg menjaga kebajikan rakyat...........

BaDiN berkata...

hooiii insan 4.30 PM kamu tak faham ke apa masalahnya.Giat Mara adalah milik MARA kendalian org kuat umnoo.Beli shj tanah tu selesai masalah dan lagi Giat Mara digunakan umnoo utk kepentingan umnoo.Jgn lari dari tajuk laahh.Di Negeri Melaka PASTI diruntuhkan dan tidak dibenarkan beroperasi.Dahulu di Tganu pernah terjadi MASJID diruntuhkan oleh umnoo.Tanah2 yg diberikan kpd rakyat dirampas oleh kerajaan Umnoo.
Umnoo jadikan Giat Mara sebagai markas umnoo,Bilik Gerakan BN tiada tpt lain ke umnoo nak beroperasi.Ini adalah cara politik mafia yang memberikan masalah kpd Kerajaan Selangor.Duduk ditanah milik kerajaan Selangor dan dibuat seperti duduk ditanah sendiri.Setiap negeri ada undang2 tanah sendiri sesiapa yg melanggarnya akan diambil tindakan.Akta Tanah Negara pun akan ambil tindakan yg sama jika melanggarnya.Umnoo jgn lupa bahawa kamu adalah pembangkang di Selangor MAKA tak heranlah Umnoo akan buat onar demi melangsungkan kerja2 jahat umnoo.Kalau umnoo cerdik kenapa tidak diambil tindakan mahkamah supaya yg keruh dapat dijernihkan.Bodoh bin Baghal org2 Parti Umnoo ni.

iswara berkata...

Baca dan Faham apa kata,Jgn jadi bodoh wahai pencacai Parti umnoo.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak mahu melayan dakwaan Umno bahawa kerajaan negeri mahu menutup Pusat Giat Mara di Selayang, dekat ibu negara.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, kerajaan negeri pada 4 Disember lalu memberi notis kepada Giat Mara Sdn Bhd setelah mendapati keadaannya tidak mencapai tahap yang baik dan perlu pembaikan.

Pusat itu didikan akan tanah milik kerajaan negeri.

"Kita bagi notis satu tahun untuk pihak Giat Mara Sdn Bhd memperbaiki bangunan dan kemudahan di situ serta membuktikan kemampuan mereka kepada kerajaan negeri.

“Kalau (mereka) tidak mampu, kita akan ambil alih kerana ada syarikat yang berminat memberi latihan membuat alatan kapal terbang," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan memprotes apa yang didakwanya penindasan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor terhadap orang Melayu.

Sohaimi dilaporkan mendakwa pusat Giat Mara yang beroperasi sejak 1993 di Selayang untuk membantu anak Melayu dalam bidang kemahiran setelah tamat persekolahan atas usaha MARA, kini diusir satu persatu di Selangor untuk kepentingan politik dan perniagaan Pakatan Rakyat.

Khalid berkata pasukan khas tanah Selangor yang memeriksa tanah milik kerajaan negeri untuk mengenalpasti dan membuat laporan terhadap setiap tanah milik kerajaan negeri.

Hal ini tambah Khalid, untuk bersedia dan mengemaskini akaun tanah di setiap daerah Selangor dalam pangkalan data tanah kebangsaan.

Bagaimanapun, katanya, pasukan tersebut mendapati tanah yang diduduki Pusat Giat Mara itu sepatutnya didirikan sebuah dewan orang ramai dan bukannya pusat latihan vokasional.

"Dalam tiga empat tahun akan datang, satu sistem perakauanan negara akan menyatukan akaun dan laporan tanah setiap negeri

"Jadi bila hal ini berlaku, pegawai tanah daerah Gombak (di bawah kerajaan negeri) telah keluarkan satu notis," katanya.

Tanpa Nama berkata...

Bro,
Ramai yang hanya tahu menyalahkan orang lain tak kira UMNO atau PR. Jangan pasal orang Melayu melalak sesama sendiri, yang menangnya orang lain.

Giat Mara ditubuhkan untuk melatih anak Melayu perlu diteruskan dan isu itu tidak sepatutnya diketepikan atas alasan keuntungan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

Apakah berjuta Melayu mesti turut jadi Kangkong bagi mempertahan Melayu yang sudah Kangkong otaknya ? Tak belajar agama ke ? Mesti bangga jadi orang bodoh yea ???

Tanpa Nama berkata...

GIAT MARA NI UNTUK PENDIDIKAN ANAK2 APALAH SALAHNYA DIBIARKAN SAJA.

JIKA BENDERA UMNO JADI ISU TUKARLAH PENTADBIRAN KOLEJ TU, BERI ARAHAN.

ANAK SAYA YANG SOKONG PAS PUN TERIMA BIASISWA DARIPADA MARA.

JANGAN DISEBABKAN POLITIK PENDIDIKAN & MASA DEPAN ANAK-ANAK TERGADAI!

Tanpa Nama berkata...

Dah. Sebab utama nya ialah ada orang nak buka koleh latihan alat penetbanagan ditapak giat mara tersebut. Kalau mcm tu khalid perlu terangkan kenapa kolej itu boleh dibuka dan kenapa giat mara tidak boleh? Berapa banyak kolej baru tu beri dan invest?