23 Jan 2014

Tambang Naik: Jawapan Kangkung Dari Seorang Bekas Menteri Kangkung


Tiada ibu bapa rela kenaikan tambang bas sekolah

KUALA LUMPUR 22 JAN: Tiada ibu bapa yang merelakan kenaikan tambang bas sekolah anak-anak mereka, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri.

Justeru katanya, kenyataan Tan Sri Syed Hamid Albar bahawa kenaikan tambang bas sekolah berpunca dari kesanggupan ibu bapa membayar kadar baru tersebut langsung tidak masuk akal.

“Mana ada ibu bapa yang sanggup membayar kenaikan tambang bas sekolah,” kata Yahya kepada Keadilandaily.

Kata Yahya, Syed Hamid Albar sepatutnya mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya mengeluarkan kenyatan tidak bertanggungjawb.

Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah sebanyak 40 peratus bermula Januari 2014.

Difahamkan, antara punca kenaikan tambang bas sekolah adalah kenikan harga kos alat ganti bas dan harga diesel tinggi yang perlu ditanggung oleh pengusaha bas.

Dalam pada itu kata Yahya, kenaikan tambang bas sekolah membebankan ibu bapa yang terpaksa menanggung kos sara hidup sedia ada yang tinggi.

“Kenaikan harga bahan mentah, kenaikan harga petrol, diesel, tarif elektrik, tarif air dan tol merupakan faktor ibu bapa terus dibebani masalah,” kata Yahya. -KD

Ibu bapa sanggup bayar kenaikan tambang bas sekolah, kata Hamid Albar


Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini mendakwa isu kenaikan tambang bas sekolah juga berpunca daripada kesanggupan ibu bapa membayar kadar baharu tersebut.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) itu berkata, tidak timbul isu kedegilan pengendali bas sekolah yang tetap ingin menaikkan kadar tambang sebanyak 40%, kerana akhirnya ibu bapa terpaksa akur apabila tiada alternatif lain untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Beliau berkata, Spad membuka talian bebas tol untuk ibu bapa membuat laporan, agar tindakan dapat diambil.

"Kadar kenaikan ini tidak akan berlaku kalau tidak kerana ibu bapa yang sanggup membayar, dan selama ini pun yang kedengaran hanya rungutan namun tidak ada tampil membuat laporan," katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan program kempen kesedaran dan pematuhan Spad ICOP di Stesyen Bandar Tasik Selatan.

Sebelum ini Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sebanyak 40%, walaupun Spad masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

Oleh kerana tiada ibu bapa yang tampil membuat laporan, beliau berkata Spad tidak dapat mengambil tindakan terhadap pemilik bas sekolah yang menaikkan kadar tambang.

Katanya, keadaan pasti bertambah sukar bagi ibu bapa sekiranya Spad bertindak menggantung lesen bas sekolah.

Kalau kita ambil tindakan batalkan lesen pengusaha bas sekolah jadi bagaimana budak hendak pergi sekolah? " soalnya.

"Sekiranya ibu bapa tampil membuat aduan berserta bukti, maka perkara ini pasti boleh dibawa ke mahkamah."

Syed Hamid berkata Spad kini dalam usaha memikirkan cadangan bagi mengurangkan kos kenaikan kepada pengusaha bas sekolah.

Salah satu cadangan yang mungkin dikemukakan adalah penggunaan iklan bergerak sebagai pendapatan lebih bagi pengusaha bas, supaya mereka tidak menaikkan tambang bas sekolah, katanya.

Apabila ditanya adakah kemungkinan akan berlakunya kenaikan kadar tambang pada pengangkutan awam lain, beliau berkata pihaknya cuma menyelaraskan, bukannya menaikkan.

"Ada perbezaan antara menaikkan dan menyelaraskan, dan kita lebih senang dengan terma penyelarasan kadar," katanya.

Tambahnya, kuasa untuk menaikkan kadar pengangkutan awam juga tidak terletak pada Spad.

"Kita tidak ada kuasa untuk itu, tapi kita akan menyelaraskan, dengan erti kata lain, melihat kadar yang boleh diterima semua.
-TMI 21 Januari, 2014


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hamid sepatutnya buat kerja bukan menyalahkan ibu bapa pulak. nampak sgt hamid ni seorg yg penakut dan dayus. kena gertak skit dgn geng bas sekolah dh kecut...

Tanpa Nama berkata...

KKANGKONG KOTA TINGGI

Tanpa Nama berkata...

Saya amat sedih melihat pemimpin yang sudah tua dan banyak pengalaman masih tidak tahu menjaga harga diri dan maruah sanggup membodohkan diri dengan memberi kenyataan benggap tahap KANGKUNG , menggangap Rakyat itu bodoh setahap mereka.

Lebih sedih lagi, ianya Anak Melayu yang cuba membahalolkan Bangsa Melayu , Bangsanya, sendiri.

Masya Allah !!!! Daif amat tahap pemikiran dan kehidupan sebenar mereka mereka Pemimpin KANGKONG ini.

Tanpa Nama berkata...

Memanglah ibu-bapa boleh bayar kerana TERPAKSA.Kalau tak bayar anak-anak tak pergi sekolahlah wahai mangkok ayun.Membayar bermakna satu lobang yg besar kpd saku ibu-bapa.Pernah jadi mentri takkan ini pun tak faham.Pengerusi SPAD gaji RM 10,000 tapi otak dah kering kerana kepala botak.

Tanpa Nama berkata...

Assalam tuan ... ada sesiapa punya link atau cerita yang sahih berkenaan bagaimana daim dan frenandez(air asia) bolh jadi kaya

Tanpa Nama berkata...

Anak menteri ni pegi sekolah naik mercedes dan memang dia mampu. Driver hantar, minyak free hang senang le cakap. Rakyat miskin kalau 7 anak sekolah, hang tolong kira tengok. Siap2 bungkus fail hang pru14 nanti kau digulingkan bersama kapai cap keris.

Tanpa Nama berkata...

Kalau lu cakap ibubapa itu adalah perdana menteri kangkung, menteri - menteri kangkung, timbalan menteri kangkung dan seumpama dengannya tak apa beb sebab berduit hasil duit rakyat yg telah dipau.

Tapi yg jadi ibubapa bukan menteri shj tapi rakyat juga apatah lagi yg gajinya hanya 400 - 600 sebulan. Amcm diaorg bergaji 400 - 600 nak makan beb?

Tapi tak apa beb bagi umat melayu sebab bagi diaorg ok sahaja biarpun menteri berikan tahi kpd diaorg. Please lu jangan samakan kita dengan umat melayu yg sememangya sudah bodoh dari dulu kini dan selamanya, lagipun we all tak akn terima tahi yg telah lu berikan beb.