29 Jan 2014

Kes Rogol & Bunuh: Remaja Berdepan Dengan Hukuman Mati Mandatori Jika Sabit Kesalahan

Alor Setar - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini semalam, atas tuduhan membunuh seorang budak perempuan berusia 14 tahun tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tawaran jaminan.

Mohd Khairul menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukin Tajar, dekat sini.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Sementara itu, rakannya, Muhammad Nazziem Roslan, 19, dibebaskan dengan bon jaminan RM300,000 (tanpa cagaran) mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam kejadian 29 November 2013, anak sulung pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Noor Syafikah Nadia, ditemui orang awam dalam keadaan meniarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang, 30 November, di kawasan sawah dekat Kampung Alor Senibong, Langgar.

Manakala dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akma, 3, turut ditemui mati kira-kira jam 3 petang keesokan harinya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.

ULASAN GB

Berapa banyak sudah berlaku kes rogol berakhir dengan pembunuhan. Demikianlah yang berlaku jika mengikut nafsu iblis. Dosa di atas dosa...kemudian bersama dengan keluarga iblis di neraka.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

6 ulasan:

Ammy Hassan berkata...

Sayang umo masih muda... tp kita x perlukan org2 ini... kecuali waris memaafkn..

Tanpa Nama berkata...

GB,
Patutnya ayat itu berbunyi, "GITULAH JADINYA JIKA TOLAK HUKUM ALLAH....."
Sebenarnya saya rasa kurang tepat ungkapan GB, "..... kalau ikut nafsu syaitan dan iblis...."
Syaitan jenis dari malaikat, tak ada nafsu, dalam Al Quran & hadis tak pernah ada cerita berkahwin dan beranak, apatah lagi merogol......
Orang Melayu Islam pandai mengolah kisah dan kiasan tapi rasanya tak tepat....... Syaitan hanya menggoda.... nafsu manusia melksana....
Tak taulah apa nak kata orang jenis ini

Tanpa Nama berkata...

Kalu kena ko anok menteri baru gelepar nak jalankan hudud..

Tanpa Nama berkata...

Budak ni pun dulu sempat mak ayah hantar sekolah agama di Langgar, tapi setakat tingkatan 2 aja. Lepas tu dah tak mau belajar.
Akhirnya terlibatlah dengan benda2 ais dan dadah.
Bapa pula khabarnya peminat air ketum tegar. Yang kasihan si ibu lah. Mana lah terpaksa berulang jauh menziarah nenek tua yang uzur. Sekarang anak yang di harap membantu sudah jadi samoah masyarakat.
Kita pun dah tak tahu apa lagi solusinya.

Tanpa Nama berkata...

Nauzubillah!!!

Tanpa Nama berkata...

Gantung saja lah dari buang duit rakyat bagi makan minum dalam jel tu...