30 Jan 2014

[EDISI TERDESAK] Lee Cong Wei Dicadangkan Untuk Lawan Anwar

Zahidi cadangkan Lee Chong Wei dipilih calon BN Kajang

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat MCA perlu meletakkan calon yang popular untuk mengatasi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jika MCA meletakkan calon tempatan yang dikenali ramai tetapi ia tidak dapat mengatasi populariti Anwar Ibrahim yang terkenal di seluruh dunia.

“Justru itu saya mencadangkan supaya MCA meletakkan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN di Kajang,” katanya kepada FMT malam tadi.

Beliau yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata jika Lee Chong Wei menjadi calon BN, ia dapat “divert” pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Katanya, jika MCA pernah meletakkan pemain bola sepak, Soh Chin Aun bertanding di parlimen Kota Melaka pada tahun 1986, apa salahnya MCA meletakkan Lee Chong Wei yang terkenal di seluruh dunia juga.

Zahidi menambah jika MCA meletakkan calon baru, BN akan kalah teruk kerana para pengundi belum mengenali calon tersebut.

“Sebaliknya jika Lim Chong Wei bertanding, para pengundi sudah mengenali beliau dan tidak mustahil beliau dapat membuat kejutan mengalahkan Anwar Ibrahim.

Tiga hari lepas, Lee Chin Cheh telak meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang. Keesokannya walaupun SPR belum bermesyuarat menetapkan tarikh hari penamaan calon, PKR sudah mengumumkan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sebagai calon dalam RK tersebut.

SPR akan bermesyuarat pada 5 Februari ini untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi. -FMT

ULASAN GB

Begitu huru-hara dan kelam-kabut BN sekarang untuk menghadapi PRK Kajang. Puad Zakarshi minta UMNO BN tidak bertandng, MCA tibai Khairy Jamaluddin kerana Khairy kata calon BN tak semestinya daripada MCA. Najib kemuka alasan konon Kajang merupakan masalah PKR, jadi beliau tak wajar bertanding apabila cabaran dibuat agar Najib sendiri bertanding melawan Anwar.

Last-last Zahidi Zainul Abidin pula mencadangkan nama Lee Chong Wei sebagai calon BN.

Kalau Najib sebagai PM sendiri takut untuk bertanding di Kajang baik tak usah bertandinglah.... macam PRK Penanti dulu. Siapa lebih hebat dari Najib dalam BN?

UMNO BN dah nampak petanda jelas ia bakal dikangkungkan di Kajang...

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak DUMNO ini bahalol lah..,. Betul betul otak udang.

Calon terkenal satu dunia adalah Ketua Kangkong sendiri pun tak tahu,,..

Otak bacul betul , dah tua pun NGOK lagi !!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu letak PM Najib, wakil UMNO dengan lambang Kangkung.....

Tanpa Nama berkata...

Mentaliti dungu. Pemilihan calon dlm p/raya berpaksikan keupayaan & kearifan mentadbir negeri/negara. Meletak calon popular tanpa mengira bidang kepakaran sama mcm meletak juara raja lawak jadi tekong s/takraw. Kalau ye pun nak menang,jgn nampak kekangkungan sangat.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya najib yg jd calon BN di kajang. baru bertemu buku dan ruas, lagipun najib tu ketua pembangkang di selangor ..

Tanpa Nama berkata...

Letaklah siapa pun atas lambang BN, pasti kalah kerana rakyat sebenarnya telah menyampah serta meluat dgn BN. Itupun BN tak perasan sebab memang kangkung punya spesis.

Tanpa Nama berkata...

Kebenaran terserlah lagi....lihat lah kebathilan makin pupus, begitu jugak dengan UMNO dan BN dan lihatlah percanggahan antara pemimpin mereka..masing2 macam enau dalam belukar dan mereka kehilangan idea bagaimana hendak melawan pemimpin pembangkang tersohor. begitu lah kalau dah terdesak...Teruskan sdr Anwar..lawan tetap lawan walaupun Pemuda PAS tidak merestui, Rakyat Marhaen merestui anda.. Anda memang layak di calunkan kerana anda telah melalui asam garam perjuangan dan penghinaan olih UMNO dan sekutu nya.teruskan...

Tanpa Nama berkata...

Otak kangkung. Chong Wei tak layanlah cadangan ini.

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa letak Rosmah konfem menang sebab dia sangat berjasa pada negara, org kajang pasti nak balas jasa rosmah, bolehlah lantik dia jadi ketua pembangkang...

Tanpa Nama berkata...

Elok lah lee chong wei jadi calon. Nanti kalau menang dia boleh ajar penduduk kajang main badminton. Itu ideal yg sgt bagus. Kalau kalah ramai2 kita nyanyi lagu lengang kangkong

Tanpa Nama berkata...

BN bagi al kutty la.. nampak macam dia dok minat saja..... dia ok pa..

Tanpa Nama berkata...

Woi latuk.....Tak tahu ke Lee Chong Wei penyokong kuat DAP....Binggung punya latuk

Tanpa Nama berkata...

Woi Latuk...Tak tahu ke Lee Chong Wei penyokong kuat DAP....Binggung punya Latuk

Tanpa Nama berkata...

Zahidi,ooii... Suruh Lee Chong Wei tu, kalahkan Lin Dan banyak-banyak dulu, kemudian baru cadangkan dia lawan Nawar. Kalau akai letak kat kepala lutut, itulah jadinya...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang Dato' Lee Chong Wei dikenali semua, samada dari BN mahu pun dari PR. Peminat dia juga terdiri dari penyokong BN dan PR. Sekiranya dia menjadi calun BN, kemungkinan peminatnya dari PR akan hilang penghormatandan terhadap karrier dan pencapaian cemerlang badmintonnya selama ini.Tidak kiralah samada beliau kalah atau menang PRK nanti.

Maka lebih baiklah Dato' Lee Chong Wei fikir puasx sebelum menerima pencalunan tersebut. Sekiranya tidak menjadi calun, Dato' Lee Chong Wei akan terus diminati dan diberi sokongan dan penghormatan oleh semua golongan rakyat.

Katu Lutong Pongan berkata...

Umno dicadangkan letak datuk shahruk khan.... khan...kan..kan....kah.