26 Jan 2014

Cadangan Bawa Masuk Semula Mahathir Buktikan Najib PM Yang Tongong - Sakmongkol


Cadangan bekas menteri bawa masuk semula Dr Mahathir, bukti kepimpinan Najib lemah

adangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya membawa kembali Tun Dr Mahathir Mohamad ke Putrajaya adalah satu lagi bukti betapa lemahnya pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, ia membuktikan Najib langsung tidak mempunyai kredibiliti kepimpinan dan selama ini hanya bergantung pada nama bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

“Maksud cadangan itu jelas menunjukkan Najib tidak ada guna. Soalnya mengapa Mahathir?

“Dengan menggunakan alasan membawa kembali Mahathir supaya dapat memimpin tangan Najib dan menjadi mentor kepadanya, ini menimbulkan persoalan apakah Najib ‘baru pandai berjalan’?

“UMNO diterajui beliau jelas bercelaru sekali, jadi benarlah kata seorang mantan Menteri Kewangan bahawa Najib tidak memiliki kemampuan untuk mentadbir negara. Apa yang berjaya diperoleh hanya menjadi anak Tun Razak, itu saja,” katanya.

Menurut Mohd Ariff Sabri, cadangan Zainuddin itu turut mengesahkan bahawa Najib tidak mengutip sebarang pengalaman sepanjang proses ‘mentoring and apprenticeship’ di dalam UMNO sejak 1976.

“Terbukti Najib ialah seorang pemimpin dungu.
Jadi menteri sejak 1976, 2009 menjadi Perdana Menteri. Ertinya sudah dimentorkan selama 32 tahun, apa yang dilakukan?

“Ramai pemimpin yang boleh dipelajari cara kepimpinannya waktu itu, kecuali beliau tidur atau terlalu sibuk dengan ‘extra mural activities’ lain atau dipilih hanya kerana rakyat dirundung kesedihan akibat takut baka Tun Razak tidak ada di Pekan.

“Malaysia menuai apa yang ditanam. Kita telah tanam pokok mangga jantan yang tidak boleh menghasilkan buah,” ujarnya.

Beliau dengan sinis turut mencadangkan pimpinan UMNO membuat laporan polis terhadap Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam kerana mengemukakan cadangan yang amat menghina Najib.

“Buat masa ini, saya kira amat baik jika gerombolan ‘God-King and Country’ membuat laporan polis ke atas Zainuddin kerana cadanganya yang ternyata mencela dan menghina Najib. Tunggu apa lagi?,” ujarnya.

Portal The Malaysian Insider minggu lalu melaporkan saranan Zainuddin agar Najib membawa semula Mahathir dan menjadikannya sebagai mentor seperti Singapura mengambil Lee Kuan Yew supaya dapat kembali berkuasa serta berpengaruh.

Antara lain dalam cadangannya itu adalah menggesa kerajaan membuat keputusan segera supaya Mahathir diberi kedudukan khas agar dapat memberi sokongan moral kepada Najib.


Mentor-Mentee

UMNO dibawah pimpinan Najib amat bercelaru sekali. Najib kelihatan tidak tahu membuat apa2. Benarlah kata bekas seorang menteri kewangan- Najib hasn’t got what it takes to run the country. What has Najib got? He has an indisputable claim on being Tun Razak’s son. That’s all.

Maka kedengaran lah cubaan dan cadangan membawa Dr Mahathir sebagai mentor kepada Najib.

Apa maksud cadangan itu? Membawa kembali Dr Mahathir is as good as menjadikan Dr Mahathir PM sekali lagi. Maknanya, Najib must be a real dud and nitwit. Adapun alasan membawa kembali Dr Mahahir ialah supaya dia memimpin tangan Dato Najib dan jadi mentor kepada Najib. Najib baru pandai berjalan kah? Atau mempunyai kerencatan akal?

Bukankah Najib sudah melalui mentoring dan apprenticeship sejak tahun 1976 lagi? Bukan sedikit tokoh2 besar yang boleh dipelajari oleh Najib. Pada zaman Tun Hussein, dia boleh belajar dari pimpinan Ghazali Shafie, Musa Hitam, Tengku Razaleigh.

Pada zaman Mahathir- dari Mahathir sendiri dan dari kaisar ekonomi negara Daim Zainudin. Ertinya, jika mahu pengajaran dan tunjuk ajar, jika dia cergas otak- dia sudah boleh jadi PM yang terbaik. Kecuali ketika itu, Najib tidor atau sibuk dengan extra mural activities yang lain.

Dia sudah mendapat mentoring sejak tahun 1976 lagi setelah megambil alih tempat Tun Razak. Ketika itu, tidak ada orang tahu pun potensi pimpinan nya. kerana dirundung kesedihan maka rakyat Pekan menerima pergantian nya takut2 baka Tun Razak tidak ada di Pekan. Kini, Malaysia menuai apa yang kita tanam. Kita telah tanah pokok mangga jantan yang tidak boleh menghasilkan buah.

Cadangan membawa kembali Dr Mahathir, megesahkan Najib ialah seorang pemimpin tongong. Berapa lama dia sudah di mentor? Sejak Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Pak Lah. Dia jadi menteri sejak 1976. Pada tahun 2009 jadi PM ertinya dia sudah pun di mentorkan selama 32 tahun( 1976-2008) kalau dia tidak cukup lagi menimba ilmu memimpin negara, apa yang dia lakukan selama 32 tahun tersebut?

Jika Najib disahkan sebagai useless, mengapa tidak diganti? Soalanya kenapa mesti diganti oleh Dr Mahathir? Jika Mahathir dilantik sebagai mentor, it is as good as saying Dr Mahathir PM sekali lagi.

Jika terlalu bangsat sengat UMNO dari segi kepimpinan, kenapa tidak Tengku Razaleigh Hamzah? TRH satu2nya pemimpin UMNO yang boleh mengatasi kepandaian Dr Mahathir. Ramai tidak tahu bahawa idea mengujudkan pusat pentadbiran adalah hasil fikiran Tengku Razaleigh Hamzah. Tengku mahu membina Gua Musang sebagai pusat pentabiran Kelantan. Tapi bila Dr Mahathir jadi PM, idea tersebut ditamat riawayatkan. Idea itu kemudiannya mencetuskan penubuhan Putrajaya. Maka semua orang ingat Dr Mahathir memikirkan kelahiran Putrajaya.

Jika UMNO mahukan orang Melayu menyokong UMNO semula, panggil Tengku Razaleigh jadi presien UMNO dan PM.

Tapi buat masa ini, amat baik jika gerombolan God-King and Country membuat lapuran polis keatas Zainudin Mydin kerana cadangan nya mencela dan menghina PM Najib. Tunggu apa lagi?
-sakmongkol


ULASAN GB

Lepas "Kangkung", kena tongong pula... aduuuhhhh... wajar sangat letak jawatan!

8 ulasan:

Melayu Jati berkata...

Tak puas-puas manusia BN nak memperbodohkan rakyat Malaysia. Membawa balik Mahathir akan merupakan satu lagi malapetaka buat Malaysia. Dah banyak kerosakan yang dilakukan Mahathir yang mana kesannya masih terasa hingga hari ini. Tak kan Melayu masih tak nampak malapetaka yang telah dibawa oleh Mamak Kinrara ni atau memang Melayu ni tolol, bahlol, bangang dan bodoh.
UMNO pada hari ini adalah kesan warisan Mahathir. Zainuddin itu Mamak. Sudah tentu dia mahu warisan Mamak dikekalkan dalam pemerintahan Malaysia. Tak kan Melayu tak nampak semua ni? Melayu sanggup mengenepikan kepimpinan ulama PAS semata-mata takut Melayu hilang kuasa. Tidak sedarkah Melayu bahawa perbuatan mereka telah membelakangkan Allah swt? Aku tak mahulah jatuh hukum atas hal ini kerana ini urusan Allah swt. TAPI tindakan kita tu mencerminkan kita ni SIAPA?
Aku tak mahu mengulas lagi kerja buat Mahathir selama ini. Menghina hukum agama, Meminta Al-Quran ditafsir semula, ... sudah cukup parah buat seorang yang mengaku muslim. Entahlah. Kalaulah Melayu akan ditimpa malapetaka, bawa baliklah mamak anak kutty ni.

Tanpa Nama berkata...

Beb tak ada org lain lagikah lu nak bawa selain dari manusia nyayuk bernama mahathir yg bertangungjawab merosakkan akidah org melayu masa dia memerintah?

Inilah manusia yg telah jadikan kerja kita susah sebab kita terpaksa cari idea mcm mana nak explain umat melayu yg sudah bodoh supaya jangan ada mindset hanya UMNO shj layak memerintah seolah - olah UMNO ini mcm tuhan beb yg beri segala - galanya walhal rezeki semuanya datang dari allah swt bukan dari UMNO. Reason y i cakap Dr. M ni nyayuk sebab dia cakap nabi muhammad saw dia punya idola masa maulidur rasul dulu sedang masa dia perintah dulu tak pula dia menyuruh umat melayu menyembah allah swt sebaliknya disuruh menyembah UMNO.

Beb lu bawa manusia ni masuk i boleh jamin UMNO akn jatuh lagi cepat dari sebelum ni sebab lu relakan manusia yg nyayuk ni memerintah. So silalah bawa si nyayuk ni masuk sebab memang kita mahu UMNO ni mampus cepat.

Tanpa Nama berkata...

Najib hanya kuda tunggangan Mahathir, kalau lawan mahathir, altantuya akan hidup kembali.

Unknown berkata...

cadangan zainuddin maidan pun tonggong juga ... pemimpin umno terlalu gila kuasa hingga mahu berkuasa seolah-olah selama-lamanya .... tidak langsung beri peluang generasi muda atau pelapis mengasah bakat untuk jadi pemimpin ... mahathir 22 tahun jadi pm, berapa ramai pembantunya dia buang sebab takut kuasanya kena rampas ... semua nak ikut cakap dia ... tak boleh bantah, kalau bantah ISA ... bagus ..!! sekarang umno tidak ada kepimpinan yang berkeliber ... semua kangkung dan samseng kangkung ... bagus ...!!! bagus...!!! bagus ...!!! perancangan pembangkang berjaya pupuskan pemimpin umno .... PRU14 TENTU LINGKUP....!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Malunya Malaysia di seluruh dunia angkara pemimpin-pemimpin UMNO/BN

Tanpa Nama berkata...

HANTAR LAH SAPA PUN JD MENTOR DIA..X KAN JADI PUNYA SBB YG JD PM SKRG NI BKNNYA DIA,TP BINI DIA..DIA TU PELAKSANA ARAHAN BINI DIA JE..NK PANGGIL MAHATHIR JD MENTOR? HANGPA INGAT ROSMAH NK BIAQ.

Tanpa Nama berkata...

Zainuddin Mamak ni buat cadangan sebab nak jadi mentri balik.Kalau Mahathir Kutty jadi PM Zam Mamak ada peluang balik jadi mentri.Sudah banyak kerosakan Zam lakukan bila jadi mentri diAngkasapuri.Tak heiran sebab dia tak sekolah tinggi, sekadar bekas wartawan sukan diUtusan Meloya.Kalau UMNO dengar cadangan Zam ni tak jauhlah otak pemimpin UMNO dengan otak Zam Mamak.

LukmanHussain berkata...

Cadangan yg baik ..diterima dgn sebulat suara