26 Jan 2014

Blogger UMNO Kangkungkan Najib, Mahu Najib Letak Jawatan Segera


Desakan supaya Perdana Menteri Najib Tun Razak meletakkan jawatannya semakin mendapat momentum di kalangan blogger pro- Umno, menndakan satu isyarat terhadap wujudnya usaha bersepadu dari dalam parti UMNO sendiri untuk mengeluarkan Perdana Menteri keenam itu dari Seri Perdana.

Panggilan nama yang jelek seperti "Najib kangkung" dan "PM tidak berguna" sedang menjadi buah mulut di kalangan para blogger pro- Umno seperti OutSyed The Box, The Unspinners dan Apanama sejak bulan lalu, dan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda akan surut ke belakang.

"Saya harap Najib boleh membaca tulisan kami. Letak jawatan dan pergi berambus .... Kita akan melihat beliau terburai tidak lama lagi ... Hari demi hari manusia kangkung itu akan dihiris dan dipotong-potong jadi buah dadu. Oleh orangnya sendiri, " demikian tulis blogger terkenal Syed Akbar Ali di dalam satu postingnya minggu lepas.

Blogger Apanama pula menulis pada 8 Jan: "Kerajaan / kepimpinan hari ini kelihatan lebih teruk daripada kepimpinan zaman gelap Abdullah Ahmad Badawi ...

"Lebih baik Najib ambil tahu apa yang berlaku di peringkat akar umbi. Saya khuatir bahawa jika anda gagal untuk mencerna sentimen / fikiran / kesetiaan Kerajaan / penyokong kuat BN di kalangan rakyat, anda akan terpaksa turun seperti mana Pak lah telah lalui."

Serangan siber dari kalangan ahli Umno ini adalah imbauan terhadap tekanan serupa yang telah mereka lakukan ke atas bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi pada tahun 2007; penulis blog pro- Umno yang sama mendakwa peletakan jawatan Abdullah dahulu adalah hasil-usaha mereka di dalam "konpsirasi membawa beliau turun".

Penganalisis politik tidak menafikan bahawa tulisan blogger berkenaan mempengaruhi 'cara masyarakat siber melihat pemimpin mereka, menggambarkan Najib, sepertimana ke atas Pak Lah, sebagai orang yang bebal yang terpisah daripada realiti.

Namun Profesor Dr James Chin dari Sunway Monash University berkata adalah tidak mungkin Najib akan turun sebagaimana cara Abdullah turun meskipun wujud serangan maya ini, kerana ketika ini belum ada calon yang sesuai yang sedang menunggu bagi menggantikan Najib.

"Apa yang blogger itu tulis mungkin mencerminkan sentimen beberapa ahli dalam Umno, yang mahu Najib meletakkan jawatannya. Tetapi pada masa ini, ia kelihatan belum mungkin Najib dapat diturunkan.

"Oleh kerana dalam Umno, nampaknya beluam ada sesiapa yang sesuai untuk mengambil alih peranan Perdana Menteri. (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin ( Yassin ) tidak dilihat sebagai cukup mampu untuk menjawat jawatan itu," demikian kata penganalisis politik itu kepada FMT.

Beliau menegaskan bahawa jika Muhyiddin telah dilihat sebagai calon yang berpotensi, blogger tersebut tentu sudah melancarkan serangan pada pemilihan Umno tahun lalu, di mana waktu itu wujud peluang terbuka untuk Muhyiddin menjatuhkan Najib.

Apa yang dikehendaki oleh blogger pro- UMNO dan "tuan yang membiayanya" mahu, menurut Chin, ialah kebangkitan semula era Mahathir dan politik "orang-kuat".

"Blogger ini diupah oleh kem pro-Mahathir dalam Umno yang mahu seorang pemimpin yang kuat seperti Mahathir yang boleh menekan mereka yang menentang dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

"Tetapi mereka hidup dalam mimpi. Di dalam struktur yang Umno ada sekarang, tidak mungkin lagi untuk Umno melahirkan seorang menteri yang sedemikian, "kata Chin.

Sementara itu, Profesor Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata desakan untuk Najib meletakkan jawatan oleh para blogger pro-UMNO hanya akan mendapat perhatian jika ia adalah sebahagian daripada seruan yang lebih luas yang dibuat oleh masyarakat terbanyak.

"Masalahnya ialah bahawa ia hanyalah satu percikan yang lemah. Ia hanya setitis air yang jatuh ke lautan. Ia hanya akan mempunyai kesan jika seruan itu juga dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara, oleh intelektual, rakyat kelas menengah, penjawat awam dan golongan elit politik, "kata Agus.

"Pada ketika ini, saya melihat tidak ada kesan ke atas landskap politik," katanya.

Tambahnya penulis blogger pro- Umno yang anti- Najib ini boleh mendapat pengaruh yang lebih jika mereka memusatkan kegagalan Najib berasaskan isu-isu, dan bukan terhadap hal-hal peribadi.

"Tetapi saya tidak fikir buat masa ini ia cukup untuk mempengaruhi pendapat orang ramai, kecuali jika blogger Umno tersebut bekerjasama dengan NGO-NGO lain dalam usaha bersepadu untuk membawa Najib turun, " kata Agus. -FMT/Terjemahan bebas oleh GB


Kangkung Kena Buang Kerja Lagi ??

Just last week some Pemandu Pengkhianat deliberately tweeted Kangkung as the 'Former Prime Minister'.

Today's Utusan Online has done something similar.

First they have put a picture of Muhyiddin Yassin ABOVE that of Kangkung. Imagine that - the TPM preceding the PM.

Then Utusan "mistakenly' addresses Najib as TPM - Timbalan Perdana Menteri. Please see the picture below.


I hope Najib can see the writing. Just resign and go. We are going to see more of this type of 'mishaps' happening more and more. This is typical Malay politics. 'Death by a thousand cuts'.

We are going to see him unravelling soon. Someone should keep track of all these happenings. Day by day the Kangkung fellow is going to be sliced and diced. By his own people.

Its your choice bro. You are responsible for what happens to you as a result of your own actions.
-syedoutsidethebox


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidakkah mereka melihat yang menjatuhkan umno itu bukannya orang-orang umno itu sendiri tetapi sebaliknya adalah Allah.

-Geng Muda Sokong Ulama-

Tanpa Nama berkata...

saya ni dah fedup dengan berita UMNO. Tak hairanlah dengan peredaran masa bagi mereka yang memperingati hari pembalasan cepat2 lah bertaubat. Saya percaya Najib sendiri mampu memperbetulkan keadaan jika dia punya kemahuan. Di samping leka dengan kenikmatan Kuasa & Wang di Dunia sahaja telah menggambarkan betapa dekatnya kita pada hari Kiamat juga petanda penindasan pemimpin terhadap rakyat. Kita doa moga Najib berbalik pada jalan yang benar dan menegakkan syiar Islam. Kita terus berikan sokongan positif kepada Beliau jika beliau benar2 ingin berubah atau disebaliknya? Allahualam

Andre Irwan berkata...

Dalam BN, adakah yang mampu menggantikan Tok Jib? Lihat pada tindak tanduk dan pernyataan para menteri yang sedia ada, semuanya bukan saja nampak "MANGKU" malahan memang "MANGKUK". Tiada wawasan, tiada kaedah penyelesaian yang efektif, tidak kenal punca sebenar bagi masalah yang timbul, asyik "go around the bush", pernyataan yang sombong dan bongkak, ...
Adakah BN nak suruh special branch memantau harga barangan????? Terkejut melihat pernyataan ini keluar dari Mulut Menteri Dalam Negeri. Nampaknya bukan saja Tok Jib wajib diganti malahan semua menteri kabinetnya wajib mengikut jejak langkahnya.
Kasihan melihat Malaysia mempunyai barisan pemimpin yang begitu lemah bukan saja dari segi fizikal malahan mental. Yang tinggal hanya mulut yang bergerak.

Tanpa Nama berkata...

apakan daya. Kuasa pemerintahan di tangan Najib. Sungguhpun dia pemimpin melakukan kesilapan. Tak salah kalau dia ingin betulkan keadaan dengan kuasa yang sedia ada. Doa yang terbaik. Tapi kalau dia terus macam tu. Tak terdaya lah. Dia sendiri yang menunjukkan petanda betapa dekatnya hari Kiamat sebagai Pemerintahan dengan penuh penindasan yang disebut oleh Nabi Muhammad S.A.W

Tanpa Nama berkata...

Dari seorang pm ke seorang pm nampaknya semakin teruk dan tak nampak juga siapa yg layak sebagai penganti, itulah masalah kepimpinan melayu hari ini. Masih ada masa utk berubah sekiranya mahu sokongan rakyat. Faktor isteri2 yg tersalah bantu atau ganggu suami sebagai pemimpin. Org bawah yg tidak ikhlas membetulkan ketua banyak yg membodek dan sokong walaupun tahu perkara tu salah. Tidak berani membetulkan kesilapan ketua. Tidak banyak idea bernas bagi mengatasi satu2 masalah. Ketua tidak berani mengambil tindakan tegas terhadap pegawai bawahannya walaupun jelas bersalah termasuk rasuah menipu menyeleweng dll. Ketua tak prihatin melantik org kanan bagi membantunya termsuklah tak cekap tak cerdik tak amanah. Tidak peka masalah rakyat. Banyak membazir wang rakyat/kerajaan kpd benda tak berfaedah. Tak tunai janji dan banyak lagi... kalau ini diubah sebaliknya, maka tidak mustahil kepercayaan rakyat kembali kukuh...kalau tidak, rakyat semakin benci dan pru14 bersedialah di kerusi pembangkang.