5 Apr 2013

Fitnah Utusan Kantoi !! Pesara Kesal Gambar Disalahguna Akhbar Terima Kad Sara Hidup ATM


Jasin – “Saya malu kerana saya masih sihat dan mempunyai pencen tetapi ditanya kenapa saya boleh menerima kad itu,”.

Itulah luahan seorang pesara tentera yang terkilan dan kesal berhubung penyiaran gambarnya oleh sebuah akhbar arus perdana sebagai penerima Kad Sara Hidup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan dia tidak pernah menerima kad terbabit.

Mohd Ali Baba, 53, berkata, siaran gambar itu bukan sahaja memalukan dirinya malah menjadi persoalan dalam kalangan rakan-rakan memandangkan jawatannya yang terakhir adalah sebagai sarjan mejar.

Menurutnya, ramai rakan seangkatannya menghubunginya dan mempersoalkan kehidupan dia sekarang kerana syarat penerima Kad Sara Hidup ATM adalah pesara tentera yang miskin dan kurang bernasib baik ataupun yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).

“Ada yang marah saya menafikan menerima kad itu kerana gambar sudah disiarkan seluruh Malaysia sedangkan hal sebenarnya (gambar) adalah ketika saya menerima kad pesara tentera daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 2011.

“Tapi pada tahun ini, gambar itu diguna pakai semula sebagai penerima kad yang memang saya sendiri tak pernah terima dan miliki,”
katanya kepada Sinar Harian, dekat sini semalam.

Mohd Ali berkata, tujuan dia memanjangkan hal itu kepada akhbar berkenaan adalah supaya kisahnya menjadi iktibar kepada media lain sekali gus menjawab pertanyaan orang lain yang membuat spekulasi terhadap dirinya selepas menerima kad berkenaan.

“Saya malu dengan apa yang terjadi kerana ia sekali gus menjatuhkan maruah saya dan keluarga kerana benda yang tidak ada tetapi diada-adakan.

“Saya masih berkira-kira mahu memanjangkan perkara itu ke pihak peguam ataupun mahu pihak berkenaan memohon maaf kerana menyalah gunakan gambarnya bagi artikel yang tidak berkaitan dengan dirinya,” katanya yang tinggal di Perumahan Felcra Lembah Kesang.

7 ulasan:

XUMNO berkata...

Saman bang. Duitnya nanti bagi pada kawan2 pesara tentera yang tak dapat pencen. Ajar surat khabar pemfitnah tu.

Bekas Pegawai Kanan ATM berkata...

Saman Encik!! Jgn tak saman!!!

Tanpa Nama berkata...

Saman jangan tak saman. Kalau tidak diaorang akan teruskan kerja fitnah sampai bila - bila. Tak pandai pandai insaf.

Tanpa Nama berkata...

Sy sokong mereka cuba nak hina kita bks tentera

Tanpa Nama berkata...

saman aje.....duit free ni, confom bleh menang.......

Tanpa Nama berkata...

a'aa alang-alang nak saman, saman laa banyak2. yang lebih tu buat amal jariah. pemfitnah tegar wajib diajar!

Tanpa Nama berkata...

Memang petugas akhbar tersebut tak makan diajar. Oleh itu terus ajar mereka dengan saman di mahkamah.