24 Dis 2013

Parlimen Bagan Dato Bergegar: Si Angkuh Itu Bakal Terhukum


Mahkamah benarkan kemenangan Zahid Hamidi di Bagan Datoh dicabar

Mahkamah Persekutuan hari ini menghantar semula petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh ke mahkamah pilihan raya dan ia menjadikan nasib Ahli Parlimennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dapat diputuskan.

Panel lima hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif, ketika membenarkan permohonan oleh dua pempetisyen berkata, sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

“Pempetisyen tidak perlu secara fizikal memfailkan petisyen itu sendiri,” katanya ketika membacakan keputusan sebulat suara itu.

Madhi Hasan dan Azmi Sulaiman memfailkan dua petisyen dengan asas bahawa Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri didakwa melakukan rasuah dan perbuatan menyalahi undang-undang.

Antaranya ialah membeli undi dan berbelanja melebihi RM200,000 untuk mendapatkan kerusi Parlimen itu.


Bagaimanapun, merit kes berkenaan tidak dapat didengar kerana Hakim Mahkamah Pilihanraya, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuang petisyen berkenaan susulan daripada bantahan awal bahawa petisyen perlu dihantar sendiri secara fizikal oleh pempetisyen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Zahid menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108 undi. Zahid memperolehi 17,176 undi manakala Madhi yang bertanding atas tiket PKR mendapat 15,068 undi.

Peguam Edmund Bon, New Sin Yew, Chan Yen Hui dan Joshua Tay mewakili pemohon manakala Zahid diwakili peguam Datuk Firoz Hussein.

Mahkamah juga membenarkan atas alasan yang sama seperti rayuan K. Vasantha Kumar bagi petisyen pilihan raya Tapah.

Kerusi itu dimenangi oleh Datuk M. Saravanan, kini Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Hal yang sama juga berlaku apabila ia membenarkan rayuan oleh calon pembangkang untuk kerusi DUN Lubuk Merbau di Perak.

Bagaimanapun mahkamah menolak rayuan untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Batu dan Lembah Pantai.

Awal pagi tadi, satu jawatankuasa yang dianggotati lima orang dengan dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria membenarkan rayuan bagi kerusi parlimen Ketereh di Kelantan.

Peguam Sivarasa Rasiah, yang mewakili perayu Abdul Aziz Abdul Kadir, memberitahu mahkamah bahawa bilangan undi dijadualkan dalam lembaran skor dipegang oleh Pilihan Raya Suruhanjaya dan terdapat enam Borang 14 yang berbeza.

Beliau berkata, terdapat perbezaan 6,000 undi dan ini boleh mengubah keputusan pilihan raya.

Mahkamah bersetuju dengan Sivarasa dan memerintahkan kes berkenaan diteruskan dan didengar sebagai perbicaraan penuh.

"Kami akan dapat membawa saksi untuk memberi keterangan di hadapan hakim pilihan raya," katanya.

Pada pilihan raya lalu, wakil BN Datuk Annuar Musa BN merampas kerusi daripada Abdul Aziz dengan 974 undi majoriti.

Abdul Aziz mewakili parti PKR, memenangi kerusi itu pada tahun 2008.

ULASAN GB

Tak sangka begitu cepat Allah memperkenankan doa kita. Sebelum ini GB di dalam satu entri bertajuk: Ahli PAS Turut Terhina, Akan Berdoa Pastikan Zahid Hamidi Terima Hukuman GB menulis... petikan:

Dengan membuat kenyataan seperti itu Zahid melakukan dua kesalahan besar. Pertama memfitnah Mat Sabu (orang no 2 PAS) dan kedua menghina ahli PAS yang telah memilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.

Justeru itu, ahli-ahli PAS seluruh negara akan berdoa siang dan malam untuk pastikan Zahid Hamidi menerma hukuman sepertimana janji Allah:

Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10

End of the day, si pemfitnah akan tetap terhukum juga. Tidakkah mereka melihat apa yang telah terjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar? Itu sekadar satu contoh.


Zahid sebelum ini dengan angkuh dan sombong menyatakan tak gentar ke mahkamah jika disaman Mat Sabu. Sekarang tak perlu tunggu saman Mat Sabu, kena mahkamah jawab kes salahlaku dalam PRU.

Jika benar kemenangan Zahid Hamidi di parlimen Bagan Datoh itu adalah dengan salahlaku, rasuah dan penipuan, maka kemenangan itu tiada berkatnya. Jika terbukti salahlaku dan rasuah, hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan, Zahid Hamidi bakal menerima hukuman. Keangkuhannya selama ini akan segera terbalas.

Ingatlah wahai Zahid. Sifat sombong hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan dan makhlukNya tidak berhak memakainya. Allah SWT berÔ¨Ārman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud).

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Doakan SiBongkak dan Angkuh ni ditolak jadi Ahli Parlimen Bagan Dato.Nanti baru dia tau yg mana langgit dan yg mana bumi.

Tanpa Nama berkata...

Biar Mat Sabu turun ceramah di Bagan Datok. Baru lah best.

Tanpa Nama berkata...

ostat zam2 ala kazimturun sekali...

Tanpa Nama berkata...

harap-harap makamah tidak mempermainkan kemarahan rakyat...hanya prk yang akan mengajar si angkuh dan sombong ini...

Tanpa Nama berkata...

dgn kuasa allah, sudah tentu 40000 bangla (mungkin kurang) akan dpt di temui semasa pemilihan semula. hidup anwar!!

Tanpa Nama berkata...

pastikan saksi tidak hilang semasa kes dibicarakan.

Tanpa Nama berkata...

kemungkinan hilang kerusi parlimen tetapi kerusi menteri KEKAL hanya dengan jadi SENATOR

orang sepak kertas & ulag ayag pun BOLEH

Soalnya bila ramai orang sepak kertas dalam kejaan maka jadilah KERAJAAN SEPAK KERTAS

Semoga Tuhan memberi jalan keluar yang lebih baik.

Tanpa Nama berkata...

Aku takut ini jadi sandiwara saja.... Nak tunjuk bahwa undang2 msia bagus, walhal lakonan saja. Semoga Allah beri perunjuk....

Tanpa Nama berkata...

InsyaAllah, jika Zahid di pihak yg benar dia tetap menang kes ini. Tapi jika sebaliknya terimalah padah atas kesilapan sendiri. Kes lain bakal menyusul. Bila hilang kuasa hilang jugalah kebal undang2nya.

Tanpa Nama berkata...

Diharap semua ni betul - bukan drama UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Kelohan yg disuarakan jelas betapa sistem keadilan & kaedah penguatkusaan undang2 di negara kita TERAMAT DIRAGUI oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.