19 Dis 2013

Lagi Cuba Dipertahankan Najib, Lagi Merudum Popularitinya


Populariti Najib jatuh 10%, paling rendah dalam sejarah, lapor Merdeka Centre

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh paling rendah sejak memegang jawatan itu apabila ratingnya jatuh daripada 62% Ogos lalu ke 52% pada bulan Disember ini, lapor kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Menurut Merdeka Centre, kajian itu dibuat selepas pemotongan subsidi minyak dibuat oleh kerajaan pada September 2013, pembentangan Bajet 2014 yang memperkenalkan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenyataan peningkatan tarif elektrik mulai Januari 2014.

Menurutnya, isu ekonomi terutamanya kenaikan harga dan inflasi menjadi kebimbangan sehingga 67% daripada respondan yang ditanya.

Kajian itu mendapati, 57% daripada pengundi di Semenanjung Malaysia tidak faham bahagaimana GST berperanan dan memberikan kesan kepada mereka.

54% daripada mereka juga tidak percaya kepada kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin kerajaan berkenaaan keadaaan ekonomi negara.

Jumlah yang melahirkan rasa gembira dengan kerajaan juga jatuh merudum kepada 38% berbanding 50% Ogos 2013 lalu, yang menunjukkan kejatuhan kepada sikap positif di kalangan semua peringkat di negara ini.

Merdeka Centre juga mendedahkan data yang tidak pernah didedahkan dalam kajian pendapat selama ini iaitu untuk bukan Jun 2013 dan Ogos 2013.

Kajian terkini ini dibuat serentak dengan Perhimpunan Agung Umno ke atas 1,005 orang pengundi berdaftar iaitu 60% di kalangan Melayu, 31% Cina dan 9% India yang dibuat melalui perbualan menerusi telefon.

Mereka dipilih secara rawak yang mewakili masyarakat Malaysia yang berbeza bangsa dan jantina.

Kajian bulan Jun 2013 mengandungi 1006 orag responden manakala 1008 orang responden untuk kajian Ogos 2013. -TMI


ULASAN GB

Beberapa hari sebelum Merdeka Center mengeluarkan hasil kajiselidiknya, terdapat berita bahawa pegawai-pegawai di Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan kepada astro awani supaya membuang artikel yang memetik tulisan A.Kadir Jasin yang membuat sindiran supaya Rosmah dijadikan menteri sementara akhbar The Heat pula menerima surat tunjuk sebab dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) akibat daripada membuat laporan mengenai perbelanjaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Pelbagai cara digunakan oleh para pegawai Najib untuk menggilap dan memepertahankan nama baiknya, namun populariti Najib tetap merudum juga dan kejatuhan Najib tidak mungkin dapat dibendung.

Bekas orang kuat UMNO Pekan yang kini menjadi ahli parlimen DAP bagi Raub, Mohd.Ariff Sabri (Sakmongkol) pernah berkata, "if Najib can become PM, anyone else can" menjelaskan kepada kita Najib merupakan PM paling tidak berkualiti yang Malaysia ada.

Buatlah macamana pun untuk menggilap nama Najib, sebenarnya kemusnahan yang dibawa oleh Najib adalah lebih besar. Keborosan & ketirisan beliau dan isterinya tidak akan dapat disembunyikan dan itulah yang bakal menghancurkan partinya sendiri UMNO malah boleh menghancurkan negara.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kaca itu tetap kaca yang tidak bernilai sekalipun di letak di dalam kotak berkilau..

GB sudah lama mengulas berkenaan hal ini di SINI. Petikan:

?Pemerintahan Najib adalah kemuncak terhadap segala kebobrokan pemerintahan UMNO BN di negara ini bermula dari dari cara beliau naik untuk menjawat jawatan Perdana Menteri sehingalah ke hari ini, bagaimana beliau sanggup "melakukan apa saja" untuk mempertahankan kuasanya sekalipun dengan kaedah keji dan di luar batas undang-undang apatah lagi hukum agama.

Beliau menggunakan kaedah Abu Lahab dan Qarun, menggunakan harta kekayaan untuk mempertahankan kuasanya.

Kisah Najib dan pemerintah-pemerintah zalim UMNO BN sebelumnya seperti Mahathir dan Abdullah Badawi, telah pun berlaku di zaman silam. Ia hanya satu perulangan sejarah dengan pertukaran watak-watak sahaja.

Firman Allah:

“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar. Yang di lehernya ada tali dari sabut.” (QS. Al Lahab: 1-5)...

6 ulasan:

Awanama berkata...

Lu nak sembunyi penyelewangan macam mana beb ibarat lu tutup satu lubang satu lubang lagi akn terbuka. Lu jangan main hide and seek lu punya penyelewangan beb sebab we all dapat cari punya tak kira sumber dari m'sia mahupun luar negara.

Jangan rakyat m'sia lu tak popular beb, pelabur luar memyampah lihat lu beb, sebab cakap shj malaysia diaorg pun akn cakap "malaysia???? Kalau mahu bankrap cepat pergilah melabur di malaysia, negara pengamal rasuah terbesar di dunia". Pelabur luar bukan mcm umat melayu sebab kalau cakap pasal duit diaorg 1000% sangat sensitif kerana diaorg melabur mesti mahu untung bukan rugi. Lagipun bukan calang - calang media luar negara dedahkan penyelewangan lu beb.

Pelabur luar tak suka dgn lu, rakyat malaysia jangan dicakap lagi kecuali umat melayu yg senang dibodohkan dan semua pti dari bangla, filipino, mat indon dll.

Awanama berkata...

Jauh pandangan n sgt berbisa komentar anda greenboc.ia terpakai kpd semua.so renungkan bersama dgn hati yg jernih

Awanama berkata...

darjat ilmu amat tinggi disisi agama. hinggakan Rasullulah saw menyuruh umat merantau jauh mencari ilmu. dan inilah akibatnya kita memilih pemimpin yg xda ilmu, hancur...

Amuraria berkata...

kita kena terima pemimpin yang spesis ternakan belaan 'nfc' pilih ! pasal sedikit punya mangkuk semua rakyat kena ! macam tak ada akal bila setengah rakyat pilih penyangak,penyamun & kaki seleweng @kelentong jadi pemimpin ! dengan licik juga mereka mainkan sentimen perkauman & agama juga alat/jentera pilihanraya yang senang dilembukan ! ABU !

BaDiN berkata...

Sejak dulu lagi sebelum pru12 & pru13 populariti bn/umno sudah merudum, hanya media perdana,sekutu tv3/4 yg menutup segala penyakit yg ada pada tubuh badannya.Dilindungi oleh kosmetik palsu.Media2 berkenaan, serta umat mudah lupa(Melayu) yg bodoh terus menyokong Kerajaan Haprak ini dari terus memerintah,Kerana mereka2 inilah membuatkan majoriti rakyat sengsara di tanah air sendiri.

BaDiN berkata...

Umat muda lupalah yg menyebabkan majoriti rakyat dibantu media2 haprak menanggung kesengsaraan di tanahair sendiri.