15 Dis 2013

KDN Semakin Tidak Siuman, Minta Mat Sabu Beri Bukti Dia Bukan Syiah

Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti! – Shahbudin Husin

Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah.

Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian?

Jadi apa tunggu lagi

Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu.

Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya.

Apa yang sebenarnya dimahukan Zahid Hamidi, tetapi menggunakan KDN untuk tujuan tersebut ialah mahu menjadikan Syiah ini sebagai isu politik semata-mata. Jika tidak, masakan Mat Sabu dibenarkan mengemukakan bukti walau melalui akhbar atau YouTube sekali pun!

Sudah tentulah jika Mat Sabu melayan permintaan Dr Zamihan ini dengan mengemukakan bukti melalui akhbar atau YouTube, Zahid dan KDN akan membalasnya dengan kaedah yang sama juga. Akhirnya meriahlah aktiviti berbalas-balas ini melalui media saja, tidak lebih daripada itu.

Dalam masa yang sama, KDN, Ketua Setiausahanya dan Dr Zamihan terlihat sedang dipapan-caturkan untuk mencapai tujuan itu sedangkan isu keselamatan dan akidah yang kononnya menjadi pokoknya sebelum ini, semakin diketepikan. Dalam masa yang sama, jika isu Syiah ini berjaya dimainkan dan digembar-gemburkan melalui media, ia juga diharapkan menjadi pemangkin untuk melonjakkan lagi karier politik Zahid Hamidi yang kebelakangan ini dilihat seperti tidak sabar-sabar ke arah itu.

Ternampak juga bahawa dengan memberi keistimewaan kepada Mat Sabu berhujah mengenai Syiah ini melalui akhbar atau YouTube, apa yang diinginkan sebenarnya hanyalah menjadikan ianya ssbagai mainan di media dan perbualan umum sahaja supaya akhirnya PAS diharap dapat dilumpuhkan dan kerjasama dalam PR dapat dikuburkan.

Dengan pengakuan Dr Zamihan bahawa ada bukti gred A dan gred B dalam simpanan KDN, mengukuhkan lagi bahawa isu Syiah ini bukan saja untuk mainan politik, tetapi boleh dilanjutkan lebih masa permainannya dengan mengeluarkan satu demi satu bukti untuk dijawab.

Percubaan menyerang PAS dengan mengaitkan isu Syiah ini juga dilihat untuk mewajarkan lagi tindakan Umno meminda perlembagaan dengan memasukkan perkaraan Ahli Sunnah Wal Jamaah serta untuk mengekalkan penguasaan politiknya terhadap kelompok Melayu luar bandar yang telah memberi talian hayat kepada pengekalan kuasanya dalam PRU 13 lalu.

Hanya itu tujuan Zahid membangkitkan isu Syiah ini sebenarnya sedangkan Syiah-Syiah lain hanya dibiarkannya saja sebebas-bebasnya. Jika benar Syiah itu bahawa dari segi akidah dan keselamatan, tindakan seharusnya lebih menyeluruh. Penyebaran fahaman Syiah di pusat-pusat pengajian tinggi tidak pernah diambil tindakan. Jika Zahid sebelum ini membanggakan dirinya di Perhimpunan Agung Umno bahawa KDN telah menolak permohonan untuk menubuhkan Majlis Syiah Malaysia, tetapi apa tindakannya kepada penganjurnya? Kenapa mereka dibiarkan bebas?

Begitu juga kepada surau dan madrasah yang dipercayai menyebarkan fahaman Syiah, kenapa tiada tindakan selama ini jika benar sudah ada bukti mengenainya.

Sebaliknya Mat Sabu dan PAS juga disasarkan dalam isu Syiah ini. Tentulah sebabnya kerana ada untung lumayan di sebaliknya, bukan saja kepada Umno tetapi juga kepada masa depan politik Zahid Hamidi sendiri. – shahbudindotcom


Syiah: KDN minta Mat Sabu tampil kemuka bukti


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.

Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.

"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.

Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.

"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.

Terdahulu semasa ditemu bual dalam program itu, Zamihan berkata KDN tidak pernah menyasarkan individu atau parti tertentu, sebaliknya bertindak untuk kepentingan umat Islam di negara ini.

"Ini soal akidah, kita tidak lihat individu, kedudukan atau pengaruh sebaliknya kita kena lihat kebenaran. Apabila dah kata doktrin atau kefahaman ini (Syiah) sebagai sesat, maka tak kira siapa atau parti apa, kena patuh," katanya.

Ditanya tindakan susulan yang boleh diambil terhadap Mat Sabu, Zamihan berkata isu berkaitan agama adalah di bawah tanggungjawab jabatan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau jabatan agama negeri untuk bertindak.

"Pendedahan telah dibuat. Pihak berkuasa agama boleh ambil tindakan melakukan siasatan dan bawa ke muka pengadilan. Kita boleh lihat bukti kedua-dua pihak dan jika bersalah, parti kena merelakan pemimpin politik dikenakan tindakan," katanya.

Zamihan seterusnya menasihatkan parti politik untuk memastikan akidah seseorang individu sebelum dilantik menjadi pemimpin supaya 'akidah pemimpin itu tidak dilihat cantik di luar, tetapi seperti biskut kering yang lembik apabila dicicah air panas'.

Beliau juga menasihatkan mana-mana individu yang terbabit dengan doktrin Syiah supaya membuat 'pusingan u' dan kembali semula kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang merupakan pegangan majoriti umat Islam negara ini.

Beliau juga tidak menafikan adanya pensyarah universiti tempatan yang terlibat dengan penyebaran ajaran Syiah kepada pelajar, dan menyifatkan ia perkara serius yang perlu dibanteras segera kerana ia mengancam perpaduan ummah.
- Bernama


ULASAN GB

Setelah langkah KDN mendedahkan kononnya "10 Bukti Mat Sabu Syiah" itu ditertawakan oleh rakyat jelata dan menjadi bahan lawak jenaka seluruh negara, kini dikemukakan pula hujjah kurang siuman. Pertama, kini Mat Sabu pula diminta untuk tunjukkan bukti bahawa beliau bukan penganut Syiah.

GB selalu menyatakan bahawa di negara kita ini prinsip asas kebenaran dan keadilan tidak digunakan. Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan: "One is considered innocent until proven guilty" tetapi di negara ini ia jadi terbalik, di mana "one is considered guilty until proven innocent".

Kedua: sekarang ni siap ada bukti GRED A dan GRED B. Lagi besar punya lulucon dibawakan oleh bekas pegawai JAKIM yang kini dah jadi Pegawai Agama KDN, Zamihan. Macam telor ada gread A dan B. Kononnya yang disebutkan hari itu baru bukti GRED B, bukti GRED A disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.

Bukti GRED B juga penuh dengan kepincangan dan tak masuk akal untuk dikaitkan dengan Syiah, inikan pula nanti GRED A. Munkinkah ada batu leper yang dikatakan digunakan oleh Mat Sabu untuk solat atau ada rakaman video nikah mut'ah seperti yang GB minta sebelum ini?

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai KDN ni hidup taun bila....macam belum merdeka je bunyinya.

ok ok saya buat satu kenyataan!

madey adalah penuntut kemerdekaan Malaya........kah kah kah. beliau adalah penentang Malayan union......kah kah kah.
lgi satu...umno adalah parti zionis melayu.......sila buktikan kalau tak betul.

Andre Irwan berkata...

Inilah pegawai kerajaan dan menteri kabinet yang akan membawa Malaysia menjadi negara maju.
Yang depa ialah menaikkan harga sahaja dengan alasan kononnya nak teguhkan kewangan kerajaan. Tak dengar pun depa nak kurangkan ketirisan. Inilah pentadbiran ala setan.
Tahniah kepada Rakyat Malaysia kerana tol akan dinaikkan pada tahun hadapan. Ianya tidak membebankan rakyat sebab semua harga naik sikit aja. Teringat aku akan peribahasa Melayu kita, "Sedikit sedikit lama-lama jadi bukit". Sikit-sikit Beban, lama-lama jadi BEBAN.
Haramjadah punya kera-jaan. Padan muka dengan Melayu kita, Janji Melayu berkuasa. Haramjadah punya pemikiran.

Tanpa Nama berkata...


1.Sesiapa yang tak terlibat dalam rasuah, tampil dan buktikan dia tak ambil rasuah.
2. Sesiapa yang tak ambil komisyen, tampil utk buktikan dia tak ambil.
3. Sesiapa yang tak salah guna kuasa, tampil utk buktikan dia tak salahguna kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Mengarut ajer si Zamihan tu

Tanpa Nama berkata...

masa dengar mamat kdn tu ceramah bukan main brutal lagi..akan bercakap yg benar saja walapun orang tak suka...haha ha...apa dah jadi la ni wahai ostaz kdn...kalau nak bodek pun janganla sampai mengadai kebenaran islam..tengok nama bukan main lagi, siap ada al ghari lagi...tapi hampeh...

Paria Jalanan berkata...

http://pariajalanan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

aku nak minta tolong laa sangat2!!

mat sabu tolong saman zahid komidi.

Tanpa Nama berkata...

Si Zamihan ni dulu pernah nak kena saman dgn Dr Asri sbb si Zamihan ni kata Dr Asri ni Wahabi.

MMg tak boleh pakai si Zamihan ni.

Tanpa Nama berkata...

orang macam ni cara layanannya dengan cara 'cakap terbalik'.... dia cakap a kita cakap z... dia cakap pasal syiah kita cakap pasal pbs : contohnya PBS satu bebanan guru di sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Menteri kdn oh kdn, lu masih ok lagi tak. Tak apa nanti rakyat akn tolong dr. Pakar sakit jiwa utk check semada pemikiran masih waras ataupun sudah gila.

Hanya org gila shj suruh org yg bersalah cari bukti sedangkan org yg menuduh itu yg kena cari bukti.

Tanpa Nama berkata...

Masalah besar sekarang ialah rasuah kroni pemerintah negara yang tak terbendung lagi.Hutang berbillion billion dik rasuah. mengapa reka fitnah nak jatuhkan Abg M.Sabu, supaya issue rasuah tak di bongkar.Roslan Wahid mengapa masuk geng rasuah ini, payah nak cogak untuk cover penyamun yang berlakun baik depan rakyat.