8 Dis 2013

[KANTOI] Najib Dedahkan Sendiri Hubungan Intimnya Dengan Rejim Mubarak Yang Zalim Itu


Najib puji Rosmah atas “jasanya”

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor secara terbuka kerana “jasanya” kepada negara.

Dalam ucapan penggulungannya semasa Perhimpunan Agung Umno 2013, Najib memberikan dua contoh pengorbanan Rosmah kepada negara.

“Saya tak pernah berkongsi tentang ini sebelum ini. Apabila salah seorang pelajar kita ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik, isteri saya menelefon isteri Presiden Hosni Mubarak (Suzanne Mubarak) dan dalam masa dua jam pelajar itu dibebaskan.

“Bukan itu sahaja, semasa Ops Piramid di mana pelajar kita tersekat di Mesir semasa kebangkitan Arab, melalui hubungannya, kerajaan Saudi menyediakan dua pesawat Jumbo dan bawa pelajar kita ke Riyadh, walaupun mereka tidak mempunyai visa ke Arab Saudi.


"Mungkin malam ini akan dapat bayaran," kata perdana menteri secara berseloroh disambut dengan gelak tawa hadirin.

Rosmah dikritik bulan lalu kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk lawatan peribadinya ke Timur Tengah. - petikan TMI

ULASAN GB

Pertama, "kisah" yang dibawa Najib itu menjelaskan kepada kita bahawa Najib menyedari rakyat sudah loya malah menyampah dengan isterinya Rosmah. Justeru beliau kena lakukan sesuatu untuk "mengangkat" nama isterinya Rosmah.

Kedua, amat kisah itu amat melucukan kerana ia mendedahkan pekung Najib sendiri dimana hubungannya begitu intim dengan rejim zalim Hosni Mubarak yang telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir.

Sehinggakan dengan sekali telefon saja, rejim Mubarak telah menerima permintaan Rosmah untuk membebaskan pelajar Malaysia yang dikatakan ditahan di Mesir kerana dituduh sebagai perisik. Entah benar atau tidak cerita itu, wallahualam, tetapi sekiranya benar cerita itu, tentunya hebat kan hubungan mereka?

Jika rejim Mubarak telah dijatuhkan oleh rakyat Mesir melalui plihanraya demokrasi yang telah menobatkan Dr.Morsi sebagai Presiden Mesir menggantikan Mubarak itu, apakah nanti Najib bakal menerima nasib yang serupa?

Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan, dimana Najib tidak berupaya untuk menyembunyikan hubungan baiknya dengan rejim Mubarak yang telah menelan lebih AS$70 bilion harta rakyat Mesir.

Kata pepatah: Birds of the same feather flock together... kantoi tu..

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cara hidup pun 2 x 5 jerrrr

Amuraria berkata...

sekatak & setempurung kot ! ABU !

Ebra Heim berkata...

Segera angkatkan isu ini kerana jelas Najib Rosmah sekutu Mubarak dan kemungkinan besar sekutu Kudeta Mesir sekarang ini.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ini antara sebab Ustaz Kazem Elias rejek jawatan ahli MT UMNO. UKE dah nampak UMNO ni yang baik pun dia buat ( buat masjid, surau, sekolah, jln raya, musabaqah quran dll) yang Allah larang pun dia buat ( kilang arak, ada judi diberi lesen maknanya halalkan sebagian judi, fitnah, beranggapan Allah tak bijaksana sbb itu undang2 Allah tak dilaksanakan tetapi undang2 ciptaan manusia dilaksanakan dll ).

Tapi UKE taklah cakap camtu. UKE bagi alasan masalah Mahad Al Barokahnya. Tapi betul juga. Kalau UKE jadi MT UMNO, harus juga ibu bapa akan keluarkan anak2nya satu demi satu last2 tak ada siapa nak ke mahadnya.

Ahmed mohammed berkata...

nice thank you . .

ayamKMP berkata...

kalau betul cerita najib tu memang betullah dia rapat dengan hosni mubarak

Tanpa Nama berkata...

Kalau parti yang begitu Makan rasuah, rasis, tipu, ganas secara banga terbuka masih dapat sokongan kuat dari Kaum tertentu, apa kata Si najis tak boleh kantoi ke? Nak salahkan Kaum lain? Apa lagi cixa mahu????

Tanpa Nama berkata...

DSAI baik dgn Yusuf Nada dikatakan pengkhinat pulak, org Melayu mana kenal dgn Yusuf Nada ni.

Tanpa Nama berkata...

macam ini pun lu panggil berjasa??? Come onlah, perkara sedikit tak payah lu nak suruh rakyat malaysia ingat jasa lu. PR yang buat 1001 macam kebajikan tidak pun minta rakyat ingat jasa diaorang buat. Ini sampaikan sekadar call sahaja nak surah ingat jasa lu.

Dan lagi itu lu kena ingat kami kenal sangat hosni mubarak dari A sampai Z. Kalau lakinya sudah perangai sudah macam syaitan, bini dia tak payah dicakap lagi dah. Tapi apabila i lihat gambar bini Hosni Mubarak dengan Rosmah memang sebiji macam kakak dan adik. Perangai sama macam adik beradik. Kalau Wan Azizah yang call confirm surah tahan pelajar malaysia lama sikit.

Sorry to said jasamu yang macam ini takkan dapat cover lu punya dosa kepada rakyat Malaysia. Ingat rakyat Malaysia bukan semuanya bodoh seperti mana bodohnya Umat Melayu sampaikan nasi dah jadi tahi pun masih tak sedar lagi.

lolo tata berkata...

nice nice thank you